Sunday, June 28, 2009

Torres : Villa, Silva Atau Mata?

Penyerang utama Liverpool, Fernando Torres a.k.a El Nino amat berharap pihak pengurusan Liverpool dapat membawa masuk pemain yang lebih kreatif serta mempunyai corak permainan serangan yang lebih baik. Secara lebih terperinci, Torres mahukan rakan-rakan pemain antarabangsa Sepanyol seperti David Villa, David Silva atau Juan Mata menyertai beliau di Anfield. Trio Valencia ini adalah antara pemain terbaik yang pernah dilahirkan ole La Liga Sepanyol dan Torres percaya Liverpool perlu mendapatkan pemain seperti ini jika Liverpool berhajat untuk memilikin trofi Liga Perdana Inggeris musim depan. Menurut Torres, Liverpool telah mempunyai skuad yang mantap dan mereka hanya perlu beberapa pemain yang boleh menambahkan lagi kualiti skuad tersebut dan trio Valencia ini termasuk di dalam kumpulan tersebut. Pemain-pemain ini mempunyai kualiti yang dimiliki oleh Tevez atau Scholes iaitu pemain yang mampu mengubah corak permainan sesebuah pasukan. Namun dengan kewangan Liverpool yang terhad, pemain-pemain utama Liverpool seperti Alonso dan Mascherano perlu dikorbankan untuk mendapatkan trio Valencia ini.

Namun Torres telah menyatakan pendapat beliau sebelum ini, Liverpool tidak perlu mengorbankan pemain-pemain utama atau mengeluarkan pebelanjaan besar untuk mengejar kejayaan. Buktinya Torres berpendapat Benayoun merupakan antara pembelian terbaik Rafa yang mampu bermain kreatif seperti trio Valencia tersebut dan jika Rafa mampu membeli pemain seperti beliau pada harga yang munasabah maka Liverpool pasti akan mempunyai lebih banyak pilihan di bahagian serangan pada musim depan. Dengan Liverpool mempunyai rekod yang cukup baik ke atas pasukan-pasukan utama Liga Perdana Inggeris musim lepas , masalah utama adalah untuk menewaskan pasukan lain terutama sekali di Anfield di mana mereka datang ke gelanggang keramat Liverpool ini untuk bertahan dan mendapatkan keputusan seri. Torres berharap Liverpool dapat membawa satu atau dua pemain kreatif masuk ke Anfield pada musim panas ini agar mereka dapat membantu Liverpool memecahkan kebuntuan gol apabila bertemu dengan pasukan yang mengamalkan corak bertahan ini. Tambah Torres, Liverpool telah menamatkan musim lepas dengan empat mata di belakang juara dan ini membuktikan mereka semakin mantap pada setiap musim. Torres telah memberikan beberapa nama pemain kepada Rafa dan beliau berharap Liverpool berusaha untuk mendapatkan mereka ini.

Cadangan yang baik dari penyerang utama kita ini, namun saya masih tetap dengan pendapat sebelum ini. Untuk menjual pemain-pemain utama seperti Alonso dan Mascherano, ianya adalah satu tindakan yang amat berisiko dan boleh menjejaskan kemantapan skuad Liverpool yang ada sekarang. Pemain yang baru walaupun mempunyai reputasi dan corak permainan yang baik di liga luar serta datang dengan harga perpindahan yang tinggi belum tentu akan berjaya di Liga Perdana Inggeris atau sesuai dengan corak permainan Liverpool. Malah ada pemain yang telah lama bermain di Liga Perdana Inggeris tidak dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan Liverpool. Contohnya pasti anda sendiri telah sedia maklum. Jika sesuatu yang tidak dapat dielakkan berlaku di Anfield, saya masih menaruh kepercayaan kepada Rafa untuk mengemudi skuad Liverpool ini. Bagi saya, tiada gunanya Liverpool menyimpan pemain yang tidak lagi berminat untuk bermain dengan Liverpool dan kita harus faham kedudukan pasukan adalah lebih penting daripada kedudukan individu. Dan jika perkara ini berlaku, saya berharap agar Rafa memperolehi yuran perpindahan yang cukup besar bagi mendapatkan pemain-pemain seperti trio Valencia bagi menggantikan pemain tersebut. Namun seperti anda semua para peminat Liverpool, saya masih berharap kita tidak kehilangan pemain-pemain kesebelasan utama seperti Alonso dan Mascherano.
.
.
YNWA

2 comments:

Firol said...

yang adah ada kekalkan..tambah 2 untuk serangan........

beemer said...

touch up aja team yg ada skrg ...
kurang bijak untuk mengorbankan pemain-pemain utama The Reds ...