Monday, June 15, 2009

Liverpool : JANGAN HAMPIRI Alonso Dan Mascherano!!!


Perang untuk mempertahankan Alonso dan Mascherano daripada pemangsa-pemangsa di pasaran perpindahan pemain nampaknya berterusan. Seperti yang kita semua telah jangkakan, pemangsa-pemangsa ini akan mencuba dengan pelbagai helah untuk mendapatkan 2 bintang ternama Liverpool ini. Pelbagai desas-desus yang telah kita baca serta dengar dan ada di antaranya membabitkan hal keluarga pemain terbabit itu sendiri. Dan saya amat pasti perkara ini tidak akan berakhir sehinggalah pasaran perpindahan telah ditutup ataupun kedua-dua bintang Liverpool ini ditawarkan kontrak baru oleh kelab. Adakah Liverpool akan berdiam diri sahaja terhadap segala spekulasi yang timbul ke atas kedua-dua pemainnya ini? Mari kita lihat reaksi Liverpool di dalam usaha untuk mengekalkan Alonso dan Mascherano di Anfield pada musim depan.

Di dalam satu kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh kelab melalui laman web rasmi liverpoolfc.tv, Liverpool telah menyatakan kelab untuk mengekalkan serta menegaskan Xabi Alonso dan Javier Mascherano BUKAN UNTUK DIJUAL kepada mana-mana kelab di pasaran perpindahan pemain. Alonso seperti di dalam mana-mana spekulasi telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid manakala Barcelona pula dikatakan berminat untuk mendapatkan Mascherano. Penyerang muda Real, Alvaro Negredo dan Alberto Bueno telah dijadikan umpan untuk menarik minat Liverpool bagi menjalankan sebarang urusan perpindahan bagi Alonso. Walaubagaimanapun, pengurus Liverpool, Rafael Benitez dengan tegas telah mengenepikan dakwaan ini dan beliau telah menyelar spekulasi ini dengan berkata Barcelona “Tidak Mampu Untuk Membeli” Mascherano dan Real diberi amaran Alonso “Bukan Untuk Dijual”. Bagi Rafa, kedua-dua pemain tengah beliau ini amatlah penting di dalam usaha Liverpool mengejarkan kejuaraan pada musim depan. Liverpool menyokong sepenuhnya kenyataan dari pengurus mereka ini dan menegaskan sebarang bidaan untuk kedua-dua pemain ini akan ditolak tanpa sebarang rundingan. Tambahan kepada sokongan kepada Rafa ini, Liverpool telah menyatakan tiada sebarang bidaan rasmi dari mana-mana kelab untuk kedua-dua pemain terbabit dan Liverpool tidak berminat untuk mendapatkan mana-mana pemain Sepanyol yang cuba dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield. Berikut adalah Kenyataan Rasmi daripada Liverpool Football Club di laman rasmi liverpoolfc.tv :

Liverpool Football Club has today released the following statement. "Despite repeated media speculation on the futures of Xabi Alonso and Javier Mascherano, Liverpool has received no official approach or offer from any club regarding the players.

"Neither is for sale and furthermore Liverpool has no interest in the long list of Spanish based players being linked with a move to Anfield as part of any deal."

Dengan Kapitan Gerrard yang telah diberikan tugas untuk membantu Torres di dalam usaha membolosi gol pihak lawan, di sinilah terletaknya kepentingan kedua-dua jeneral padang Liverpool ini. Alonso ditugaskan untuk mengawal bahagian tengah Liverpool dari dikuasai pihak lawan serta membantu bahagian serangan dengan umpanan-umpanan tepat dari beliau. Mascherano pula ditugaskan untuk membantu Alonso dengan memusnahkan sebarang gerakan serangan dari lawan ke arah barisan pertahanan Liverpool dan beliau juga secara langsung terbabit membantu Carra dan rakan-rakan di bahagian tersebut. Kemampuan melakukan umpanan tepat serta memusnahkan gerakan serangan inilah yang merupakan aset penting buat kedua-dua pemain tengah Liverpool ini. Kita telah melihat kemampuan mereka ini pada musim lepas dan terbukti mereka berdua ini adalah nadi bahagian tengah Liverpool. Tanpa mereka berdua, jelas sekali jentera tengah Liverpool kurang berkesan untuk membantu pertahanan dan juga serangan. Jangan berkompromi dengan sebarang urusan perpindahan yang membabitkan mereka berdua kerana tindakan tersebut akan membawa Liverpool ke arah kegelapan serta kehancuran.


YNWA

3 comments:

Firol said...

Tengah paling berkuasa dalam padang Masch-Alonso.....

Dua ni turun tak rasa bimbang....

Real @ barca tak nak Beli Lucas ke???

beemer said...

Masch-Alonso tiada pengganti ...
Lucas? kalu ada lagi kat anfield season depan ... wa dah tak tau nak komen apa ...

blassom said...

kita tunggu dn lihat jerlah lucas masih ada atau tak next season...kalau ada makna nyer RB syg giler la kat dia tue,takpun tak laku...