Saturday, June 13, 2009

Saviola : The Rabbit Ke Liverpool?

Harapan saya agar Rafa lebih bijak untuk menilai helah terbaru dari Real Madrid untuk mengebas pemain kesebelasan utama beliau pada kali ini. Real Madrid dilaporkan masih tidak berputus asa dan masih mencuba dengan pelbagai helah untuk mendapatkan Alonso. Terbaru diberitakan mereka mengumpan pemain antarabangsa Argentina, Javier Saviola untuk mendapatkan Alonso. Harga pemain yang mendapat gelaran The Rabbit di pasaran perpindahan pemain dijangkakan bernilai 5 juta pound. Berikut adalah petikan dari dailymail.co.uk mengenai spekulasi perpindahan yang terbaru ini :

Liverpool hope to complete the £5million transfer of Javier Saviola from Real Madrid next week.

Rafa Benitez is keen to sign the Argentina international nicknamed the Rabbit who joined Madrid on a Bosman free from Barcelona two years ago.

The 27-year-old, who has scored 12 goals in 44 internationals, has struggled to establish himself at the Bernabeu and has been told to vacate the No 9 shirt, which will be worn by Cristiano Ronaldo next season.

Ronaldo, on the verge of completing an £80m transfer from Manyoo, has already trademarked 'CR9' for marketing purposes.

Saviola, who has Spanish citizenship, will have even fewer chances with Madrid following the arrival of Kaka and Ronaldo and would offer Liverpool more options in attack.

Madrid intend to offload up to 10 players to accommodate and help fund a spending spree that could reach £260m.

The Spanish giants want to sign Xabi Alonso and, after meeting resistance fromLiverpool, may offer Saviola as part of a renewed bid for the 27-year-old.

Alonso also interests City, but Benitez insists he is going nowhere.

Walapapun pun yang ditawarkan Real Madrid, saya berharap agar Rafa tidak termakan dengan permainan mereka. Alonso tidak boleh dicari ganti oleh Liverpool. Jika ditawarkan bayaran perpindahan yang tinggi pun, saya pasti sukar untuk Rafa mencari pengganti beliau dengan mudah di dalam masa yang singkat ini. Dengan sasaran utama Liverpool untuk mendapatkan trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan, kehilangan pemain utama pasti akan mencacatkan cabaran kita di atas padang. Saya masih boleh bersabar dan faham jika keadaan kewangan telah menghadkan Rafa untuk mendapatkan pemain bertaraf bintang, namun saya tidak bersetuju untuk menggadaikan pemain-pemain utama Liverpool seperti Alonso, Gerrard, Mascherano serta Torres semata-mata untuk membeli pemain baru. Rafa telah mempunyai kesebelasan utama yang mantap dan saya pasti beliau tidak mahu menjahanamkan pasukan yang telah beliau bina selama 5 musim ini. Saviola boleh dijadikan tambahan yang bagus kepada skuad yang telah sedia ada. Namun untuk menukar beliau dengan Alonso, itu tindakan yang kurang bijak dan tidak patut dipertimbangkan langsung oleh Rafa.


YNWA

2 comments:

INDRA QIRANA said...

saviola....maaf lah ckp..takan beri impact apa apa kot, liverpool terlalu ramai pemaian yg kelam kabut mcm ni tapi kebanyakanya tak sesuai dengan permainan yg diterapkan rafa sendiri...

beemer said...

Hanya sekadar back up kepda Torres ..
Tapi kalu ada pilihan yg lebih baik tak salah untuk mencuba ..
lagipun si arnab ni buleh dapat dengan murah ..
cuma tak bley la kalu nak tukar dengan Alonso ... tak dapek lol ..