Tuesday, June 16, 2009

Torres : KESETIAAN Hanya Kepada Liverpool

Seperti yang kita semua sedia maklum dan telah disebarkan di merata-rata media serta internet, FERNANDO TORRES HANYA MILIK LIVERPOOL!!! Tetapi masih ada pihak yang membutakan hati serta perut mereka dan cuba untuk mendapatkan pemain kesayangan Liverpool ini. Cuba mengaburkan Torres dengan ganjaran wang bukanlah sesuatu tindakan yang bijak kerana ianya seolah-olah anjing menyalak bukit. Jika benar Torres seorang pemain yang gilakan wang, sudah lama beliau akan ke Real Madrid. Masih tidak faham? Penjelasan secara mudah, Torres a.k.a El Nino merupakan pemain yang amat setia dengan sesebuah kelab yang beliau sertai. Kesetiaan serta kepercayaan yang ditunjukkan Liverpool terhadap beliau telah menjadi kunci kepada perpindahan beliau ke Anfield dua musim yang lalu. Torres pernah berkata, Liverpool adalah seperti Atletico Madrid cuma perbezaannya skala peminat Liverpool adalah lebih besar dan merangkumi seluruh dunia. Namun seperti yang Torres katakan, hanya Liverpool dan Atletico Madrid sahaja di dalam hati beliau. Ini telah menunjukkan betapa setia dan sayangnya Torres kepada The Reds sama seperti “Scouser” yang lain dan ianya tidak boleh ditukar ganti dengan wang. Mari kita sama-sama lihat kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Torres apabila terdapat spekulasi Manyoo cuba mengebas beliau dari Anfield.

Pemain berusia 25 tahun ini telah menjadi idola semua peminat Liverpool apabila beliau tiba di Anfield dengan yuran perpindahan 20 juta pound dari Atletico Madrid pada musim 2007. Sehingga sekarang Torres telah menjaringkan 50 gol di dalam 84 penampilan beliau bersama-sama The Reds selama dua musim. Namun di sebalik ketajaman beliau di hadapan gol, Torres masih belum memiliki apa-apa piala bersama-sama The Reds. Ada kritik yang menyatakan kekurangan pemain tempatan England menjadi punca trofi Liga Perdana Inggeris masih belum pulang ke Anfield. Tetapi Torres dengan pantas menafikan perkara tersebut. Menurut beliau walaupun ada yang berpendapat pemain luar tidak mengambil berat tentang kejuaraan Liga Perdana Inggeris seperti pemain tempatan, adalah tidak benar sama sekali pemain luar Liverpool bersikap sedemikian. Mereka semua tahu Liverpool telah 20 tahun tidak memenangi Liga Perdana Inggeris dan peminat mahukan mereka membantu Liverpool mengakhiri penantian tersebut. Kemampuan Torres menyesuaikan diri dengan dengan corak permainan fizikal serta pantas di Liga Perdana Inggeris telah menyebabkan timbulnya angan-angan dari Manyoo untuk mendapatkan khidmat beliau. Malah Torres dikatakan akan menjadi pengganti kepada Ronaldo yang telah angkat kaki ke Real Madrid. Torres juga percaya Rafael Benitez merupakan orang yang tepat untuk membawa kejayaan kepada Liverpool dan beliau amat terhutang budi kepada pengurus Liverpool ini yang telah banyak membantu memperbaiki permainan beliau bersama-sama Liverpool.

Tambah Torres, persaingan dengan Manyoo sungguh sengit sehinggakan bumbung stadium di Anfield akan terbang jika Liverpool berjaya mengatasi mereka untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim depan. Liga Juara-Juara amat penting dan bermakna buat Liverpool tetapi trofi kejuaraan Liga Perdana Inggerislah yang diidamkan di Anfield. Liverpool adalah satu fenomena dengan berjuta peminat yang setia serta bangga dengan segala usaha dan perjuangan yang dipegang oleh kelab ini, tambah Torres lagi. Peminat-peminat Liverpool adalah SATU entiti yang wujud bersama-sama pemain dan itu adalah antara sebab utama kami pemain sentiasa mendapat sokongan samada di Anfield ataupun di merata-rata pelusuk dunia, jelas Torres yang amat gembira dengan keadaan ini. Kredit dari Torres, kelab ini mempunyai segala-galanya, sejarah, prestij, peminat yang cukup setia serta organisasi yang cukup mantap dan menjadi tanggungjawab yang besar kepada pemain untuk memenuhi cita-cita peminat yang mahukan kejayaan. Dengan cabaran yang lebih sengit di dalam mengejar kejuaraan musim depan, Torres amat berbesar hati untuk terus komited bersama-sama Liverpool. Buktinya, Torres telah menurunkan tandatangan ke atas kontrak baru bersama-sama Liverpool selama 4 tahun yang akan mengekalkan beliau di Anfield sehingga 2013 dengan pilihan untuk menyambung terus kontrak tersebut sehingga 2014.

Kepada yang bermimpi di siang hari untuk mendapatkan Torres, anda boleh kuburkan hasrat tersebut. Jangan dijadikan pemain kesayangan kami ini sebagai ganti kepada pemain yang tidak tahu menghargai pengorbanan kelab serta peminat. Jangan menghina Torres dengan harga perpindahan yang cukup mengaibkan kerana kami semua peminat Liverpool tahu betapa bernilainya Torres kepada Liverpool. Yang saya amat pasti, beliau lebih bernilai dari pemain yang telah anda jual ke Real Madrid. Dengan Alonso dan Mascherano diletakkan sekurang-kurangnya minimum bernilai 50 juta pound setiap seorang dan Liverpool tidak berminat langsung untuk berurusniaga, Torres? 2 kali ganda? 3 kali ganda dari harga itu? Saya pasti itu bukanlah jawapannya kerana bagi Torres, kesetiaan bukan perkara yang boleh ditukar ganti. Dengan gandingan mantap bersama-sama Kapitan Gerrard, mereka telah bersedia untuk menakluki pentas Liga Perdana Inggeris pada musim depan.


YNWA

9 comments:

blassom said...

pehhh tak tahan baca nyer...terharu rasa...ada hati manyoo tue,dh la busuk hati,masih nak menaruh hati kat player kite...

bangzaf said...

betul2 menggugah semangat paragraf teralhir tu....

beemer said...

El Nino already in his home ...
Enough said ...
He'll rocks the EPL next season ...

Firol said...

Liverpool akan kembali menjuarai liga .....
Steady pakcik rafa.... kasi gempak next sezen....tak sabar ni...

Anonymous said...

torres trulyREDZ.....
same cm ak gakla hehehe....


afiq_trulyREDZ


YNWA

INDRA QIRANA said...

MU tak malu!! org nak beli tevev banyak la songeh dia,kemain pertahankan kesucian MU! ..dia nak beli tores ok la plak...betul betul haprak tul furgeson ni...mentang mentang ler bertaraf SIR kat britain nun, ingat apa epl bapak dia punya ker he heee..saja jer kuar ayat ayat berapi ni..maklum ler tgh sengkek ni...

beemer said...

semangat tul bro indra ... cayalah!
afiq, torres tak sama cam owen maa...
hahaha!
terima kasih kpd sume rakan2 yg sudi singgah di blog ni ...
setiap komen anda amatlah dihargai dan dialu-alukan ... :)
kpd yg lain2 ... jgn segan2 nak komen ...

blassom said...

cara terbaik utk hargai komen2 kami dngan hadiah...mana hadiah nyer en beemer...:)

beemer said...

hadiah?
apo ekkk nak bagi?