Friday, June 26, 2009

McMahon : Trofi EPL Kian Hampir Ke Anfield


Kepada peminat-peminat Liga Perdana Inggeris di Malaysia, lagenda Liverpool yang akan menjadi fokus tulisan saya pada kali ini pasti anda kenali. Lagenda yang saya maksudkan adalah Steve McMahon, yang juga merupakan pengulas sukan bolasepak di rangkaian EPSN di astro. Di setiap musim Liga Perdana Inggeris, kelibat beliau pasti akan kelihatan di setiap hujung minggu memberikan analisis, ramalan serta pendapat di rangkaian ESPN. Macca merupakan seorang peminat Liverpool dan sehingga sekarang beliau mengikuti perkembangan semasa kelab dari Merseyside ini. Macca percaya Liverpool mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris pada musim yang akan datang. Macca adalah adalah antara pemain utama yang kali terakhir membawa pulang trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris ke Anfield pada 1990. Beliau telah nampak kualiti sebagai juara telah muncul di dalam skuad bimbingan Rafael Benitez ini. Menurut Macca, Liverpool telah bermain dengan penuh keyakinan di dalam masa beberapa bulan ini dengan merujuk kepada 10 kemenangan dari 11 perlawanan yang telah mengheret perebutan untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris hingga ke akhir musim lepas. Walaupun tidak memenangi apa-apa piala, pencapaian ini telah memberikan gambaran perubahan yang telah berlaku di dalam skuad Liverpool dan para peminat serta Macca yakin kejuaraan semakin dekat dengan Anfield. Tambah Macca, jika Liverpool bermula pada musim baru dengan prestsi sepertimana mereka menamatkan musim lepas, tidak mustahil kejuaraan bakal menjadi milik Liverpool.

Di dalam temubual eksklusif dengan liverpoolfc.tv, Macca juga memuji persembahan yang di tunjukkan oleh penjaga gawang Liverpool, Jose Reina. Menurut pemain yang mempunyai 17 penampilan antarabangsa bersama-sama England ini, Reina berada di dalam kelas yang sama dengan lagenda penjaga gol Liverpool, Bruce Grobbelaar. Mereka berdua adalah dua penjaga gol berbeza yang mempunyai corak permainan tersendiri. Namun tambah beliau, Reina adalah penjaga gol terbaik buat Liverpool pada masa sekarang cuma beliau kurang mendapat penghargaan sepertimana rakan-rakan sepasukan beliau yang lain. Macca merupakan antara tulang belakang yang berjaya membawa Liverpool mengadakan perlawanan persediaan musim baru di Asia Tenggara. Belia adalah merupakan pengarah komersial kepada syarikat yang berpengakalan di Singapura iaitu Profitable Group yang bertanggungjawab ke atas penajaan kepada skuad Liverpool di atas lawatan tersebut. Sungguh tinggi keyakinan yang dilemparkan oleh Macca. Beliau yang dikenali sebagai seorang pengulas yang cukup berhati-hati ketika memberi pendapat yang berkaitan dengan Liverpool. Diharapkan Liverpool mampu meneruskan rentak kecemerlangan pada musim depan dengan mengorak langkah memenangi trofi Liga Perdana Inggeris. Saya berharap keyakinan Macca ini menjadi kenyataan pada musim baru nanti dan kita sebagai peminat Liverpool mampu tersenyum dengan lebih bermakna nanti.


YNWA

2 comments:

Firol said...

sampai botak dia fikir pasal kelab kesayangan...

YE tahun depan kite kasi pecahlahhhhhhh

beemer said...

ya betul bro firol ...
tak tau la kalu tak menang lagi ... hehehe ...