Thursday, September 24, 2009

Mascherano : Perlu Kawal Kepala Angin

Pemain tengah Liverpool dan juga kapten skuad antarabangsa Argentina, Javier Mascherano hari ini terlepas daripada dikenakan hukuman oleh FA England atas kesalahan mengasari penyerang Leeds United Jermaine Beckford pada perlawanan pusingan ketiga Piala Carling pada awal pagi Rabu yang lepas. Perlawanan yang diadakan di Elland Road itu menyaksikan beberapa pertembungan di antara kedua-dua pemain di atas padang di dalam usaha mereka untuk menguasai bola. Mascherano dituduh menyiku Beckford di kepala beliau menggunakan tangan kanan selepas berlaku pergelutan di antara mereka berdua. Walaubagaimanapun, Mascherano terlepas dari dikenakan sebarang tindakan selepas pengadil perlawanan, Alan Wiley yang diminta untuk melihat semula rakaman video perlawanan tersebut mengesahkan beliau sedar tentang kejadian tersebut dan kekal dengan keputusan untuk tidak melayangkan kad merah kepada Mascherano. Pemain tengah Liverpool ini berhadapan kemungkinan digantung tiga perlawanan jika beliau disabitkan dengan kesalahan tersebut. Berita ini pasti menggembirakan keseluruhan kem Liverpool kerana jika Mascherano digantung, bahagian tengah akan semakin goyah dengan ketiadaan beliau. Mascherano perlu berhati-hati dengan perangai kepala angin beliau ini. Ini kerana sebelum ini beliau pernah terlibat di dalam beberapa insiden yang akan merugikan beliau dan juga Liverpool. Kita semua pasti masih ingat peristiwa ketika menentang Manyoo di tempat lawan beberapa tahun yang lepas dimana kerana keceluparan mulut, Mascherano telah dibuang padang dan seterusnya menganggu rentak persembahan Liverpool. Beliau juga telah ditenteramkan sehingga ke luar padang oleh Rafa kerana kemarahannya kepada pengadil. Kepada Mascherano, anda adalah seorang pemain profesional. Tidak perlu untuk anda membuat perlakuan seperti anak kecil yang jelas akan merugikan diri anda sendiri. Sebagai pemain tengah Liverpool yang cukup berkaliber, anda seharusnya lebih tenang menghadapi situasi dimana lawan cuba menimbulkan provokasi terhadap anda. Mungkin kali ini anda terlepas tetapi janganlah terkejut jika dikenakan hukuman oleh FA England selepas ini jika terbabit lagi dengan insiden seperti di Elland Road disebabkan kegagalan anda mengawal perangai kepala angin ini. Anda berhak untuk bermain agresif kerana itu sememangnya Mascherano yang kami semua kenali tetapi untuk bertindak membalas provokasi pihak lawan, anda perlu berfikir dengan lebih matang sebelum terjebak dengan perangkap lawan.


YNWA

8 comments:

Khan said...

Selamat Hari Raya Eid-Ul-Fitr :-)

MOFASAD said...

selamat hari raya juga....

marc....

sabor marc..

ko pn men kasaq gak...

huhu

Firol said...

memang kepala angn mamat ni. tapi permainan dia memang best. dia boleh kawal jauh lebih baik daipada luncas

harap dia dapat kawal emosi

Mschrno kena mempraktikkan puasa seali ngan nabil masa ramadhan aritu. dapat blajar sabar

beemer said...

selamat hari raya bro khan ... :)

beemer said...

mofasad ...
selamat hari raya ...
masch mmg agresif sbb dia mudah jd mangsa penipuan pihak lawan ...

beemer said...

bro firol ...
wa setuju masch kena belaja posa ... hehe!

Amirul Idham said...

aku pun kadang2 bengang gak dengan mamat ni..
skali aku siku kang..
eheh.. aku lak lebih2...

http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

beemer said...

amirul ...
siku jgn tak siku ... hahaha!
masch ni mudah termakan provokasi lawan ...