Sunday, September 20, 2009

BPL : Gracias El Nino

Terima Kasih Torres!!! Hanya itu ungkapan yang boleh saya ucapkan apabila perlawanan menentang West Ham berakhir pada malam tadi. Jika tidak kerana ketajaman penyudah penyerang utama Liverpool ini menemui sasaran, sudah pasti kita akan pulang dengan berputih mata dari Upton Park. Liverpool berjaya menewaskan skuad The Hammers dengan keputusan 3-2 setelah berjaya mengatasi kebangkitan berani mereka untuk mencari gol penyamaan sehingga ke akhir perlawanan. Liverpool yang bermula dengan jersi serba putih (jersi tempat lawan) buat kali pertama pada musim ini. The Reds bermula dengan baik dan menguasai perlawanan sehinggalah Torres membuka jaringan pertama pada minit ke 20 melalui gerakan solo yang menarik hasil daripada hantaran Insua. Torres berjaya menewaskan beberapa pemain pertahanan West Ham dengan larian pantas beliau ke dalam kotak penalti sebelum menyepak dengan kemas dan menewaskan penjaga gol Hammers, Green. Saya agak kecewa dengan kedua-dua pemain pertahanan tengah Liverpool iaitu Carragher dan Skrtel yang agak goyah pada separuh masa pertama. Carragher juga menghadiahkan penalti kepada West Ham pada minit ke 29 setelah mengasari Hines di dalam kotak penalti Liverpool. Hines merupakan antara pemain West Ham yang cukup menonjol pada malam ini selain daripada Cole. Penalti tersebut telah disempurnakan oleh Diamanti walaupun terdapat sedikit keraguan mengenai cara penalti tersebut disempurnakan. Selain daripada itu, kedua-dua mereka kelihatan gagal merantai Cole dengan baik pada perlawanan ini. Hanya di separuh masa kedua, permainan mereka berdua sedikit meningkat hasil daripada basuhan Rafa di waktu rehat. Johnson dan Insua bermain baik di sebelah kanan dan kiri barisan pertahanan Liverpool. West Ham kehilangan Upson dan Behrami pada separuh masa pertama kerana kecederaan. Mereka digantikan oleh Gabiddon dan juga Kovac. Ini turut membantu Liverpool untuk menguasai bola di tengah padang. Gol kedua Liverpool dijaringkan oleh Kuyt pada minit ke 41 hasil daripada tandukan oleh Kapitan Gerrard yang menyambar bola daripada sepakan sudut oleh Benayoun. Kegembiraan Liverpool tidak lama kerana selepas itu, West Ham menyamakan kedudukan 2-2 melalui jaringan tandukan oleh Cole yang menyambar sepakan sudut yang diambil oleh Noble. Kelemahan Liverpool terdedah lagi dengan gol jaringan melalui set piece ini. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 2-2 yang agak mengecewakan.

Liverpool bermula agak garang pada separuh masa kedua dengan memaksa West Ham untuk lebih banyak bertahan pada separuh masa kedua. Pemain-pemain West Ham yang kelihatan sudah keletihan telah membuka peluang lebih luas kepada Liverpool untuk menguasai bola. Mereka terpaksa bermain dengan lebih bertahan di dalam menangkis serangan Liverpool yang semakin bertali arus. Rafa membuat petukaran yang bijak dengan memasukkan Babel menggantikan Kuyt pada minit ke 60 untuk bermain di sayap kanan. Dan pertukaran ini membuahkan hasil apabila Babel melintangkan bola kepada Torres dan penyerang utama Liverpool tidak menghampakan dengan jaringan ketiga untuk Liverpool. Itu merupakan jaringan kelima Torres pada musim ini di dalam 6 perlawanan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Babel juga bermain agak baik pada malam ini dengan beberapa hantaran lintang yang cukup baik ke dalam kotak penalti West Ham. Jika beliau meneruskan corak permainan kurang tamak seperti di dalam perlawanan ini, tidak mustahil beliau akan memperolehi lebih banyak peluang untuk bermain selepas ini. Gol ketiga Liverpool ini telah membuka kembali permainan dengan West Ham cuba untuk mendapatkan gol penyamaan. Namun Liverpool dapat bertahan dengan baik dan menamatkan perlawanan ini 3 mata berharga untuk kemenangan keempat berturut-turut di Liga Perdana Inggeris dan membawa pasukan dari Merseyside ini ke tangga ketiga liga. Walaupun menang, saya agak tidak selesa dengan barisan pertahanan kita yang semakin mudah bolos jika bermain di tempat lawan. Ini merupakan kali ketiga Liverpool dibocori 2 kali di tempat lawan selepas Tottenham dan juga Bolton. Perlawanan pada malam ini juga agak mencemaskan kerana West Ham berjaya bangkit sebanyak dua kali setelah Liverpool berjaya mendapatkan gol pendahuluan. Sesuatu yang harus diberi perhatian serius oleh Rafa jika beliau mahu melihat Liverpool lebih banyak memenangi perlawanan selepas ini. Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa saya amat tidak berpuas hati dengan pengadil-pengadil yang setiap kali mengadili perlawanan Liverpool. Ini adalah kerana banyak pihak yang telah terlepas daripada dikenakan tindakan yang sewajarnya kerana mengasari penyerang utama Liverpool, Fernando Torres. Beliau bukanlah seorang pelakon handalan seperti sesetengah pemain di Liga Perdana Inggeris. Perlawanan semalam tidak terkecuali daripada menunjukkan bahawa pemain lawan akan menggunakan apa sahaja cara (termasuk taktik kotor) untuk menghalang Torres. Sesuatu yang perlu dilakukan oleh FA England yang jelas amat dangkal di dalam hal ini. Jika sesuatu berlaku kepada Torres selepas ini disebabkan oleh kegagalan menghukum pemain yang mencederakan Torres maka sila bersiap sedia FA England untuk menjadi lauk belasahan para peminat Liverpool. Ayuh Liverpool, fokus kepada perlawanan menentang Hull di Anfield pada minggu depan dan kita perlu mencapai kemenangan untuk mengukuhkan lagi kedudukan di carta Liga Perdana Inggeris pada musim ini.


YNWA

14 comments:

Firol said...

ramalan hampir tepat aku buat 3 gol dah betul dah tu...

aku setuju..nampak sgt dfend memang bukn setkt kunci aku tgk dah rupe sate raya aku tgk tahun ni...

tkt kalu tores cedera disbbkan benda gitu..

tapi harap momentum ni berterusan bulan ni dah menang 4 perlawanan..

pasni hull dan fiorentina harap menang...ni bulan permulaan menang kesemua perlawanan

aremierulez/Amirul said...

siot liverpool...
buat aku terjerit sorang-sorang mlm2 raya ni..
hahahaha...

tapi aku kecewa dgn pertahanan liverpool...
terutama carragher...

http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

sydney said...

FA england? rafa ckp i dont agree with the ref's decision,kena fined.
Ferguson ckp ref was wrong to send scholes off,ade kne pape?
haih. torres kaki lebam lg semalam.tiap2 kali game kne sepak.huhu

Che said...

miss sydney, kaki lebam2 tu besela as a footballer..aku pon slalu je lebam2 kaki ni..ala2 agger la katekan..hahaha

cume btol gak tu..SAF; the godfather of FA still got some strings onto referee's back..siot tol....baru lps tgk Manchester Derby ni..arghhh!!!!

joegrimjow said...

gogogo liberpool!!!!

sydney said...

che: my point is: tiap2 kali game die kne sepak.black eye tu xtau la sbb kne elbow k sbb x tdo mlm2 bg anak minum susu.haha

p/s: ko lebam ak x la kesah sgt.haha

beemer said...

bro firol ... yeahh hampir tepat cuma bocor 2 bijik ...
wa tunggu masa aja nak belasah FA england yg bangang tu ...
harap2 bek lebih mantap dan kita mng lagi lepas ni ..

beemer said...

amirul ...
carra cam tak cukup makan nasik aja mlm tu ..

beemer said...

sis sydney ...
ok lagi tu ...
extra time 7 minit vs city apa cita?
muka huduh mgr setan tu dah cam #$%%^#% bila bellamy score 3-3 ...
tp si pengkhianat la pulak score kemenangan ...

beemer said...

che ...
masalah bukan setakat lebam ..
tackle suma nak bagi patah kaki torres ... siap guna siku lagi nak balun Torres ... sib baik la Torres tu komplen aja .. kalu la camtu diaorg buat kat Carra ... mau kena pelempang/penerajang 2-3 das ...

beemer said...

joe ..
GO LIVERPOOL GO!!!!

beemer said...

sis sydney ...
yup you're right sis ...
selalu kena sepak torres .. pastu ref anggap dia acting ... mmg buta ref england ni ... mata kat lutut agaknya .. cam mana nak perform kalu ref bg green light utk disepak oleh defend? nak agresif pun guna akai la ... mata lebam torres dpt masa main ngan spain qualifying world cup aritu .. che lebam? apa nak heran dah ada yang tlg usap .. hahaha!

sydney said...

ntah assistant ref bg 4min extra time,extra lg 2minit dorg claim sbb bellamy celebrate 1min n substitution..tp why 4min in the 1st place? mane ad stop play lame sgt ms 2nd half.in my latest blog entry ad link bukti yg ref mmg favour man u bab2 bg extra ni.

beemer said...

sis sydney ...
cam bodoh aja bagi alasan bellamy celebrate n subs 2 minit .. bangang ker apa? abis berpuluh juta yg tgk bola tu buta? plg byk pun 5 minit aja .. ini bukan 6 minit sis .. tp dah nak masuk minit ke 7 ... kalu la pool tgh lead 3-2 kat situ ... konpem ref tambah 15 minit bagi peluang diaorg score 2 bijik dan mng!!!