Sunday, September 6, 2009

Liverpool : Tertunda Lagi


Antara rancangan masa depan Liverpool selain daripada mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah adalah pembinaan stadium baru di Stanley Park. Pembinaan stadium baru ini adalah antara agenda yang memang dicanangkan oleh pemilik sewaktu mereka mengambilalih Liverpool dahulu. Pembinaan stadium baru di Stanley Park ini adalah amat penting untuk meneruskan survival Liverpool di dalam era bolasepak moden yang jelas menuntut komitmen dari segi kewangan yang semakin meningkat saban hari. Pembinaan stadium baru ini juga akan membolehkan Liverpool menyaingi pencabar-pencabar lain di Liga Perdana Inggeris yang mempunyai kapasiti stadium yang lebih besar untuk menempatkan bilangan penonton yang lebih banyak. Hasil yang diperolehi oleh kelab-kelab utama Liga Perdana Inggeris yang mempunyai kapasiti stadium 50,000 temapat duduk ke atas pasti akan membantu kewangan kelab secara langsung. Kelab-kelab utama ini mampu menarik penonton untuk memenuhi stadium di setiap perlawanan tidak kira samada perlawanan yang membabitkan Liga Perdana Inggeris atau Liga Juara-Juara Eropah. Liverpool yang berpengkalan di Anfield jelas mempunyai ramai peminat yang setia dimana di setiap perlawanan, kapisiti Anfield berjumlah 45,000 tempat duduk pasti akan dipenuhi oleh para peminat.

Namun itu yang menjadi persoalan kita sekarang ialah sejauh mana perkembangan rancangan pembinaan stadium baru Liverpool di Stanley Park? Jawapannya ialah kita semua akan kempunan lagi untuk melihat pembinaan stadium baru ini dalam masa terdekat. Khabar terbaru dari Anfield telah menyatakan pemilik Liverpool telah menangguhkan rancangan untuk membina stadium baru di Stanley Park sehingga keadaan ekonomi dunia pulih seperti sedia kala. Ini adalah kerana kesukaran untuk mendapatkan kredit pembiayaan berjumlah 490 juta pound bagi membiayai pembinaan stadium baru tersebut. Stadium baru di Stanley Park ini mempunyai kapasiti sebanyak 60,000 tempat duduk dan bakal menggantikan Anfield yang dibina pada 1884 dijangkakan akan dibuka pada tahun hadapan. Tetapi keadaan ekonomi dunia yang semakin meleset sekarang telah menyebabkan pembinaan stadium baru ini dihentikan pada bulan Ogos lepas dengan tiada tarikh baru ditetapkan untuk menyambung semula pembinaan ini. Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah Urusan Liverpool, Christian Purslow di dalam kenyataan beliau kepada media.

Perancangan stadium baru memang baik untuk masa depan Liverpool tetapi yang menjadi persoalan ialah mampukah Liverpool menanggung hutang sebanyak 490 juta pound yang diperlukan untuk pembinaan stadium baru tersebut? Janganlah kita menjadi seperti pasukan senapang yang mempunyai stadium baru tetapi terpaksa mengkuruskan belanjawan bagi mendapatkan pemain baru. Untuk pelaburan jangka panjang, pembinaan stadium baru pasti akan menguntungkan kelab. Diharapkan Liverpool dapat menstrukturkan hutang yang diperlukan untuk membina stadium baru tersebut dengan baik agar tidak menganggu sebarang perancangan Liverpool untuk memenangi kejuaraan di setiap pertandingan yang disertai. Perkembangan pasukan haruslah selari dengan perancangan kewangan Liverpool dan kita tidak mahu disebabkan masalah kewangan, perkembangan pasukan akan terbantut di separuh jalan. Penangguhan ini juga memberi peluang kepada para peminat Liverpool untuk terus merasai suasana di Anfield yang jelas telah menjadi gelanggang keramat Liverpool dan penuh dengan nostalgia semenjak zaman berzaman.


YNWA

6 comments:

INDRA QIRANA said...

lain macam jer stadium tu macam kek yang dah kene belah sikit he he... anyway perlu sangat ker stadium baru tu..ibarat nak untuk sikit ruginya banyak jer...

Firol said...

kena tangguh lagi....tapi bile tgk anfield macam ada nilai tersendiri.. sayang pulak....

THIS IS ANFIELD...nama nampak gah

THIS IS STANLEY PARK...APsal aku rasa macam taman permainan ni..

byk buruk baik sbnrnye pasal stadium ni...kena kejar paling penting tu JUARA LIGA KE19

beemer said...

bro indra ...
anfield nak extend dah tak buleh ...
wa lagi suke anfield dr stadium baru ..

beemer said...

bro firol ...
anfield penuh dgn nostalgia bro ...
kita membesar dgn anfield ...

aremierulez/Amirul said...

sayang juga kalau anfield hilang..
tapi ape bleh buat..
nak duit punye pasal..

tapi lahabau usa tu dah telan duit..
mcm mne nk buat stadium..

http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

beemer said...

amirul ...
diaorg buat stadium guna taik idung diaorg ... kaya apa kalu sibuk dok buat utang aja .. kayap mungkin lebih tepat ...