Monday, September 7, 2009

Liverpool : Skuad Liga Juara-Juara Eropah 09/10


Dengan musim Liga Juara-Juara Eropah yang akan bermula pada minggu hadapan. Cabaran Liverpool akan dipikul oleh senarai 28 orang pemain yang telah didaftarkan untuk beraksi di kejohanan tersebut. Liverpool yang tidak bermain di pusingan kelayakan kerana mendapat bye di pusingan tersebut akan terus beraksi di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah. Liverpool akan memulakan cabaran di Eropah dengan perlawanan di tempat sendiri menentang pasukan dari Hungary Debreceni VSC di tempat sendiri pada 16 September sebelum berkunjung ke Itali untuk menghadapi Fiorentina. Perlawanan timbal balik kemudian menyusul dengan Lyon sebelum bertandang semula ke Hungary untuk menghadapi Debreceni VSC. Perlawanan peringkat kumpulan ini berakhir dengan perlawanan di tempat sendiri menentang Fiorentina pada 6 Disember nanti. Diharapkan Liverpool dapat beraksi dengan baik pada musim ini kerana Liga Juara-Juara Eropah tidak pernah menghampakan kita di dalam menawarkan mutu permainan berkualiti dari Liverpool. Berikut adalah senarai penuh 28 orang pemain yang akan mengibarkan cabaran Liverpool di Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini :


PENJAGA GOL

Diego Cavalieri, Pepe Reina, David Martin.


PERTAHANAN

Glen Johnson, Daniel Agger, Fabio Aurelio, Sotirios Kyrgiakos, Emiliano Insua, Jamie Carragher, Stephen Darby, Martin Kelly, Martin Skrtel, Andrea Dossena.


TENGAH

Alberto Aquilani, Steven Gerrard, Yossi Benayoun, Javier Mascherano, Lucas Leiva, Jay Spearing, Damien Plessis, Albert Riera.


PENYERANG

Fernando Torres, Andriy Voronin, Dirk Kuyt, Ryan Babel, David Ngog, David Amoo, Nathan Eccleston.


YNWA

9 comments:

Firol said...

Liverpool kalau kat pentas UCL memang best dramatik..

Lawan kali ni semua baru2 susah nak duga kemampuan...

Uncle Rafa pun cakap tahun ni ok dekat sikit tempat lawan katanya.

Apa pun team tentera merah harap menang tahun ni...

kalau Liga dapat,UCL dapat nampak smart tul

blassom said...

semoga detik 2005 berulang kembali...manis nyer

Pert Doherty said...

btol2.. kasi lagi dramatik.. bgun dari kekalahan.. :)

beemer said...
This comment has been removed by the author.
beemer said...

bro firol ...
harap The Reds lebih mantap di champions league musim ni ...

beemer said...

sis blassom ..
harapan suma peminat The Reds mahu 2005 berulang kembali ...

beemer said...

pert ...
teringat coming back from 3-0 down tahun 2005 ... mmg mantap!!!

aremierulez/Amirul said...

yes..
harap UCL ni, liv boleh menang lagi..
jadikan the reds pasukan inggeris paling hebat kat eropah...



http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

beemer said...

amirul ...
kalu liverpool mng UCL lagi thn ni ...
ada la yg nangis kuar air mata darah nanti .. hehehe!