Tuesday, September 22, 2009

Carling : Jangan Main-Main


Pertarungan Piala Carling menentang Leeds United di Elland Road pada awal pagi ini pasti akan mengimbas semula kenangan sebagai musuh lama di Liga Perdana Inggeris pada satu ketika dahulu. Leeds yang kini beraksi di League One England dan diterajui oleh pengurus Simon Grayson pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menguji kekuatan musuh lama pada awal pagi nanti. Leeds United kini menguasai persada League One mendahului satu lagi pasukan lama Liga Perdana Inggeris iaitu Charlton Athletic. Walapun pertemuan kali ini berlangsung di pentas berbeza namun Leeds tetap pasukan yang perlu dihormati dan berbahaya apabila mereka beraksi di hadapan penonton sendiri. Pengurus Liverpool, Rafa Benitez telah melaungkan amaran bahawa buruk padahnya jika para pemain Liverpool akan beraksi sambil lewa pada perlawanan ini. Rafa juga telah membayangkan akan menukarkan barisan utama beliau pada perlawanan pada malam ini. Menurut beliau penukaran ini perlu dilakukan agar beliau dapat melihat para pemain lain beraksi di kesebelasan utama. Samada pemain utama atau simpanan, Liverpool perlu menang pada perlawanan awal pagi ini untuk meneruskan kemaraan di dalam Piala Carling di samping mengelak kritikan berterusan ke atas pasukan. Berikut adalah barisan pemain yang mungkin akan diturunkan pada perlawanan awal pagi nanti :

Formasi : 4-4-2

Barisan Kemungkinan :

DIEGO

DEGEN KYRGIAKOS AGGER DOSSENA

BABEL SPEARING LUCAS AURELIO

NGOG VORONIN


Keputusan : 3-2 kemenangan kepada Liverpool. Gol-gol dijaringkan oleh Voronin, Ngog dan Agger

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro Supersport Rangkaian 811 23/09/09 jam 0240 pagi


YNWA

6 comments:

Che said...

wa arap agger dapat men full utk arini..ini penting sbb kedua2 CB pada game sabtu lepas telah dilayangkan kad kuning..jadi RB kene start balek maen rotate utk CB..dan ingat, kombinasi Skrtel-Carra nampak agak berterabur pada awal musim ni..jadi CB rotation diperlukan untuk mengingatkan sume CB yang mereka perlu bermain pada tahap 100% utk melayakkan diri mereka utk bermain..termasuk carra..

Firol said...

1-0
mmg leeds msh ada kekuatan serpihan liga perdana..

blassom said...

lawan hull sabtu nie 955pagi ya bro???

pagi kita ker pagi dape???

:)

beemer said...

che ... agger tak maen lagi ...
CB liverpool cam ayam serama skrg ni ... tak tau pasal apa ...

beemer said...

bro firol ...
nyaris seri semlm ..
sib baik gol leeds offside ..

beemer said...

sis blassom ..
hehehe ... akibat mabuk ketupat dgn rendang la ni ...
tq sis .. already corrected ..