Monday, September 21, 2009

Torres : El Nino - My Story


Sebelum perlawanan menentang West Ham pada hari Sabtu yang lalu, para peminat Liverpool telah membanjiri Anfield bagi menyaksikan penyerang utama Liverpool, Fernando Torres melancarkan autobiografi sulung beliau. Pelancaran autobiografi yang bertajuk “Torres : El Nino – My Story” telah disempurnakan oleh pemain antarabangsa Sepanyol ini pada hari Khamis minggu lepas. Para peminat tidak melepaskan peluang untuk menemui bintang pujaan mereka ini bermula dari jam 8 pagi sehinggalah jam 3 petang. Torres juga tidak melepaskan peluang tersebut untuk menemui para peminat Liverpool dan beramah mesra dengan mereka semua serta menandatangani buku yang dibeli oleh para peminat. Autobiografi “Torres : El Nino – My Story” menceritakan tentang bagaimana pemain berusia 25 tahun ini memulakan karier bolasepaknya bermula di jalanan berhampiran dengan Stadium Vicente Calderon, gelanggang keramat pasukan Atletico Madrid. Autobiografi ini juga menceritakan bagaimana perpindahan Torres ke Anfield telah membolehkan beliau menjadi antara penyerang yang paling digeruni di dunia bolasepak. Autobiografi yang menceritakan dengan terperinci mengenai pencapaian Torres sehingga sekarang boleh menjadi koleksi peribadi para peminat Liverpool di seluruh dunia.


YNWA

2 comments:

INDRA QIRANA said...

salam aidilfitri... tores memang hebat... cuma perlu lagi berusaha untuk menjaringkan gol gol penting menentang team team besar...

TAPI MEMANG MENYAKITKAN HATI TGK GAME UNITED NGAN CITY...SUNGGUH KONSPIRASI... JERSI HITAM TGH PADANG TU SEBENARNYA JERSI BEWARNA MERAH...

dah banyak kali aku tgk ref menyelamatkan united dalam saat saat genting...huuu

beemer said...

bro indra ...
nampak sangat penipu EPL ni ...
FA England mmg kaki penipu ...
suka-suka ati extra time 4 minit jadi 7 minit ... baik letak setengah jam terus kan senang ...