Thursday, June 25, 2009

Villa : El Guaje Ke Anfield?

Berita yang agak menggemparkan apabila terbaca mengenai perihal rakan penyerang Fernando Torres di dalam skuad Sepanyol iaitu David Villa a.k.a El Guaje. Terkejut juga sebenarnya kerana untuk memiliki Villa pasti banyak wang yang perlu dilaburkan oleh Liverpool. Saya amat menyokong jika Rafa mahukan Villa di Anfield kerana beliau adalah pilihan terbaik untuk bergandingan dengan Torres. Berita terbaru dari Sepanyol telah menyatakan Liverpool telah bersedia dengan tawaran bidaan mega kepada Valencia bagi mendapatkan Villa. Keadaan ini dikatakan telah berlaku kerana kedudukan kewangan dilaporkan bertambah kukuh selepas pemilik bersama Liverpool, George Gillett telah menjual pasukan hoki Montreal Canadiens kepada keluarga Molson. Penjualan ini telah dikatakan bernilai 330 juta pound. Dengan penjualan ini, sedikit dana dapat diperuntukan untuk membuat bidaan untuk Villa dan seterusnya memberikan amaran kepada pesaing Liverpool yang lain betapa seriusnya persediaan Liverpool pada kali ini. Villa telah berulang-kali mengatakan beliau masih mahu kekal bermain di Sepanyol tetapi dengan rakan baiknya Torres berada di Anfield, ianya pasti akan memudahkan lagi urusan perpindahan beliau ke Liga Perdana Inggeris. Ditambah dengan Liverpool yang mempunyai pengurus Sepanyol, Rafael Benitez dan kontigen pemain-pemain antarabangsa Sepanyol seperti Riera, Reina, Alonso dan Arbeloa serta Torres di Anfield. Villa pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau hanya akan bermain untuk Rafael Benitez dan spekulasi ini akan bertambah menarik nanti.

Laporan dari Sepanyol itu juga menyebut, Barcelona dan Real Madrid juga sibuk untuk berusaha memancing bekas penyerang Zaragoza ini. Liverpool dikatakan turut menyertai bidaan untuk mendapatkan Villa. Dan keputusan sekarang hanya terletak di tangan Villa dan dengan Torres yang mahukan beliau ke Anfield maka kemungkinan beliau menyertai Rafalution di Anfield adalah tinggi. Dengan terkeluarnya Sepanyol dari Piala Konfiderasi, maka ruang akan terbuka luas untuk Villa membuat keputusan tentang masa depannya. Rundingan dengan Liverpool dilaporkan telah berlaku selama beberapa bulan, walaupun terdapat minat dari Manyoo untuk mendapatkan Villa, hanya beberapa butiran terakhir sahaja yang perlu dilengkapkan sebelum pengumuman rasmi dikeluarkan untuk perpindahan Villa ke Anfield. Jika difikirkan secara logik, memang seperti berada di dalam mimpi apabila membaca berita ini. Mana mungkin Liverpool mampu membeli Villa dengan kewangan yang terhad sekarang. Namun saya berpendapat amat perlu untuk Liverpool mendapatkan Villa dengan syarat pemain-pemain utama seperti Mascherano dan Alonso tidak dijadikan korban bagi mendapatkan beliau. Kehadiran Villa pasti akan melengkapkan bahagian serangan Liverpool yang kini diterajui oleh Torres dan Gerrard. Gandingan Gerrard – Torres – Villa pasti akan mendatangkan mimpi ngeri kepada barisan pertahanan pasukan-pasukan di Liga Perdana Inggeris musim depan. Walaupun berita ini hanya spekulasi, namun jangan sesekali kita mengenepikan kebijaksanaan Rafa di dalam pasaran perpindahan pemain. Dan kita masih ingat bagaimana caranya beliau membawa Torres ke Anfield. Jika benar Villa akan menyertai Liverpool, maka semakin hampirlah trofi Liga Perdana Inggeris pulang ke Anfield.


YNWA

3 comments:

Anonymous said...

doa2kn jela spya rumors nih mjadi kenyataan ....(smbil mngkontrol kterujaan ku nih )hehehe



afiq_trulyREDZ



YNWA

Firol said...

harap akan jadi kenyataan dulu pun Villa memang ada buat statement nak berganding dgn El Nino

Gerrard-Villa-Torres

Harap Impian terkabul....

beemer said...

kalu la dpt villa ...
ada yg berdarah idung la pikir strategi vs pool ... hehehe!