Saturday, June 20, 2009

Torres : Hanya Liverpool!

Kenyataan tegas dari penyerang utama kita, Fernando Torres “Saya Pemain Liverpool Selamanya”. Saya pasti komitmen Torres ini amatlah dihargai dan disambut baik oleh para peminat Liverpool di seluruh dunia. Tanpa sebarang keraguan, Liverpool adalah kelab terbaik bagi Torres mengembangkan kerjayanya sebagai pemain bolasepak ternama dunia. Penyerang muda Sepanyol ini telah mengesahkan masa depan beliau hanya bersama Liverpool walaupun Real Madrid datang dengan tawaran yang lebih lumayan. Torres memberitahu beliau langsung tidak berminat dengan perpindahan ke mana-mana kelab seperti Real Madrid atau Manyoo. Tambah Torres, Real secara terang-terangan membelanjakan banyak wang untuk mendapatkan pemain dan Manyoo pasti akan mencari pengganti Ronaldo tetapi Torres lebih berminat dengan perancangan Rafael Benitez di Liverpool. Kelab-kelab mungkin menawarkan gaji yang tidak masuk akal di dalam usaha menarik pemain baru menyertai mereka namun ianya bukan Torres kerana beliau bukanlah setamak itu. Ikrar Torres, selagi Liverpool masih mahukan khidmat beliau, Torres akan tetap berada di Anfield. Torres hanya berpindah dari Atletico Madrid ke Liverpool. Walaupun beliau membesar di Sepanyol, Liverpool adalah kelab yang menjadi pujaan beliau semenjak dari kecil lagi.

Lega rasanya apabila membaca kenyataan Torres ini. Hilang juga kegusaran kemungkinan beliau dikebas oleh pasukan-pasukan yang bermimpi di siang hari. Komitmen Torres ini membuktikan lagi bahawa kesetiaan beliau hanyalah kepada Liverpool. Duit bukanlah sesuatu yang dikejar oleh penyerang sensasi Liverpool ini. Kejuaraan bersama-sama Liverpool merupakan perkara yang amat penting buat Torres. Dan saya pasti hanya masa sahaja yang akan menentukan piala mana yang bakal dimiliki Torres bersama-sama Liverpool. Jika ianya bermula dengan trofi Liga Perdana Inggeris musim depan, ianya satu permulaan yang baik kerana Anfield telah menunggu kepulangannya selama hampir 20 tahun. Dengan gandingan beliau bersama Kapitan Gerrard, Torres dijangka akan mengegarkan Liga Perdana Inggeris pada musim depan. Seperti pendapat adik saya, Liverpool harus membalas jasa Torres dengan memenangi piala bersama-sama beliau. Satu kerugian yang besar jika Liverpool tidak memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada pada Torres di dalam menempuh cabaran di musim-musim yang akan datang. Kepada Torres, kami semua mahukan anda memahatkan nama sebagai lagenda di Liverpool!


YNWA

2 comments:

Firol said...

lagenda kesinambungan nombor 9.....

El-Nino....

dua musim dah 50 gol.....next year harap x injured

beemer said...

El Nino ...
Lagenda No 9 Liverpool ...
Watch out golden boot musim depan ...