Monday, June 29, 2009

Johnson : 10 Fakta Menarik

Akhirnya Liverpool secara rasmi telah berjaya mendapatkan pemain pertahanan kanan Portsmouth dan juga England, Glen Johnson. Beliau merupakan pemain pertahanan kanan yang sedang meningkat naik selepas perpindahan beliau ke Portsmouth. Kini Johnson telah menjadi pilihan utama pengurus England, Fabio Capello untuk mengisi slot pertahanan kanan skuad kebangsaan England. Walaupun harga beliau dikatakan agak tinggi namun pengurus Liverpool, Rafael Benitez percaya Johnson pasti akan membantu Liverpool untuk membawa trofi Liga Perdana Inggeris ke Anfield. Rafa sememangnya tahu Johnson akan tetap memilih Anfield walaupun Chelsea dan City turut membuat bidaan ke atas beliau. Rafa cukup kagum dengan mentaliti kemenangan Johnson dan beliau berharap Johnson akan menggunakan mentaliti itu untuk membantu Liverpool. Perpindahan Johnson ke Anfield turut dibantu oleh yuran perpindahan Peter Crouch ke Portsmouth yang masih berbaki 7 juta pound. Sempena mengalu-alukan kedatangan beliau ke Anfield, berikut 10 perkara yang anda sebagai peminat Liverpool perlu tahu mengenai beliau daripada laman rasmi liverpoolfc.tv :

1. After rising through the ranks of West Ham United's Academy, Glen started his professional career with the Hammers. He made 15 appearances at Upton Park and also spent time on loan at Millwall.

2. Johnson was the first signing of the Roman Abramovich era at Chelsea when he moved across London in 2003. His league debut for the Blues came at Anfield against Liverpool in August of the same year.

3. The defender won one Barclays Premier League title winner's medal and a League Cup during his time at Stamford Bridge before lifting the FA Cup with Portsmouth in 2008.

4. He moved to Fratton Park on loan in 2006 and made the deal permanent a year later.

5. Glen won Match of the Day's 'Goal of the Season' award in 2008-09 for his screaming left-foot volley against Hull City on 22 November.

6. Despite Portsmouth finishing in 14th position in the Barclays Premier League, Johnson was selected at right-back in the PFA Team of the Year for 08-09.

7. In total, Glen made 29 Barclays Premier League appearances for Portsmouth last season, scoring three goals and claiming the same number of assists.

8. Johnson made his senior England debut against Denmark in 2003 aged 19 and has a total of 15 caps for the Three Lions.

9. The 24-year-old set up the Glen Johnson Soccer School' in Dartford, Kent back in 2007 for children aged between four and 16.

10. Glen was born on 23 August 1984 and shares his birthday with American basketball superstar Kobe Bryant.

Walaupun ada pihak yang berpendapat kehadiran Johnson bakal mengugat kedudukan Arbeloa sebagai pertahanan kanan Liverpool, saya masih berpendapat kita masih perlukan 2 pemain senior bagi slot pertahanan kanan. Rafa telah memberitahu, Liverpool masih mahu kekalkan Arbeloa dan Liverpool telah menawarkan kontrak baru kepada beliau. Kontrak ini masih di dalam perbincangan di antara pihak Arbeloa dengan Liverpool. Namun dengan kontrak yang masih berbaki setahun dan peluang bermain yang lebih terhad, Arbeloa dijangkakan akan memilih jalan keluar dari Anfield. Rafa turut berkata, jika terdapat tawaran yang baik untuk Arbeloa, Liverpool pasti akan berminat untuk mengadakan perbincangan. Kemungkinan ini saya jangka akan membuka peluang lebih luas kepada pemain muda Liverpool, Stephen Darby yang bermain di posisi yang sama dengan Arbeloa dan Johnson untuk membuktikan kemampuan beliau di kesebelasan utama Liverpool. Saya masih ingin melihat Johnson dan Arbeloa bersama-sama mengisi slot pertahanan kanan Liverpool, namun jika Arbeloa memilih untuk keluar maka Rafa sepatutnya memberi peluang kepada Darby seperti pemain-pemain muda yang lain. Kepada Johnson, Selamat Datang Ke Anfield dan diharapkan anda mempunyai kerjaya yang cemerlang di Liverpool!


YNWA

2 comments:

Firol said...

elok Abg Alovera kita stay...ada backup....Tak sabar nak tunggu musim baru ni..musim paling kuat Lvpl

beemer said...

Kalu dia nak jadi back up la bro ..
satu position sepatutnya ada 2 establish player ... br betul2 mantap team ...