Monday, June 22, 2009

Carragher : Kekalkan Yang Terbaik

Terdapat semakin banyak permintaan kepada Rafa dan juga pengurusan Liverpool agar mengekalkan pemain-pemain senior yang berada di dalam skuad Liverpool. Yang terbaru orang lama, Jamie Carragher pula bersuara agar pemain-pemain senior Liverpool tidak dijual di pasaran perpindahan pemain pada kali ini. Harapan Carragher adalah untuk melihat pemain baru tiba di Anfield walaupun terdapat halangan dari segi kewangan buat Liverpool. Disebabkan keadaan ini, desas-desus bertiup kencang mengatakan pemain-pemain senior seperti Alonso dan Torres akan menyertai kelab lain. Namun menurut Carragher, beliau seperti peminat-peminat yang lain, mahu melihat pemain baru di Anfield. Carragher mahu Rafa menambah beberapa pemain baru tetapi beliau tidak mahu kehilangan pemain yang sedia ada. Berkaitan dengan Alonso, Liverpool akan mengalami kerugian yang besar jika kehilangan beliau. Tambah Carragher, Alonso dan Gerrard merupakan dua pemain terbaik Liverpool pada musim lepas. Dengan Gerrard yang telah memenangi anugerah dan Alonso merupakan antara pemain terbaik pilihan peminat Liverpool, jelas kepentingan Alonso kepada kelab.

Dengan Liverpool yang masih belum kehilangan pemain utama, musuh setempat mereka Manyoo kini di ambang kehilangan salah seorang pemain senior di dalam skuad utama mereka. Dengan Ronaldo yang dilaporkan yang menyertai Real Madrid pada hujung bulan ini, Carragher pasti keadaan ini merupakan satu tamparan hebat buat Manyoo. Kehilangan Ronaldo pasti memberikan sedikit kesan kepada Liga Perdana Inggeris dan Manyoo. Walaupun mereka mempunyai ramai pemain yang baik, Ronaldo merupakan salah seorang dari mereka, tambah Carragher lagi. Carragher pasti pengurus Manyoo tahu apa yang telah mereka lakukan dan dengan yuran perpindahan 80 juta pound, mereka pasti akan mencari pengganti kepada Ronaldo walaupun ianya sukar. Mungkin Manyoo akan membeli beberapa pemain untuk tujuan ini. Namun Carragher berharap pengganti Ronaldo adalah tidak sebaik beliau!


YNWA

2 comments:

Firol said...

Kalu lah Villa dapat Lvpl beli fuh...top striker of the world tu....

No 7 dan No 9

macam Rush ngan King Kenny perghhhhhhhhhh

beemer said...

Duit poket tak cukup nak beli Villa ...
kalu idak dah lama 2 striker spain di anfield ... ada la yg muntah darah nanti bila vs pool ... hehehe!