Monday, September 28, 2009

Villa : Januari Di Anfield?

Menurut satu laporan yang diperolehi dari internet (jika benar), penyerang utama Sepanyol juga Valencia, David Villa kini menjadi sasaran Liverpool. Pengurus, Rafa Benitez dikatakan telah memulakan usaha untuk membawa penyerang utama Valencia ini ke Anfield apabila beliau diberitakan telah meminta pemilik Liverpool memberikan dana yang secukupnya untuk membolehkan perbincangan dengan Valencia dilakukan. Villa turut dikaitkan dengan Barcelona dan juga Real Madrid namun kedua-dua kelab itu memilih untuk mendapatkan Z;atan Ibrahimovic dari Inter dan Karim Benzema dari Lyon. Pemain antarabangsa Sepanyol ini dilaporkan kecewa kerana gagal untuk berpindah dari Mestalla namun sekarang perpindahan ke Liga Perdana Inggeris dikatakan menjadi pilihan beliau pada bulan Januari nanti. Rafa Benitez berpendapat Villa merupakan pemain yang mampu membawa kejayaan kepada Liverpool dan beliau telah membuat pertemuan dengan kedua-dua pemilik Liverpool untuk memohon agar diadakan dana yang cukup untuk mendapatkan Villa. Laporan tersebut turut menyatakan yuran perpindahan sebanyak 49 juta Euro mencukupi untuk menyakinkan Valencia supaya menjual bintang mereka itu yang telah menjaringkan 28 gol di La Liga pada musim lepas.

Jika perpindahan ini berlaku maka Liverpool berjaya menyatukan gandingan serangan utama Sepanyol iaitu Torres dan Villa di Anfield. Terlalu banyak spekulasi mengenai Villa pada musim panas yang lepas namun satu pun tidak menjadi kenyataan dan penyerang Sepanyol ini kekal di Valencia. Sukar untuk kita melihat Villa tiba di Anfield jika melihat kepada kedudukan kewangan Liverpool sekarang dengan pemilik yang hanya tahu membuat hutang. Namun kita semua tahu yang Rafa Benitez adalah antara pengurus yang amat berminat untuk mendapatkan khidmat Villa. Mungkin berita ini agak sukar untuk dipercayai namun kita harus ingat tiada yang mustahil di dalam bolasepak. Sejauh mana akan kebenaran berita ini, sama-sama kita saksikan apabila urusniaga perpindahan akan dibuka semula pada bulan Januari 2010 nanti.


YNWA

8 comments:

Firol said...

dari lepas euro rafa memang minat tapi mcm hang cakap bro...kewangan ..

masa dulu rafa sendiri ternag bagitau..yuran perpindahan mahal.

januari ni jadi kayu ukur sebenar spekulasi ni.

VILLA IS LIVERPOOL NUMBER 7 OR NOT...

@r zh@r said...

berita baik tu...mintak2 jadi..

ymn said...

dah mangkuk hayun mat salleh tu bagi bajet 20mil jer perseason.. mcm mana nak angkut villa ker anfield.
lainlah klu pak arab tu jadi amik 50% saham ..maybe yes ..

MCM said...

harap2 pak arab ni ambik liverpool dlm bulan 11 ni paling lewat..bln jan gerenti dah bermain bersama th KOP

beemer said...

bro firol ...
kita tunggu januari ini ..
kita tgk sbyk mana komitmen amerika mangkuk 2 ekor tu ..

beemer said...

@r zh@r ...
kalu jadi kita kenduri ramai2 ... hehe!

beemer said...

ymn ...
apa kata kalu kita juai 2 ekor mangkuk amerika tu? bapa sen agknya laku ...

beemer said...

MCM ...
tok arab nak beli bro ..
tp owner mangkuk tu tamak ...
nak jual harga tak masuk akal ..