Thursday, September 10, 2009

Aurelio : Sedia Untuk Bertempur

Pemain pertahanan kiri Liverpool dari Brazil, Fabio Aurelio dilaporkan telah kembali menjadi latihan dengan kesebelasan utama Liverpool di Anfield. Aurelio yang mengalami kecederaan berikutan kemalangan yang berlaku di kampung halamannya di Brazil sewaktu cuti musim panas yang lalu. Pemain Brazil yang berusia 29 tahun ini telah bersedia untuk tampil di perlawanan menentang Burnley di Anfield pada hari Sabtu nanti. Penolong pengurus Liverpool, Sammy Lee amat gembira dengan kehadiran semula Aurelio di kesebelasan utama Liverpool dan menyifatkan Aurelio sebagai seorang pemain yang baru menyertai pasukan dari Merseyside ini. Dengan pulihnya Aurelio dari kecederaan ini, pengurus Liverpool, Rafa Benitez mempunyai lebih pilihan untuk diturunkan pada setiap perlawanan. Sehingga sekarang, pemain pertahanan kiri Argentina, Emiliano Insua menggalas tugas dengan baik di posisi tersebut. Menurut Lee, walaupun Aurelio tidak dapat menyertai persediaan pra musim Liverpool, Aurelio kini telah bersedia untuk bersaing di kesebelasan utama Liverpool. Sebarang pasukan pasti mahukan semua pemain utama mereka bersedia untuk diturunkan dan ini pasti akan memeningkan pengurus untuk membuat keputusan bagi memilih pemain mana yang patut bermain di atas padang, namun menurut Lee, lebih baik mempunyai masalah sedemikian daripada tidak dapat berbuat sedemikian kerana pemain mengalami kecederaan. Lee sependapat dengan Rafa yang Liverpool mempunyai skuad yang cukup mantap untuk bersaing di mana-mana pertandingan pada musim ini.

Kehadiran Aurelio tidak dinafikan dapat memberikan lebih pilihan kepada pengurus Liverpool, Rafa Benitez untuk membuat perancangan pada setiap perlawanan. Kemampuan pemain yang menyarung jersi no 12 liverpool ini membuat hantaran silang serta mempunyai kemahiran di dalam mengambil tendangan bebas pasti akan menambahkan lagi ketajaman bahagian serangan Liverpool di perlawanan yang akan datang. Selain daripada itu, Liverpool akan mempunyai kesebelasan yang mantap di posisi pertahanan kiri dengan Aurelio kini menyertai Insua untuk beraksi di posisi tersebut. Saya amat pasti dengan kehadiran Aurelio ini, kita bakal akan melihat lebih banyak serangan yang bakal dijanakan oleh Liverpool daripada kedua-dua bahagian sayap. Dengan Glen Johnson yang tidak menghampakan di sayap kanan sehingga kini, Aurelio diharapkan dapat mempelbagaikan corak serangan Liverpool nanti.


YNWA

6 comments:

Firol said...

mamat ni antara defend liverpool fav aku ni...

muka nampak tenang dan bersahaja...

petr cech dgn Van der sar pun tercirit nak ambik free kick dia musim lepas

Kite menunggu AQUAMAN pulak...dia pulih akan melengkapkan sebelas terbaik liverpool..



harap The GR8 dan El Nino tak akan berlaku sebarang kecedaraan lagi...

Takiya Genji said...

viva la vida reds~ (bkn viva elite yg br kua tue)

RABUN said...

aku lebih suka aurelio bermain, kerana hantaranya lebih berkesan dan mampu menjaringkan gol melalui set piece sesuatu yang tiada pada insua

memandangkan kaki aurelio pon dah agak second hand so sistem pengiliran macam dulu adalah option terbaik untuk rafa

beemer said...

bro firol ...
aurelio ok cuma dia injury prone sket...
tak sabo nak tgk aquaman atas pdg ..

beemer said...

torres ..
viva la vida reds ... :)

beemer said...

bro indra ...
kaki 2nd hand .. mslh lama aurelio ... sib baik ada insua yg boleh diharap ...