Thursday, August 27, 2009

Mascherano : Bakal Ditawarkan Kontrak Baru

Pemain tengah Liverpool dan juga merupakan kapten pasukan kebangsaan Argentina, Javier Mascherano diberitakan akan ditawarkan kontrak baru oleh Liverpool. Mascherano yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona sebelum ini masih kekal di Anfield pada musim ini. Pengurus Liverpool, Rafael Benitez diberitakan bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan Mascherano tentang masa depan pemain tengah ini dengan pasukan dari Merseyside ini. Desas-desus sebelum ini telah mengatakan Barcelona telah mengadakan perbincangan dengan Liverpool mengenai perpindahan Mascherano. Namun sebarang rundingan telah menemui kegagalan dimana Liverpool telah kehilangan beberapa pemain utamanya dan di atas sebab ini, Rafa tidak berminat untuk berurusan dengan mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain utamanya. Ini telah menghalang Mascherano daripada menyertai rakan baiknya, Lionel Messi di Barcelona. Beberapa percubaan untuk mendesak perpindahan tersebut berlaku dengan menggunakan media oleh Messi dan juga pengurus Barcelona, Pep Guardiola telah menambahkan lagi rasa kurang senang Rafa terhadap kelab Sepanyol tersebut.

Kini muncul pula spekulasi terbaru yang menyatakan Liverpool telah bersedia untuk menawarkan kontrak yang lebih baik kepada pemain tengah berusia 25 tahun ini. Tawaran kontrak ini adalah untuk menyambung lagi kontrak asal yang beliau tandatangani setelah menyertai Liverpool daripada West Ham pada tahun 2007. Diberitakan imbuhan yang lebih baik bakal menanti Mascherano di dalam kontrak baru ini. Pengurus Liverpool mengakui rundingan dengan Mascherano telah berada di dalam perancangan beliau. Rafa telah bercakap dengan Mascherano sebelum ini dan pemain tengah Argentina ini sedia maklum yang perbincangan perlu diadakan untuk menentukan kedudukan masa depan beliau di Anfield. Bagaimanapun Rafa berkata perbincangan beliau dengan Mascherano akan diadakan secara peribadi. Pernah saya suarakan sebelum ini mengenai kebimbangan Mascherano akan turut angkat kaki ke kelab lain jika tiada sebarang tindakan yang diambil oleh Liverpool dan ini merupakan satu reaksi yang positif daripada Rafa untuk memastikan Mascherano terus berbakti di Anfield. Mungkin kita belum dapat meramalkan apakah keputusan daripada perbincangan kontrak ini tetapi saya amat berharap ianya dapat memberikan keputusan yang positif kepada Liverpool. Kita semua sebagai peminat Liverpool pasti mahu beliau kekal di Anfield. Namun kata putus bukan di tangan Rafa dan sebaliknya berada di pihak Mascherano. Sama-samalah kita saksikan kesudahan perbincangan ini nanti dan diharapkan agar ianya tidak menjadi perkara yang berpanjangan seperti sebelum ini. Tidak dapat dibayangkan apa yang akan berlaku di bahagian tengah Liverpool jika kita tidak melakukan sesuatu untuk mengekalkan Mascherano di Anfield.


YNWA

11 comments:

MCM said...

NO MORE LUKAS!

Takiya Genji said...

arap die xkn jd mcm alonso.. tap jgn lak jd cam lucas.. xpe.. nanti Aquilani akan jd teman kat tgh2 padang tue.. sepak bola mcm torres~

Anonymous said...

nape rafa jual leto..??

aku tgok beliau main ngan panatinaikos orait pe..??

aduss..

Amirul Idham said...

kalau mascherano kena jual...

lucas akan menjadi yg sgt penting di bahagian tgh...
hahahaha..

bodo lucas ni...

ijat...
leto kena jual sebab gagal mendapat permit kerja kat UK..
mmg sayang liverpool terpaksa jual dia sebab dia bagus sebenarnya..

http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

beemer said...

bro MCM ...
cam payah aja nak tercapai hasrat kita semua ...

beemer said...

torres a.k.a kisuke ...
payah nak predict player zaman skrg ... tamak menguasai diri ..

beemer said...

ijat ...
leto ada masalah imegresen kot ..

beemer said...

amirul ...
lucas? sapa itu lucas??? hahaha!

Anonymous said...

haha..

lucas tu adik shebby..

haha..
o..bru aku taw..leto de mslah permit keje..
adoyaii..

beemer said...

ijat ..
lucas pak lain mak asing hahaha!

beemer said...
This comment has been removed by the author.