Thursday, August 6, 2009

Aquilani : Mendarat Di Anfield


Niat saya baru sahaja ingin menulis tentang beliau petang semalam tetapi memandangkan mood untuk menulis masih di dalam keadaan lemau, saya memilih untuk menulis pada hari ini. Sebelum ini saya pernah menulis artikel mengenai Aquilani yang telah dicadangkan oleh Dossena untuk mencuba cabaran baru di Liga Perdana Inggeris. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita harus percaya kepada Rafa untuk melakukan yang terbaik jika kita kehilangan Alonso. Dan malam tadi, terbukti betapa pantasnya beliau bertindak untuk mengatasi masalah yang timbul akibat perpindahan Alonso. Perancang tengah berbakat Roma dan juga pemain antarabangsa Itali, Alberto Aquilani telah dibawa masuk ke Anfield dengan bayaran perpindahan sebanyak 17 juta pound beberapa jam selepas Liverpool bersetuju dengan perpindahan Alonso. Dan ini telah membuktikan desas-desus bahawa Roma telah lama bersetuju dengan Liverpool untuk membenarkan pemain ini berpindah ke Merseyside. Menurut lama web rasmi liverpoolfc.tv, persetujuan dengan Roma ini telah membuka pintu untuk pemain berusia 25 tahun ini membincangkan perincian kontrak baru beliau dengan Liverpool.

Siapa sebenarnya Aquilani? Kepada rakan-rakan yang ingin lebih mengenali beliau, sila ke youtube.com dan gunakan carian “Alberto Aquilani The Hope Of Roma”. Anda akan dapat melihat kompilasi gol-gol jaringan beliau sewaktu mewakili Roma di Serie A. Bagi saya Aquilani amatlah berbeza permainannya dengan Alonso. Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana Aquilani adalah pemain yang lebih kepada pemain tengah yang gemar menyerang (attacking midfielder) berbanding Alonso yang lebih bertindak sebagai pemain tengah yang bertahan (defensive midfielder) dan merancang serangan dari bahagian tengah padang. Aquilani pula mampu menjana serangan di antara kedudukan Masherano dengan Gerrard di bahagian depan Liverpool. Selain daripada itu, Aquilani dikatakan turut memiliki kualiti umpanan yang cukup baik kepada bahagian depan Roma. Melihat kepada kompilasi gol-gol jaringan beliau, saya tidak nafikan Aquilani mampu menjaringkan gol dari luar kotak penalti dan juga mengambil sepakan bebas. Namun perkara yang agak menjadi persoalan saya sekarang ialah Aquilani di dalam proses untuk pulih dari kecederaan dan kecergasan beliau akan menjadi faktor utama di dalam menentukan proses perpindahan beliau ke Anfield nanti dan pasukan perubatan Liverpool pasti akan memastikan beliau benar-benar cergas untuk menyertai Liverpool. Mungkin Riise boleh memberi maklumat lebih lanjut berkaitan dengan Aquilani?

Saya sebenarnya tidak mahu meletakkan sebarang tekanan ke atas Aquilani untuk terus beraksi sebaik Alonso. Liga Perdana adalah amat berbeza dengan Serie A dengan corak permainannya yang lebih fizikal. Alonso pun mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan di liga ini. Berilah sedikit masa untuk beliau menyesuaikan diri dengan corak permainan Liverpool dan Liga Perdana Inggeris amnya. Dan jika kita boleh melihat Aquilani menjaringkan beberapa gol musim ini serta membuat beberapa umpanan yang menarik kepada rakan-rakan sepasukan beliau, saya amat pasti beliau mempunyai masa depan yang cerah di Anfield. Seperti kata Pengurus Liverpool, Aquilani pasti akan menggembirakan para peminat Liverpool. Walaupun terdapat sedikit kerisauan yang pembelian Aquilani dikatakan akan menerima nasib seperti Dossena, saya masih yakin beliau akan menjadi pemain yang lebih lengkap dibawah asuhan Rafa. Kelebihan membeli Aquilani kepada Liverpool? Selain daripada mempunyai kemahiran taktikal yang baik, kehadiran Aquilani dengan reputasi yang tidak diketahui oleh 3 lagi kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, pasti akan memberikan lebih kelebihan untuk Rafa membuat perancangan di dalam pertempuran di Liga Perdana Inggeris nanti. Kepada Aquilani, Selamat Datang ke Anfield dan teruskan perjuangan anda dengan Liverpool. Kepada Rafa, jangan lupa untuk memasukkan klausa 100 juta pound di dalam kontrak Aquilani, manalah tahu mungkin di kemudian hari ada lanun-lanun yang akan cuba merompak beliau dari Liverpool.


YNWA

11 comments:

Firol said...

ada kemungkinan tak seorg lagi akan dibawak masuk?..

aku rasa rafa akan bwk sorang lagi...

JJ said...

aku percaya alberto aquilani adalah pembelian yg baik buat rafa & liverpool. tentu berbeza dgn alonso tpi jika diberi masa utk 'develop', aquilani boleh jadi pemain yg disanjg oleh scousers. skali lihat, gol2 jarak jauh yg dijaring aquilani bnyk menyerupai gol2 gerrard...rafa masih ada duit ka utk bwa david silva ke anfield?

blassom said...

jap aku nak tngok you tube player nie...adakah ok dia nie???

INDRA QIRANA said...

tak cukup..tak cukup beli lagiiii

CrAyOn said...

mamat ni leh tahan gak... leh attack leh defend..kira serba boleh la.. huhu...

beemer said...

bro firol ...
ada kemungkinan jugak ...
kita masih perlukan striker/winger n 4th choice CB ...
tp wa rasa dgn belanjawan berhemah dr rafa la jwbnya ...
sedikit update :
Liverpool tgh nego dgn Standard Chartered utk sponsor jersi baru liverpool ... 15 juta pound setahun ... dgr2 utk tempoh 4 tahun ...

beemer said...

ada lagi duit rafa kalu nak amik silva ...
kita masih ada 20 juta + duit keane + duit alonso + arbeloa + player muda + duit crouch - johnson - aquilani = ada lagi saki baki dlm 30 juta ... hehehe! silap2 villa kena sapu dgn rafa nanti ... hehehe!

beemer said...

amacam sis blassom?
ok ka aquilani?

beemer said...

bro indra ...
pitih minimum ni bro ... hahaha!
wa kalu dpt silva or villa ... dah cukup puas hati ... hehehe!

beemer said...

betul tu crayon ...
cuma wa sedikit risau takut dia byk injured ... maklum la EPL kan ganas ... hehehe ..

blassom said...

tngok dlm you tube tue mcm ok...tapi bila dh bersama liverpool tak tau la...harap terus ok...