
Pada pendapat saya, masih banyak yang perlu dipelajari oleh Lucas di Liverpool sebelum beliau boleh membuat sebarang permintaan untuk beraksi di kesebelasan utama. Lebih baik beliau menutup mulut dan membiarkan aksi beliau di atas padang yang menjawab segala kritikan yang diterimanya. Jika pada musim lepas beliau dikritik hebat oleh para peminat Liverpool di seluruh dunia kerana persembahan beliau yang tidak konsisten, musim baru ini merupakan peluang untuk beliau membuktikan segala kritikan itu salah. Tiada guna jika mulut lebih banyak berbunyi tetapi permainan tidak sampai ke tahap mana. Tetapi jika beliau ingin berpindah, mungkin itu juga satu keputusan yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Mungkin gaya permainan beliau tidak sesuatu dengan sistem yang digunapakai oleh Liverpool dan ada pasukan yang dapat mengoptimumkan potensi beliau di luar dari Liverpool. Dan jika beliau berpindah ke Corinthians, peluang untuk pemain-pemain muda Liverpool seperti Jay Spearing dan Damien Plesis pasti akan lebih terbuka untuk menunjukkan kemampuan mereka di atas padang. Cukuplah sekadar menulis secara ringkas tentang Lucas kerana jika diteruskan pasti akan lebih mudarat kepada beliau nanti. Pernah saya berhujah dengan seorang rakan peminat Liverpool, kata beliau, sudah tidak sanggup untuk bercakap atau menulis mengenai Lucas kerana terlalu banyak perkara negatif yang dilemparkan terhadap beliau. Beliau amat kesiankan pemain muda Brazil ini barangkali. Itu cerita pada musim lepas, mari sama-sama kita lihat apa skrip baru yang bakal ditulis oleh Lucas nanti.
YNWA
4 comments:
Lucas masih banyak nak kena belajar memang aku setuju. permainannya sekadar biasa takde yang spesel yg ditunjukkan...dia nak pergi? ok jugak ruang untuk budak akademi naik akan terbuka
kalau si lucas ni pegi pun liverpool tak rugi apa2. tngk dia main pre-season friendly baru2 ni,tak bnyk improvemt & aku rasa dia sukar nak adapt dgn strategy rafa..setuju klau budak2 dlm reserve team diberi pluang utk buktikn kemampuan.....
bro firol ...
bye-bye lucas ... hahaha!
JJ ..
rafa kena percaya kpd pemain muda liverpool ...
if not ... no point kita amik n asuh di akademi ... ngabih beras aja la jwbnya ... hehe!
Post a Comment