Monday, August 3, 2009

Torres : Tokeh Jersi Terbaru Liverpool

Di kala keadaan ekonomi dunia yang amat tidak menentu pada masa sekarang, banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengatasi keadaan ini. Ini termasuklah kelab-kelab gergasi di Liga Perdana Inggeris. Liverpool tidak terlepas dari bahana masalah ekonomi ini dan salah satu langkah yang diambil oleh pengurusan Liverpool ialah dengan memperkasakan jenama Liverpool FC di peringkat global. Lawatan ke Asia yang telah menyaksikan Liverpool mengunjungi Singapura dan Thailand jelas menunjukkan gergasi dari Merseyside ini tidak kekurangan sokongan peminat bolasepak di peringkat global. Mengambil insiatif daripada sokongan peminat yang terdapat di serata dunia, Liverpool akan mengambil langkah yang lebih pro aktif di dalam usaha memasarkan jenama Liverpool FC kepada para peminatnya di serata dunia. Antara langkah yang diambil oleh pengurusan Liverpool ialah dengan penjualan jersi replika para pemain Liverpool terutamanya Fernando Torres dan juga Steven Gerrard.

Data terbaru yang diberikan oleh Pengurus Komersial Liverpool, Ian Ayre, telah menunjukkan penjualan jersi replika no 9 milik Torres kini telah mengatasi penjualan jersi replika no 8 milik Gerrard. Jersi replika no 9 milik Torres kini menduduki tangga teratas di dalam carta penjualan jersi replika para pemain Liverpool. Ini dengan jelas menunjukkan kepentingan pemain utama seperti Torres kepada Liverpool bukan sahaja di atas padang tetapi juga dari segi komersial kepada kelab. Menurut Ayre semua pemain Liverpool adalah penting untuk kelab tetapi terdapat pengecualian untuk sesetengah daripada mereka. Torres adalah ikon global dan pemain bolasepak yang hebat, ini menjadikan daya tarikan Torres amat tinggi dari segi komersial, tambah Ayre lagi. Beliau tidak pasti bilakah Torres mengambil alih kedudukan penjualan jersi terbanyak dari Gerrard dan perbezaannya tidaklah begitu ketara. Dengan kedudukan Liverpool FC sebagai jenama global yang semakin kukuh, Ayre kini yakin Liverpool akan terus mengembangkan lagi penjualan jersi replika ke serata dunia. Penyerang antarabangsa Sepanyol ini terus mendapat tempat di hati para peminat Liverpool semenjak perpindahan beliau dari Atletico Madrid pada 2007. Pada musim pertama beliau di Anfield, Torres telah menjaringkan 24 gol di dalam Liga Perdana Inggeris dan diikuti dengan 14 gol lagi pada musim lepas walaupun dibelenggu dengan kecederaan.

Dari segi komersial, penjualan jersi replika ini sedikit sebanyak akan membantu memperkukuhkan ekonomi Liverpool. Bagi saya, jika kita benar-benar penyokong Liverpool, pasti anda tidak mempunyai masalah untuk membelanjakan kira-kira RM200 (jika mampu) untuk membeli sehelai jersi replika ini. Namun kita di Malaysia, isunya lebih kepada penajaan yang diterima oleh Liverpool. Saya yakin ada di antara anda yang kempunan untuk memliki jersi replika ini disebabkan oleh dilema ini. Menurut desas-desus di internet, Liverpool kini sedang mencari penajaan baru untuk jersi pemain bermula pada musim 10/11 nanti. Dan saya berharap, penaja Liverpool selepas ini tidak akan lagi menimbulkan dilema seperti ini dan membolehkan para peminat memiliki jersi terbaru Liverpool tanpa ragu-ragu. Pilihan saya jika jersi replika Liverpool boleh dimiliki? Pastilah jersi replika no 9 Torres dan no 8 Gerrard akan berada di dalam koleksi simpanan saya.


YNWA

7 comments:

Anonymous said...

ak tertunggu2 sape orgny y bakal mgisi kekosongan jc keramat no 10 kita.....


afiq_trulyREDZ


YNWA

Firol said...

jangan lupa no 7 sekali

lepas keegan ngan King Kenny..sape lak??

Bro Alonso confirm pergi ke?..aku asik dapat cerita tak best je ni

CrAyOn said...

no 7 aqullani punya...hahaha

INDRA QIRANA said...

herm jersi no 10 mmg takder yang pakai ker?

beemer said...

no 10 rasanya voronin ...
no 7 lom ada owner ...
player liverpool yg guna no jersi 1 angka ...

gerrard no 8
torres no 9
agger no 5
johnson no 2
diego no 1

no 3,4,6,7 masih kosong ...

Anonymous said...

voronin x layak gune no 10...
no 10 liverpool blom da tuan ny lg bagi ak...


afiq_trulyREDZ


YNWA

beemer said...

wei afiq ... voronin dah tepon wa la semlm .. dia nak outscored torres season baru nanti ... hahaha!