Wednesday, August 5, 2009

XABI ALONSO : Tinggal Kenangan Di Anfield

Setelah pengesahan secara rasmi yang dibuat melalui laman rasmi liverpoolfc.tv awal pagi tadi waktu Malaya (kira-kira jam 2 pagi)….
Mimpi ngeri selama berbulan-bulan (makan tahun jika dikira dari musim panas yang sebelum ini) para peminat The Reds telah menjadi kenyataan ….
Terima Kasih di atas khidmat cemerlang anda selama 5 musim di Anfield ….
Dan juga 35 juta pound yang berjaya diperolehi walaupun berat untuk diterima ....
(Mencatat rekod bayaran tertinggi yang diterima untuk perpindahan keluar pemain dari Anfield di dalam sejarah penubuhan Liverpool selama 117 tahun) ….

Tahniah kepada Rafa di atas ketegasan yang tiada kompromi walau sedikit pun....
Saya tidak mahu komen dengan lebih banyak mengenai berita terbaru ini bagi mengelakkan sebarang prasangka yang tidak baik kepada anda ….
(Antara punca kenapa saya jarang menulis artikel tentang anda di kebelakangan ini) ….

Kepada semua Reds Army di Malaya dan di dunia amnya .…
Kita perlu bergerak dan mara ke hadapan ….
Buktikan kita boleh bangkit daripada mimpi ngeri ini ….
Sepertimana hilangnya Micheal Owen satu ketika dahulu ….
Saya mengakui peristiwa ini adalah satu tamparan hebat kepada kita semua …
Namun nasihat saya kepada semua rakan peminat, janganlah terlalu berduka kerana kedudukan sesebuah pasukan itu adalah jauh lebih penting daripada kedudukan seseorang individu ….
Bak kata pepatah Melayu …. Patah Tumbuh Hilang Berganti ….
Yakinlah kepada LIVERPOOL FC a.k.a THE REDS akan kembali dengan lebih gagah selepas ini!!!
Mungkin Rafa ada perancangan yang bakal mengujakan untuk kita semua? Sama-sama kita saksikan nanti skrip terbaru dari Anfield ….

P.S : Mohon Maaf kepada rakan-rakan sekalian …. Entri pada kali ini agak ringkas …. Kekurangan mood untuk menulis dan agak lemau pada hari ini apabila mengetahui tentang berita ini di awal-awal pagi tadi (walaupun sudah dijangkakan akan berlaku) …. Teringat pula kepada peristiwa kehilangan Owen pada satu ketika dahulu (juga kepada kelab *&^%#!@*#$^!!! tersebut) ….

YNWA

14 comments:

INDRA QIRANA said...

Bagus ahhh Alonso pergi! Jgn simpan player yang dah tak der ati ngan liverpool, Sgt bahaya woo... kehilangan Alonso adalah pemangkin untuk kejuaran seperti ketika owen blah baru kita dapat piala eropah 2005!

Sekarang masanya mendapatkan player baru... Tolong cari Striker atau wingger kesian gerrad turun naik buat dua keje sekaligus

Apakata liverpool membida Beckham he heee

double r said...

yaaa btul jugak tue...owen blah kita dpt C.L...alonso blah kita dapt BPL...okey la tue...jangan tak dapat...mesti kena dapat...sezen depan kita nak jual sapa plak???

CrAyOn said...

alonso pemain hebat.. rugi kita jual dia.. aku ilang mood terus bila tau benda ni... hampeh nye real...g lah jual c lucas hampeh.. adoyai..!!! arrggghhh!!!

Firol said...

kecik ati skit dgn alonso...tapi aku letak kepercayaan pada pelapis...diorang akan jadi tulang belakang team merah kita musim baru.

double r said...

relax la...dh adat nyer begitu...patah tumbuh hilang berganti...alonso nie punya ura2 nak pindh dari sezen lps lagi...rafa nak jual dia...so aku dh siap sdia...tapi kalau gerrard yg tetiba pindah...aku tak tau nak cakap la...dulu pun nyaris2 jer

JJ said...

ini semua gara2 perhitungn rafa yg kurg bijak bila beriya2 nak beli barry & jual alonso kpd juventus msm lalu.kali ini rafa kena bijak membli pemain yg muda & berkaliber utk gandi alonso. jika tersilap lgi skali,liverpool boleh lupakn kejuaraan bpl!!!!adious amigo......

beemer said...

abis kroni2 liverpool wa takde mood nak buat keja ari ni ...
tu dia penangan alonso ...
wa masih lemau ... nanti wa reply sume mamber2 punya komen ... anyway tq guys ... korang sume mmg best ... TRUE REDS beb!!!

Anonymous said...

=(


afiq_trulyREDZ


YNWA

beemer said...

bro indra ...
beckham?
kalu nak buat jual baju bleh lagi kot ... haha!
mamat ni lebih ke arah nak jadi filem star ... haha!

beemer said...

double r ...
masch ada potensi tuh ...
sapa ada 50 juta pound?

beemer said...

crayon ...
lucas cipet akan terus mencipet di dalam Liverpool .... haha!

beemer said...

JJ ...
Aquilani dah mendarat di Anfield ..
jgn jadi cam dossena udah la ..

beemer said...

Afiq ...
agak2 sedih sama cam owen angkat kaki dulu tak bro?

Anonymous said...

same bro....
lebeh2 lg kena kebas dgn team jahanam y same gak....



afiq_trulyREDZ


YNWA