Monday, August 17, 2009

BPL : Pengajaran Buat The Reds


Hari yang agak suram buat peminat The Reds. Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. Cuma harapan saya agar perlawanan menentang Stoke City pada awal pagi Khamis nanti tidak akan mengulangi apa yang telah berlaku semalam. Perlu diingatkan Stoke merupakan pasukan yang pasti akan bertahan dengan armada kapal selam mereka di Anfield. Dan mereka amatlah berbahaya apabila menggunakan set piece. Dan itu kelemahan ketara The Reds di dalam perlawanan semalam. Kegagalan untuk menangkis set piece dengan baik mengakibatkan lawan mampu membolosi gol Liverpool. Banyak faktor yang menyumbang kepada keputusan semalam dan ada di antaranya berada di luar kawalan Liverpool. Pemain yang tidak beraksi dengan baik? Saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa tetapi saya amat pasti anda semua tahu siapa yang beraksi di bawah kemampuan sebenar semalam. Cuma saya agak tertarik dengan persembahan Daniel Ayala, pertahanan muda Liverpool. Walaupun hanya beraksi buat seketika, namun beliau agak fokus untuk mempertahankan benteng Liverpool. Mungkin selepas ini kita akan dapat melihat banyak lagi aksi daripada Ayala.

Prestasi semalam seharusnya memberikan amaran awal kepada Rafa tentang barisan pemain yang beliau ada sekarang. Liverpool tidak lagi mampu untuk bergantung kepada pemain-pemain yang bagus untuk 2-3 perlawanan tetapi lingkup untuk berbelas perlawanan. Liverpool memerlukan pemain yang mempunyai prestasi lebih konsisten jika kita berhajat untuk mencabar kejuaraan liga. Kepada rakan-rakan sekalian, saya pasti anda semua sakit telinga pada pagi ini. Tetapi kita sebagai peminat setia The Reds jangan sesekali berputus asa dan kita bukan baru kepada situasi seperti ini. Adat pertandingan, ada yang kalah dan ada yang menang. Walaupun kita tidak gembira dengan keputusan semalam, masih jauh perjalanan kita untuk musim ini. Saya lebih suka menjadi mereka yang ketawa di kemudian hari. Percayalah kepada pasukan kita dan percayalah kepada Rafa untuk mengemudi cabaran kita pada musim ini. Saya amat pasti Rafa sedar dengan keadaan semalam dan beliau pasti akan berbuat sesuatu untuk mengembalikan keyakinan The Reds.


YNWA

23 comments:

JJ said...

the reds bermain di bwh thap kemampn sebenr & kputusn semlm jlas menunjkkn liv perlu menambah sekurg2nya central defender & striker utk menyokg torres. aku tk risau dgn kputusn itu. malah yakn liv akn bngkit utk mencipta kemengn dlm perlwn strusnya. aquilani sudh pasti akn membwa perubahn yg kita smua hrpkn & ayala hendklah diberi lebih bnyk pendedhan di msm ini. scouse yg sejati tk akn kecewa dgn satu kekalahn....YNWA!

INDRA QIRANA said...

Aku pun tak nak menunding jari... Tapi mintak maaf, Liverpool akan sentiasa tewas jika LUCAS diturunkan! Kalau tak percaya check balik game yang Liverpool tewas, tgk line upnya... Pertahanan Tengah!! Sungguh tak di percayai..

RAFA mungkin bermimpi di siang hari yang mana difikirkan yang LUCAS mungkin the chossen one macam NEO dlm cerita The Matrik...

Kalau aku jurulatih dah lama penat dengan keupayaan LUCAS... pendapat aku lah lebih baik letak player muda yang lebih kental, berpotensi dan lebih kreatif dari LUCAS..

mungkin game semalam Lucas tak banyak buat silap pon... Tapi untuk apa kalau Game tak dapat bergerak dari sebelah tengah padang..

dan kesepempatan inilah yang dilakukan oleh Tontenham unttuk menguasai perlawanan.

ARGHHH LUCAS dan LUCAS...apa kaitan dia dengan RAFA, Begitu sayang dia dengan LUCAS?? Argh Sammy Lee tolong lah nasihatkan RAFA!!


hari yang sgt emotional..sgt terasa kehilangan alonso

Firol said...

Konfem bukan seperti biasa...kalau kita main seperti biasa.Spurs bukan lawan kite...

Aku memang setuju dengan indra. Lucas bermain purata sederhana semalam. Kenapa Rafa tak nak mencuba meletakkan Spearing. kenapa mesti Lucas?.

Ayala potensi cukup besar bagi ruang lagi.

Sayang Benny masuk lewat sangat..

Babel pulak macam tak menjadi.

Terlalu awal rasanya nak cakap pasal Kop...

Bro baca ni agak menarik..

http://www.liverpoolbanter.co.uk/2009/08/snoogy-doo-where-are-you-3.html

Firol said...

telingaku berdesing sejak pagi tadi..takpe hero memag mcm tu...

Anonymous said...

kehilangan xabi amat2 drasai....


afiq_trulyREDZ



YNWA

CrAyOn said...

betul²..lucas memang xbleh blah.. liv men smalam memang teruk.. huru hara... aku tgk pon sakit ati... arrgghh.... sakit jiwa aku first game kalah...

ateng said...

lebih bagus gerrard maen tengah ganti alonso buat sementara..kalu harap LUCAS,jawab nye liverpool susah sgt nk menyerang...

fez_the reds said...

jgn mempersalahkan pemain ..
mmg kter harap sesorang pemain i2 bermain baek.
tp semalam merupakan pengajaran ke atas liverpool supaya next game akan bermain lbh bek lgi..

Khan said...

Baru 1st game da..jauh lagi perjalanan. Banyak faktor penyebab permainan hambar kelmarin. Akan ada lagi game yg kita akan tewas dan tewas, namun tidak mustahil memenangi kejuaraan. Saya tak rasa akan ada game yg lebih hambar selepas ini.
Chins up & Come on Reds!

INDRA QIRANA said...

sokong tetap sokong walau apa yang terjadi...LIVERPOOL FOREVER!

beemer said...

huhuhu ...
berapi-rapi komen korang sume ..
cayalah itu baru namanya The Reds ..
walau kalah sekalipun ... kita tetap bersama-sama Liverpool ...

beemer said...

JJ ...
kita mmg perlukan seorang striker ...
tp rafa dok kejar centerback skrg ni ...

beemer said...

bro indra ...
mmg anti lucas kaw2 nih ... hehehe!

beemer said...

bro firol ..
tq for the link ... good info ..
tu yg wa tak paham .. nape tak bagi benni start aja terus bila masuk 2nd half????

beemer said...

afiq ...
tak guna menangis kuar air mata darah sekalipun ... mmg mid terus out tanpa alonso ...

beemer said...

crayon ...
lek bro ...
awai lagi nak sakit jiwa nih .. hehe!
gameplay liverpool mmg out ...

beemer said...

ateng ...
wa setuju dgn lu bro ...
lucas hanya average player ...

beemer said...

fez ..
bukan hendak menunding jari kpd sesiapa pun ..
tetapi ada pemain yg tak nak berubah2 dari dahulu hingga sekarang ...

beemer said...

bro khan ..
yup betul walaupun tewas ...
perjuangan masih jauh ...
harapan agar reds terus improve selepas ini ...

beemer said...

bro indra ...
agree with you ...
itulah kelebihan liverpool ...
peminat jatuh bangkit bersama-sama kelab ...

MCM said...

Yes....aku setuju aku memang tak suka lucas bermain..nothing he can do...begitu juga Babel....aku paling tak suka mereka berdua ini bermain....pleaselah rafa....u memang buta la....dari dulu memang nampak mereka ini tak boleh pakai....percayalah...kalau rafa masih pakai mereka berdua ini Liverpool akan kecundang buat kali ke 20 utk merebut piala liga.....but i hate Ref tu...his name PHIL DOWD check here >> http://wildfox-mansamenoa.blogspot.com/2009/08/we-hate-reffery-phil-dowd.html

MCM said...

http://wildfox-mansamenoa.blogspot.com/2009/08/we-hate-reffery-phil-dowd.html

beemer said...

bro MCM,
bukan setakat dowd aja ...
siap dgn assistant dia sekali sengal jugak .. hampeh tul ... dgr kata FA nak siasat rafa ...