Wednesday, April 21, 2010

Torres : Saya Mahu Bermain

Nampaknya ada pihak yang mula menabur fitnah menyatakan penyerang utama Liverpool Fernando Torres lebih mementingkan negaranya berbanding kelab yang diwakilinya. Saya pasti tuduhan yang dilemparkan ke atas Torres ini sengaja diadakan untuk mengeruhkan hubungan di antara Torres dengan Liverpool. Torres bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan beliau menyatakan jika tidak cedera, beliau pasti akan membantu Liverpool untuk layak ke final Liga Europa pada musim ini. Tambah Torres lagi pembedahan yang dilakukan ke atas lutut beliau dilakukan setelah pelbagai pandangan diambil kira termasuklah daripada pihak Liverpool sendiri. El Nino telah bersikap profesional di dalam hal ini di mana beliau tidak sesekali mengenepikan pandangan dan pendapat daripada majikan yang membayar gaji beliau iaitu Liverpool. Hentikanlah niat jahat untuk melagakan Torres dengan Liverpool kerana Torres pasti tidak akan membelakangkan kelab di dalam setiap keputusan yang diambil oleh beliau. Manakala para peminat Liverpool sendiri sedia maklum akan komitmen Torres kepada Liverpool. Sudah beberapa musim beban untuk menjaringkan gol ditanggung oleh beliau dan juga Gerrard. Bukan pemain lain tidak menyumbangkan gol tetapi jumlah yang dijaringkan oleh Torres jelas mengatasi pemain-pemain lain. Kita harus biarkan Torres berehat dan sembuh daripada kecederaannya kerana bukan sahaja skuad Sepanyol di Piala Dunia Afrika Selatan tetapi Liverpool lebih memerlukan El Nino untuk pulih sepenuhnya bagi menghadapi musim hadapan. Jauh sekali untuk menyatakan Torres lebih mementingkan negaranya daripada kelab, kami para peminat Liverpool cukup memahami kedudukan penyerang yang dihormati di Anfield ini.


YNWA

2 comments:

sydney said...

secara jujurnye aku pun ragu2 jgk mula2,tp lps tau cartilage die koyak, mmg kena bwat surgery la.time game benfica die dah start sakit,kl die pentingkn world cup dh lame die mintak sub

beemer said...

biar la dia main di world cup tu ..
byk dah gol yg dia score utk liverpool .. :)