Tuesday, April 20, 2010

Europa : Ranjau Di Madrid

Liverpool bakal menempuh laluan sukar pada perlawanan separuh akhir Liga Europa menentang kelab Sepanyol Atletico Madrid. Sukar kerana selain beraksi di tempat lawan, Liverpool telah kehilangan khidmat penyerang utama Fernando Torres yang mengalami kecederaan dan telah menjalani pembedahan. Beliau perlu berehat sekurang-kurangnya enam minggu sebelum boleh kembali beraksi di atas padang. Sekali lagi Torres terlepas aksi untuk bermain menentang pasukan kampung halamannya ini. Saya jangkakan kehilangan Torres ini sedikit sebanyak akan menjejaskan bahagian serangan Liverpool. Attletico pula kehilangan khidmat Sergio Aguero yang digantung satu perlawanan. Namun itu pasti tidak akan menghalang Atletico beraksi dengan garang di hadapan peminat mereka sendiri pada awal pagi Jumaat nanti. Liverpool juga berdepan dengan jadual perjalanan ke Madrid yang memenatkan kerana terpaksa menggunakan khidmat keretapi untuk ke sana. Ini kerana semua penerbangan di seluruh Eropah terpaksa digantung akibat daripada letusan gunung berapi di Iceland yang mengganggu perjalanan trafik udara. Namun seperti kata pengurus Liverpool Rafa Benitez, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini. Mungkin perjalanan yang jauh ini akan mendekatkan lagi hubungan di antara pemain-pemain Liverpool. Samada keletihan atau tidak, saya yakin Liverpool pasti akan memberikan tentangan sengit kepada Atletico dan diharapkan kita mampu membawa balik bekalan yang baik ke Anfield untuk pertemuan pada minggu hadapan. Berikut adalah barisan kemungkinan pemain yang akan diturunkan oleh Rafa Benitez untuk perlawanan ini :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON KYRGIAKOS CARRAGHER AGGER

GERARD MASCHERANO

BENAYOUN KUYT BABEL

NGOG

Keputusan : 1-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Kuyt.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro SuperSport Rangkaian 811

23/04/10 Jam 0300 Pagi


YNWA

No comments: