Sunday, April 18, 2010

Torres : Kecederaan Akhiri Musim

Penyerang utama Liverpool dan juga skuad antarabangsa Sepanyol Fernando Torres kini boleh melupakan aksi bersama-sama skuad utama Liverpool setelah disahkan perlu menjalani pembedahan untuk memulihkan kecederaan lutut yang dialami beliau. Torres yang sebelum ini telah menjalani pembedahan di lutut yang sama telah dinasihatkan oleh pakar perubatan agar menjalani pembedahan tersebut bagi mengelakkan kecederaan untuk jangka masa yang lebih panjang. Selepas pembedahan tersebut, Torres dinasihatkan agar berehat selama enam minggu bagi memulihkan kecederaan tersebut. Walaupun tidak lagi boleh beraksi dengan Liverpool, Torres masih menaruh harapan agar pulih sepenuhnya menjelang Piala Dunia Afrika Selatan yang akan bermula pada bulan Jun nanti. Samada beliau mampu menanggotai skuad antarabangsa Sepanyol atau tidak, semuanya bergantung kepada tahap pemulihan ke atas pembedahan yang dijalani oleh beliau. FIFA telah meletakkan tarikh 1 Jun ini sebagai tarikh akhir untuk pasukan-pasukan yang layak ke Piala Dunia untuk menamakan pemain yang bakal beraksi di Afrika Selatan nanti. Kita harap agar Torres cepat pulih untuk membolehkan beliau bermain di Afrika Selatan nanti.


YNWA

No comments: