Sunday, April 25, 2010

Aquilani : Mahu Kekal Di Anfield

Agen kepada pemain tengah Liverpool daripada Itali Alberto Aquilani menegaskan bahawa Aquilani mahu kekal di Anfield. Desas desus yang bertiup kencang di kebelakangan ini telah menyatakan bahawa Aquilani akan keluar daripada Anfield setelah hanya beraksi selama satu musim bersama-sama Liverpool. Pemain tengah Itali ini dikatakan gagal membuktikan kemampuan beliau pada musim ini kerana kecederaan dan juga gagal untuk menempatkan diri di skuad utama Rafa Benitez. Walau bagaimanapu, agen Aquilani, Franco Zavaglia menegaskan cadangan penjualan kelab kepada pemilik baru tidak akan memberi sebarang kesan ke atas kedudukan Aquilani di Anfield. Menurut Zavaglia lagi, Liverpool pasti tidak akan merombak skuad yang sedia ada sekarang ini kerana kedudukan kewangan yang tidak begitu baik sehingga ke hari ini. Aquilani masih mempunyai kontrak lima musim bersama-sama Liverpool dan berita penjualan beliau adalah tidak tepat sama sekali, tambah Zavaglia. Aquilani baru semusim bersama-sama Liverpool dan beliau tidak berpeluang beraksi sepenuhnya untuk Liverpool disebabkan kecederaan yang dialaminya. Jika dilihat persembahan Aquilani di dalam beberapa perlawanan Liverpool, jelas dapat dilihat bakat yang dimiliki oleh beliau. Musim kedua di Anfield mungkin akan memperlihatkan kemampuan sebenar pemain tengah Itali ini dengan beliau dijangka berehat sepenuhnya pada musim panas ini sebelum kembali untuk menjalani latihan pada penghujung bulan Julai nanti.


YNWA

2 comments:

farwalis said...

aku harap dia ni kekal. bagi dia peluang.

haritu dia injured dan tak banyak match main, so belum ada peluang yang cukup untuk tunjuk prestasi.

Aquilani punya short pass menarik!

beemer said...

rasanya kalu dia rehat secukupnya musim panas ni .. he will be fully fit n ready to take epl next season ..