Thursday, April 8, 2010

Rodriguez : Kami Belum Mengalah

Pemain sayap terbaru Liverpool Maxi Rodriguez semakin hari semakin mantap persembahannya di atas padang. Semenjak menyertai Liverpool pada bulan Januari yang lepas, prestasi beliau cukup konsisten untuk bermain di kesebelasan utama. Walaupun baru tiga bulan bersama-sama Liverpool, Maxi telah membuktikan beliau tidak mempunyai masalah untuk serasi dengan corak permainan Liverpool dan juga liga perdana inggeris. Cukup berbaloi mendapatkan beliau kerana tiada bayaran perpindahan yang dikenakan oleh Atletico Madrid (jika ada hanya bayaran nominal). Di antara ramai pemain sayap Liverpool, Maxi cukup menyerlah di atas padang. Jika tidak kerana percubaan beliau mengenai Aquilani pada perlawanan dengan Birmingham hujung minggu lepas, Maxi mungkin telah berjaya mendapatkan jaringan pertama beliau bersama-sama Liverpool. Maxi amat gembira dengan prestasi beliau di Liverpool pada ketika ini dan masih yakin Liverpool mampu merebut tempat ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan. Maxi percaya beliau serta rakan-rakan sepasukannya masih belum mengalah di dalam saingan ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan. Walaupun gagal mendapatkan mata penuh daripada Birmingham, namun itulah adat permainan bolasepak. Sasaran Maxi hanyalah mahu mendapatkan mata maksimum daripada baki lima perlawanan pada musim ini dan ianya akan menentukan nasib Liverpool pada musim ini.


YNWA

No comments: