Tuesday, April 27, 2010

Rafa : Tiada Kompromi

Masih timbul lagi berita mengenai masa depan dua bintang utama Liverpool iaitu Fernando Torres dan Steven Gerrard. Terbaru, di dalam usaha untuk meredakan spekulasi ini dan menenangkan para peminat Liverpool, pengurus Rafa Benitez sekali lagi menegaskan yang beliau tidak akan bertolak ansur atau berkompromi jika kedua-dua bintang utama Liverpool itu dijual oleh kelab. Rafa dengan tegas dan tanpa teragak-agak akan meletakkan jawatan jika kedua-dua mereka ini berpindah ke kelab lain pada musim panas nanti. Rafa kini telah bersedia untuk bertemu dengan pengerusi baru Liverpool Martin Broughton untuk membincangkan tentang perancangan kelab pada musim hadapan. Broughton sebelum ini turut menegaskan tiada pemain bintang yang akan dijual oleh Liverpool dan Rafa akan terus kekal di Anfield. Walaupun begitu, Rafa kini mahukan pengesahan daripada lembaga pengrah Liverpool yang kedua-dua pemain utama Liverpool akan tetap kekal di Anfield. Seperti juga Rafa, tiada peminat Liverpool yang mahu kehilangan kedua-dua bintang mereka ini. Satu kesilapan jika mahu mengorbankan pemain yang merupakan tonggak utama skuad Liverpool ini.


YNWA

No comments: