Monday, April 26, 2010

Van der Vaart : Sasaran Musim Panas

Liverpool kini dikhabarkan telah memulakan rundingan dengan pemain tengah Holland dan juga Real Madrid Rafael van der Vaart. Real dilaporkan telah membuat tawaran 6 juta pound kepada Liverpool untuk mendapatkan pemain tengah Holland ini. Walaubagaimanapun, sumber di Anfield menyatakan perbincangan di antara dua kelab masih lagi di peringkat awal dan dijangka berlarutan sehingga ke musim panas ini. Real sebelum ini telah cuba untuk mencari majikan baru untuk Van der Vaart namun gagal. Van der Vaart yang kini telah kembali bermain di kesebelasan utama Real namun itu tidak menghalang gergasi Sepanyol ini untuk mencari majikan baru untuk beliau. Kenapa baru sekarang mahu mendapatkan pemain tengah Holland ini? Daripada musim lepas lagi, nama pemain ini dibualkan oleh para peminat Liverpool. Jika beliau menyertai Liverpool pada musim lepas, mungkin pencapaian Liverpool lebih baik daripada sekarang. Walauapapun, jika penyertaan Van der Vaart ke Anfield menjadi kenyataan, beliau pasti akan memantapkan lagi bahagian tengah Liverpool. Selain daripada pelaburan 6 juta pound ke atas beliau boleh dianggap sebagai berisiko rendah, jika gagal menyinar sekalipun, harga jualan balik beliau pasti akan meminimumkan kerugian Liverpool. Dijangkakan Liverpool pasti akan mendapat saingan untuk memiliki pemain ini kerana banyak kelab-kelab eropah yang turut mahu mendapatkan khidmat beliau.


YNWA

No comments: