Tuesday, April 6, 2010

Lee : Menerokai Pasaran Asia

Desas-desus mengenai beliau dikaitkan dengan Liverpool semakin kerap didengari beberapa minggu kebelakangan ini. Mungkin kerana persembahan beliau yang semakin menonjol di Bolton sekarang ini menyebabkan Liverpool dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. Beliau yang dimaksudkan adalah pemain antarabangsa Korea Lee Chung-Yong. Lee menyertai Bolton daripada kelab Korea FC Seoul pada musim panas yang lepas. Boss Liverpool Rafa Benitez kini dikatakan telah menimbangkan dengan serius untuk membawa masuk Lee ke Anfield pada musim panas yang akan datang. Beliau turut dikatakan menjadi pengganti kepada Albert Riera yang dilaporkan bakal berpindah pada musim panas nanti. Hasil daripada penjualan Riera ini turut dikatakan akan digunakan untuk menampung pembelian Lee daripada Bolton. Pemain yang diberikan gelaran “Naga Biru” ini baru berusia 21 tahun mempunyai corak permainan yang cukup pantas di bahagian sayap kanan Bolton. Selain daripada beliau juga cukup kreatif di dalam mencipta gerakan untuk bahagian serangan Bolton. Prestasi beliau yang konsisten ini turut membantu Bolton menjauhkan diri daripada zon penyingkiran liga perdana inggeris. Walaupun pengurus Bolton Owen Coyle tidak mahu melepaskan Lee namun tidak banyak yang mampu dilakukan beliau untuk menghalang pemain yang telah ditakdirkan untuk beraksi dengan kelab yang lebih ternama. Yuran perpindahan Lee dilaporkan mencecah 8 juta pound dan ini merupakan satu jumlah yang cukup tinggi untuk seorang pemain daripada benua Asia. Namun jika difikirkan kembali, penyertaan Lee bersama-sama Liverpool pasti akan membuka pasaran Asia lebih luas kepada Liverpool.


YNWA

No comments: