Monday, April 5, 2010

LFC : Dana Tambahan Adidas

Liverpool dilaporkan akan menerima tajaan durian runtuh berjumlah 150 juta pound daripada penaja rasmi kit perlawanan iaitu Adidas. Laporan awal nmenyebut gergasi pakaian sukan tersebut kini bersedia untuk menawarkan kontrak baru tersebut kepada Liverpool di dalam usaha untuk mencabar tawaran yang diperolehi oleh mengyu daripada syarikat Nike. Kontrak Liverpool bersama-sama Adidas kini bernilai 12 juta pound setahun namun Adidas kini telah menghubungi Liverpool bagi membuat perbincangan untuk menyambung lagi penajaan selama sepuluh tahun. Adidas yang kini sedar akan potensi pelaburan serta pemasaran yang dimiliki Liverpool, yakin penajaan ini bakal membawa Liverpool menguasai pasaran global. Di dalam pada itu, Adidas juga yakin Liverpool pasti akan mengekalkan pemain-pemain utama mereka termasuklah Gerrard dan Torres. Kedua-dua bintang Liverpool ini dilihat cukup penting untuk membantu Liverpool menguasai pasaran global. Di atas kepercayaan ini, Adidas tanpa membuang masa mahu membuat rundingan dengan Liverpool bagi meneruskan penajaan mereka. Pengarah Urusan Liverpool Christian Purslow akan memulakan rundingan seawal yang mungkin dengan Adidas agar perjanjian penajaan tersebut dapat ditandatangani dengan seberapa segera. Purslow bersama-sama bahagian komersial Liverpool yang berwajah baru pasti mahu memaksimumkan pendapatan yang diperolehi oleh Liverpool dan mereka akan melihat banyak pilihan di dalam perkara ini. Namun mereka tahu, penajaan daripada Adidas adalah berkait rapat dengan status elit yang dimiliki oleh Liverpool sekarang. Cukup bagus tugas yang dilakukan oleh Purslow. Beliau kini tidak henti-henti membawa masuk pelaburan ke dalam Liverpool. Sebelum ini beliau juga antara tonggak yang membawa masuk Standard Chartered sebagai penaja jersi terbaru Liverpool bermula pada musim hadapan. Persoalannya adakah duit yang diperolehi nanti akan dilaburkan untuk kemajuan pasukan? Atau terus hilang disonglap seperti duit yang diperolehi daripada penjualan pemain sebelum ini?


YNWA

2 comments:

sydney said...

10 tahun?? wow!!
sayangnye duit ni akan gune untuk bayar hutang..huhu

beemer said...

dah ada yg sengih2 nak pow duit sponsorship adidas nih .. kalu difikirkan balik elok jugak tak masuk UCL season depan .. biar padan muke dua ekor tuh ..