Sunday, April 4, 2010

Babel : Mohon Maaf Kepada Semua

Pemain sayap Liverpool Ryan Babel memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit dengan Liverpool (termasuk peminat) di atas kad merah yang diterimanya ketika perlawanan menentang Benfica di Liga Europa. Babel yang diberikan kad merah kerana dikatakan telah mengangkat tangan ke arah pertahanan Lembu Benfica Luisao. Babel amat menyesal dengan tindakan beliau tersebut apabila Benfica memperolehi 2 sepakan penalti (boleh diragui) selepas beliau diarahkan keluar daripada padang. Menurut Babel, pengadil memberitahu kad merah tersebut adalah akibat daripada tangan beliau yang dikatakan mengenai muka pertahanan Lembu Benfica Luisao (tapi belasah pemain lawan daripada belakang hanya kad kuning?). Babel menegaskan beliau hanya mahu melindungi Torres dan cuba menghalang pertahanan Lembu Benfica Luisao daripada terus menerus menekan pengadil (jelas sekali mulut busuk beliau lebih kuat memprotes pengadil). Babel mengakui kesilapan ini dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian selepas ini. Baguslah jika sudah mahu belajar daripada kesilapan sendiri. Jangan patah semangat untuk bermain dengan lebih baik selepas ini.


YNWA

2 comments:

RABUN said...

seperti yang aku katakan sebelum ni babel sudah ada peningkatan, kalau dia tak kene kad merah tempoh hari mungkin dia akan terus cemerlang,

dia gak bermain baik ketika bertemu birmingham, tapi nasib tak menyebelahi liverpool.

Aku rasa penyakit sebenar dia ialah keyakinan diri dia sendiri

aku dapat rasakan dia jelmaan Anelka...

bermain buruk bersama Liverpool dan kemudian cemerlang bersama chealsea,

tapi kalau kita jual babel mungkin dia akan bermain baik dengan kelab lain, terutamanya kalau arsenal yang beli dia he he...

beemer said...

Bro indra ..
Babel ni masalah dia byk komplen ..
so bila dah tutup mulut n lebih kpd usaha utk improve permainan ..
bukan ker lebih byk faedah ..