Tuesday, August 18, 2009

Van der Vaart : Percuma Dari Madrid?

Apa pendapat rakan-rakan sekalian jika pemain tengah Holland dan juga Real Madrid iaitu Rafael Van der Vaart boleh diperolehi tanpa perlu mengeluarkan apa-apa bayaran? Pasti ada di antara anda yang tidak mempercayainya. Namun itulah kemungkinan yang boleh terjadi dengan Van der Vaart jika masalah beliau dengan Real Madrid tidak mempunyai jalan penyelesaian. Peguam Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional FIFA (FIFPro) Will van Megen menyatakan Van der Vaart berhak mendapat pepindahan percuma kerana Real Madrid secara terang-terangan tidak mahu lagi menggunakan khidmat Van der Vaart di dalam pasukan utama mereka dan ini menunjukkan beliau tidak lagi mempunyai nilai buat mereka. Memburukkan lagi keadaan adalah, Van der Vaart langsung tidak diberi nombor jersi untuk musim baru ini. Tambah van Megen lagi, FIFA dan kelab-kelab sentiasa menasihati pemain-pemain profesional supaya menghormati kontrak mereka tetapi di dalam kes Van der Vaart adalah jelas Real Madrid yang tidak menghormati kontrak dengan menafikan peluang Van der Vaart untuk beraksi di atas padang. Pada pendapat van Megen, dengan bertindak sedemikian maka Real telah kehilangan hak untuk menerima sebarang yuran perpindahan buat Van der Vaart. Memang begitulah sikap kelab yang tidak menghargai pemain, bila diperlukan pemain akan dijulang tetapi bila khidmat dikatakan tidak sesuai (walaupun pemain masih mampu beraksi dengan baik) dengan pasukan maka mereka akan diketepikan terus tanpa diberi peluang untuk membuktikan kemampuan.

Satu peluang yang menarik jika benar pemain tengah berusia 26 tahun ini mampu diperolehi dengan percuma. Van der Vaart yang dikatakan bernilai 6 juta pound telah menarik perhatian Chelsea, Liverpool serta terbaru Arsenal. Beliau dilaporkan telah menolak tawaran untuk bermain di Holland, Jerman, Sepanyol dan juga Itali. Dan keutamaan Van der Vaart adalah untuk bermain di Liga Perdana Inggeris. Beliau hanya menanti masa untuk menerima tawaran dari mana-mana pasukan utama Liga Perdana Inggeris. Jika Liverpool berminat untuk mendapatkan Van der Vaart samada secara percuma atau membayar 6 juta pound, beliau boleh dilihat sebagai antara pemain yang mampu mengemudi barisan tengah Liverpool (lebih baik dari pemain yang ada sekarang). Van der Vaart dilaporkan mempunyai kontrak 60 ribu pound seminggu dengan Real dan Liverpool pasti tidak mempunyai masalah untuk membayar jumlah tersebut. Namun yang masih menjadi persoalan kepada saya, Rafa diberitakan telah menafikan kehadiran Van der Vaart di Anfield sebelum ini kerana pemain tengah ini dikatakan turut menjadi sebahagian daripada tawaran balas daripada Real di dalam rundingan perpindahan pemain sebelum ini. Namun itu hanyalah sebahagian daripada desas-desus yang diperkatakan di media dan juga internet. Mungkin juga Rafa tidak pernah ditawarkan pemain tengah ini dan beliau ketika itu tidak berminat untuk mendapatkan pemain Real.


YNWA

11 comments:

Firol said...

peluangada amik je

..tapi dalam masa yang tinggal tak kurang 2 minggu ni rafa kena cari 1 2 player tahap gaban paling kurang untuk bahagian tengah dan serangan dan sorang untk pertahanan lagi...

lucas takde sape nak beli? takut tengok tengah liverpool aritu..macam takde orang je

Anonymous said...

BAK DATANG VdV....
TERBAEK UTK PADANG ANFIELD



afiq_trulyREDZ


YNWA

RABUN said...

ada dua tiga orang pemain belanda yang mungkin jadi buangan dari Real madrid, masih elok digunakan dari pemain belanda yang baru tapi berkarat mcm babel

MCM said...

buang babel dan lucas....ganti jer dgn Van der Vart tersebut....aku tak suka betul budak dua org tu...kalau mereka bermain memang aku menyampah betul....Rafa tu buta kot..

beemer said...

bro firol ...
bahagian tengah liverpool aritu guna mode "halimunan" ...
hampeh tul ... terkial2 aja gerrard sorang2 kejar bola ...

beemer said...

afiq ...
kalu rafa nak amik mamat ni mmg cantekkkk ...

beemer said...

bro indra ...
Van der Vaart, Sneijder, Robben antara pemain yg masih mantap ...

beemer said...

bro MCM ...
mmg betul2 below par 2 org tu ...

Anonymous said...

babel jgn di jual...
he needs 2 play 1st team...
hemmm xtau pe y rafa pk kn...
only he knows babel real potential...



afiq_trulyREDZ


YNWA

MCM said...

Anonymous , only rafa knows babel real potential...???? But we know rafa is no nothing n cant see how babel played....sngat banyak change dia nak pass ball to another...but dia berlagak nak bawa bola dekat2...pas tu dgn mudah org rampas...pas tu bola tu sia-sia....berlagak pandai bawa n lecek bola....but yes, benayoun creative

beemer said...

bro MCM ...
Babel tu rasanya lebih sesuai kalu diberi main forward ...
n babel harus ambil cth persembahan beliau semasa kita tibai Real di Anfield musim lepas ... mmg menarik cara dia main time tu ... tp game vs spurs aritu mmg hampeh babel ..