Saturday, August 1, 2009

Reina : Kita Perlu Lebih Konsisten

Penjaga gol utama Liverpool, Jose “Pepe” Reina berpendapat Liverpool perlu lebih konsisten pada musim Liga Perdana Inggeris yang akan datang. Pendapat beliau ini adalah berdasarkan kepada prestasi persembahan mereka di atas padang pada musim lepas. Perkara ini adalah penting kerana menurut Reina hanya dengan persembahan yang lebih konsisten, Liverpool pasti akan lebih berpeluang untuk membawa gelaran ke 19 kembali ke Anfield nanti. Telah 20 tahun berlalu semenjak kali terakhir pasukan dari Merseyside ini memenangi trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Reina percaya dengan memenangi perlawanan menentang pasukan bawahan Liga Perdana Inggeris pada musim baru nanti akan menjadi faktor utama bagi Liverpool untuk mendapatkan beberapa mata berharga yang diperlukan untuk memenangi Liga Perdana Inggeris.

Liverpool telah mendapatkan keputusan yang baik di dalam pertembungan dengan 4 pasukan teratas Liga Perdana Inggeris pada musim lepas tetapi apabila berhadapan dengan pasukan bawahan seperti Stoke City, West Ham United serta Wigan Athletic, Liverpool akan menghadapi masalah untuk memenangi perlawanan terbabit. Akibatnya Liverpool kehilangan mata yang berharga untuk merampas kembali trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim lepas. Reina amat yakin bahawa rekod tersebut akan dapat diperbaiki oleh Liverpool pada musim baru nanti dan anak-anak buah Rafa Benitez pasti akan berada di landasan yang betul pada musim yang akan datang. Tambah Reina, Liverpool telah mendapat 14 dari 18 daripada 3 pasukan teratas dan ianya adalah bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Reina yang dianggap sebagai penjaga gol nombor satu Liga Perdana Inggeris oleh Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menegaskan, selain daripada memenangi perlawanan dengan 4 pasukan teratas Liga Perdana Inggeris, Liverpool perlu memenangi perlawanan lain ketika menentang 10 pasukan terbawah Liga Perdana Inggeris nanti.

Samada kita setuju atau tidak, memang benar apa yang dikatakan Reina, disebabkan kita gagal mencuri mata dari pasukan bawahan liga, kita terlepas mata berharga yang diperlukan. Bagi saya, yang terjadi telah terjadi dan tiada guna untuk kita mengenangkannya lagi. Jadikan pengalaman berharga ketika bersaing di kemuncak liga pada musim lepas sebagai inspirasi untuk lebih memberi cabaran pada musim baru nanti. Walaupun telah lama Liverpool tidak memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris, saya amat yakin kita akan terus mencuba dan mencuba sehingga berjaya. Tidak rugi untuk kita berusaha demi untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan. Saya amat berbangga dengan rakan-rakan sekalian, kerana sokongan anda tidak berbelah bagi walaupun sudah 20 tahun kita menanti trofi Liga Perdana Inggeris pulang ke Anfield. Yakinlah rakan-rakan sekalian bak kata pepatah Melayu, Usaha Itu Adalah Tangga Kepada Kejayaan.


YNWA

4 comments:

CrAyOn said...

betul² aku sokong..liverpool bila lawan team ceroi mesti susah mau menang.. nape ek?? kalo lawan team kuat menang plak.. aku rasa diorang ni xsemangat sangat masa lawan team xkuat....

Firol said...

Kelab pertengahan tahu diorg tak upaya untuk menjaringkan gol,bertahan je yang mampu dibuat.. tu yang terkial-kial gak. Torres sekali jaga 2 orang.

Tapi tahun dpn kite tengok...peluang ada..sure boleh... Sebab ni Liverpool Kelab Inggeris terhebat sehingga kini

CrAyOn said...

bro beemer arbeloa dah g real madrid... apa cita ni?? komen cikit..

beemer said...

musim baru ... liverpool kena ada lebih byk idea utk break team yg defensif ... arbeloa under pressure dari johnson ... tp payah gak dia nak cari makan di real ... kena fight dgn ramos ...