Friday, August 14, 2009

McAteer : Peluang Terbaik Musim Ini

Begitulah pendapat yang diberikan oleh bekas pemain tengah Liverpool, Jason McAteer. Beliau yakin pada musim inilah peluang terbaik Liverpool untuk memenangi Liga Perdana Inggeris setelah 10 musim berlalu. Bekas pemian Liverpool ini yakin anak-anak buah Rafael Benitez memiliki keupayaan untuk memenangi liga pada musim baru nanti. McAteer kini merupakan penolong pengurus kepada lagenda Liverpool John Barnes di kelab Tranmere Rovers dan beliau percaya Liverpool akan bangkit daripada persediaan pra musim yang kurang memberangsangkan sebelum ini. Tambah McAteer memang ramai yang berpendapat Liverpool akan menghadapi masalah berdasarkan kepada keputusan perlawanan pra musim mereka kerana ianya akan menghakis keyakinan pemain di atas padang namun beliau yakin itu bukan masalah utama buat anak-anak buah Rafael Benitez.

Liverpool akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris pada hari Ahad nanti menentang Tottenham di White Hart Lane dan McAteer yakin Liverpool telah bersedia sepenuhnya untuk perlawanan tersebut. Bila tiba hari Ahad nanti anda akan melihat sebuah pasukan yang cukup berbeza kerana itulah yang akan berlaku pada Liverpool apabila mereka mula bermain di perlawanan pertama di permulaan musim ini, kata McAteer. Menurut McAteer, Harry Redknapp telah melakukan kerja yang bagus di Tottenham tetapi Rafael Benitez telah berjaya menghampiri kejuaraan liga pada musim lepas dan beliau mempunyai sebab untuk mara selangkah lagi bagi merampas kembali kejuaraan Liga Perdana Inggeris. McAteer turut mengenepikan peluang manyoo pada musim ini kerana mereka telah kehilangan penjaring utama mereka kepada Real Madrid baru-baru ini dan Chelsea serta Arsenal masih mampu menjadi pencabar utama kejuaraan liga pada musim baru nanti.

Inilah peluang terbaik Liverpool untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan sudah tiba masanya trofi itu dibawa pulang kembali ke Anfield setelah musim demi musim berlalu, tambah McAteer lagi. Jason McAteer telah mewakili Liverpool sebanyak 100 perlawanan setelah beliau berpindah dari Bolton ke Anfiled pada tahun 1995. Selepas itu beliau turut bermain di Blackburn serta Sunderland sebelum mengakhiri kerjaya bolasepaknya di Tranmere Rovers. Di situlah juga bermulanya kerjaya beliau di dalam bidang kejurulatihan bolasepak. McAteer adalah antara pengulas yang selalu muncul di rangkaian ESPN pada musim lepas untuk memberikan ulasan mengenai perlawanan-perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama-sama seorang lagi lagenda Liverpool Steve McMahon. Memang ada benarnya pendapat McAteer ini kerana pada musim baru ini peluang agak terbuka untuk mana-mana 4 pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris untuk menjuarai liga. Masing-masing mempunyai kelebihan serta kelemahan. Walaupun kita kehilangan Alonso, ianya tidak perlu dijadikan alasan bagi Liverpool untuk mencabar kejuaraan liga. Bagi saya, jika kita banyak memenangi perlawanan walaupun dengan keputusan 1-0, saya masih dapat meneriman keputusan tersebut walaupun kita tidak bermain di tahap terbaik. Yang paling penting konsistensi kita pada musim lepas perlu dipertingkatkan lagi bagi memastikan kita memperolehi mata maksimum di setiap perlawanan liga.


YNWA

7 comments:

Firol said...

tak sabar ada..rasa tak best pun ada... kemampuan tentera merah tahun ni...samar jugak sebenarnya

Khan said...

Berdebar-debar! :-D

JJ said...

pluang terbaik liv ialah msm lalu. msm ini agak sukar krana kekuatn liv tnpa alonso sudah tentu terjejas. bebrpa perlwn pershbtn bru2 ini mendedh klehmahn liv di bhgn midfld & serangan. lucas blm mampu ganti alonso, smntara ngog & voronin gandingn yg lemah buat torres. liv perlukn seorg atau dua org pemain bertarf dunia utk menang bpl msm ini. jika tak, laluan liv aku rasa akn sukar....ynwa

Firol said...

TERIMA KASIH TEGUR....

INTERNET SLOW SMLM NEK EDIT TAK DAPAT2

AKU MEMANG JAHIL INDUSTRI SENI TANAHAIR.....

*BARU SEMALAM AKU TAU SITI ADA AKAK MASUK AF....

beemer said...

bro firol ... no problemo ...
wa rasa cam seram sejuk aaa nak lwn spurs ahad ni ... tp wa yakin kita mng 1-0 ...

beemer said...

bro khan ...
berdebar2 gak nih ... pre season cam haywire aja ... tp mostly rafa nak test player baru ... reds nak simpan kekuatan utk EPL ...

beemer said...

JJ ..
sukar tidak dinafikan ...
tp we are liverpool ...
we will fight till the end!