Saturday, August 29, 2009

Johnson : Pakcik Kayo!!!

Benarkah desas-desus dari England yang menyatakan imbuhan gaji sebanyak 139 ribu pound seminggu digunakan untuk membawa Glen Johnson ke Liverpool? Jika ianya benar maka Liverpool bukannya kelab yang mengalami krisis kewangan seperti yang digembar-gemburkan di media serta internet sebelum ini. Liverpool dikatakan telah menawarkan jumlah itu kepada Johnson supaya mereka boleh menghalang Chelsea daripada mendapatkan khidmat beliau. Itu alasan yang diperkatakan oleh media tetapi tiada sebarang komen daripada Rafa mahupun pengurusan Liverpool itu sendiri. Laporan awal sebelum ini yang menyebut Johnson ditawarkan kontrak bernilai di antara 90 hingga 100 ribu pound seminggu oleh Liverpool adalah jauh tersasar jika dibandingkan dengan desas-desus terbaru ini. Jumlah yang ditawarkan kepada Johnson ini (jika benar) telah mengatasi jumlah bayaran kepada Cole di Chelsea (120 ribu pound seminggu dengan kontrak baru) mahupun Lescott yang menerima 94 ribu pound seminggu setelah baru menyertai City. Satu jumlah yang amat tinggi untuk seorang pemain pertahanan kanan dan dijangkakan beliau adalah pemain yang mempunyai gaji termahal di posisi tersebut di England. Malah jumlah bayaran ini hampir menyamai bayaran yang diterima oleh bintang-bintang Liga Perdana Inggeris yang lain seperti Terry (150 ribu pound), Lampard (150 ribu pound), Torres (120 ribu pound) mahupun Gerrard (150 ribu pound).

Saya pasti desas-desus terbaru ini amat mengejutkan kita semua kerana untuk membayar imbuhan gaji sebanyak itu kepada seorang pemain pertahanan adalah satu jumlah yang cukup besar. Dengan jumlah tersebut, Liverpool mungkin mampu untuk mendapatkan pemain-pemain yang lebih baik untuk posisi-posisi lain di skuad utama Liverpool. Adakah Rafa telah membazirkan kantung wang di Liverpool? Hanya beliau yang boleh menjawabnya. Berbalik kepada Johnson, di tiga perlawanan awal Liverpool beliau telah menunjukkan prestasi yang baik di atas padang. Dengan satu gol yang telah dijaringkan beliau melalui sepakan gunting ketika menentang Stoke tempohari serta beberapa umpanan yang turut membantu menghasilkan gol untuk Liverpool membayangkan beliau mempunyai prospek yang cukup baik untuk berjaya di Anfield. Namun perjalanan beliau masih jauh dan banyak lagi yang perlu dilakukan oleh beliau untuk membalas kepercayaan Rafa dan juga Liverpool. Kita semua harus memberikan masa yang lebih panjang untuk Johnson bagi membuktikan pembelian beliau adalah berbaloi dengan setiap sen yang dibelanjakan oleh Liverpool. Imbuhan gaji yang diterima oleh pemain-pemain bintang liga perdana inggeris di atas hanyalah sekadar anggaran yang diperkatakan di media dan internet, maka ianya ada kemungkinan tidak 100% tepat semasa artikel ini ditulis.


YNWA

10 comments:

Firol said...

boleh tahan media orang[utih ni celakaknya bercerita...

RABUN said...

hermm aku rasa baik letak johnson kat sayap kanan atau jadi penyerang hermm

SwapNAVY said...

berbaloi-baloi hak3

Amirul Idham said...

duit untuk membeli pemain dan duit untuk memberi gaji kepada pemain telah diletakkan dalam dua akaun yang berbeza...

si hicks dan gillet tu mencilok duit dalam akaun untuk beli pemain. diorang tak usik akaun bayar gaji pemain..

kalau akaun gaji pemain kena kacau, dah lama pemain liverpool semua blah...

http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

Anonymous said...

huhu..kalo la aku dpt..

tolak zakat..tolak tabung haji..tolak angkasa..tolak itu tolak ini..bley da bli honda civic satu lg..haha..

berbaloi la gaji die brbanding ape yg dipmerkan masa lwn bolton..

beemer said...

bro firol ...
media UK mmg kuat gebangannya ..

beemer said...

bro indra ...
ok gak idea tu ...
kuyt masih cari form kat right wing tu ..

beemer said...

SwapNAVY ..
johnson kena score n assist byk lagi lepas ni ..

beemer said...

amirul ...
payah betul kalu dpt owner kaki penipu nih ...

beemer said...

ijat ..
takkan honda civic aja bro?
baik kumpul sebulan pastu beli ferrari .. hehehe!
johnson so far ok ... harap2 dia terus perform utk liverpool ...