Tuesday, August 4, 2009

Defour : Jodohnya Dengan Liverpool?


Dengan kedudukan beberapa pemain utama Liverpool yang semakin tidak menentu di Anfield kesan daripada desas-desus pasaran perpindahan musim panas ini, beberapa bintang muda daripada kelab-kelab eropah telah dikaitkan dengan pasukan dari Merseyside ini. Sebelum ini saya pernah menulis artikel mengenai pemain pertahanan antarabangsa Itali, Andrea Dossena yang menyebut tentang betapa sesuainya pemain tengah Roma Alberto Aquilani dengan corak permainan Liverpool. Dan Dossena mahukan rakan senegara beliau itu beralih arah untuk mencuba cabaran baru di Liga Perdana Inggeris bersama-sama Liverpool. Terdapat juga desas-desus yang menyatakan Liverpool telah membuat bidaan sebanyak 15 juta pound ke atas Aquilani dan beliau telah dikatakan bersetuju dengan syarat kontrak yang ditawarkan oleh The Reds. Sejauh mana kebenarannya berita ini, kesahihannya hanya akan terbukti jika terdapat pengumuman rasmi di laman rasmi liverpoolfc.tv.

Berita terbaru yang masih panas diperkatakan ialah mengenai minat yang telah ditunjukkan Liverpool ke atas perancang tengah berbakat dan juga kapten kelab Standard Liege dari Liga Belgium (Belgian Jupiler League) iaitu Steven Defour. Siapakah Defour? Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau kerana pasukan yang diwakili beliau berada di dalam Liga Belgium. Saya pasti masih ada yang ingat kepada pasukan beliau iaitu Standard Leige. Pasukan ini hampir-hampir menyingkirkan Liverpool dari Liga Juara-Juara Eropah pada musim 08/09 yang lalu. Liverpool bertemu dengan Standard Liege di pusingan kelayakan pada musim tersebut dan hanya jaringan Dirk Kuyt minit ke 118 pada perlawanan kedua di Anfield yang menyelamatkan Liverpool dari tersingkir (Liverpool menang dengan agregat 1-0). Sebelum itu, pada perlawanan pertama di tempat lawan, kelab Belgium ini hampir memalukan Liverpool namun tendangan penalti yang diambil oleh salah seorang pemain mereka tersasar. Selepas tewas kepada Liverpool di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah, Standard Leige telah menjadikan satu lagi kelab dari Merseyside iaitu Everton sebagai mangsa mereka di perlawanan Piala UEFA. Standard Liege menyingkirkan Everton dengan agregat 4-3 dari Piala UEFA musim 08/09.

Berbalik kepada Defour, beliau dikatakan amat berminat dengan perpindahan ke Anfield yang dijangkakan akan menelan belanja 18 juta pound. Real Madrid turut dikatakan berminat dengan pemain antarabangsa Belgium yang baru mencecah umur 21 tahun ini. Beliau mewakili Belgium di perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 serta kelayakan Piala Eropah 2008. Defour yang mempunyai kontrak sehingga 2013 dengan Standard Leige, mengakui mempunyai persetujuan dengan kelab tersebut dimana jika terdapat kelab gergasi yang menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat beliau maka Defour berhak untuk memohon perpindahan tersebut. Menurut Defour, Liverpool termasuk di dalam kategori kelab gergasi yang dimaksudkan di dalam kontraknya itu. Agen Defour, Paul Stefani turut menyatakan bukan hanya Real yang berminat untuk mendapatkan Defour tetapi Liverpool turut menyatakan minat yang sama. Tambah Stefani, jika boleh Defour mahu kekal setahun lagi di Standard Leige tetapi jika kelab-kelab gergasi tersebut yang datang mengetuk pintu maka Standard Leige tidak akan menghalang Defour untuk mengejar cita-citanya untuk mengembangkan kerjaya bolasepak beliau.

Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris yang lain seperti Everton, Arsenal serta Aston Villa turut dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat perancang tengah berbakat ini setelah Defour berjaya mengemudi Standard Leige untuk menjuarai Liga Belgium buat julung kalinya dalam masa 25 tahun. Saya amat tertarik dengan polisi yang diterapkan oleh Rafa di dalam usaha untuk membawa pemain baru ke Anfield. Polisi yang saya maksudkan ialah Rafa lebih berminat untuk mendapatkan pemain muda yang akan memberikan kesinambungan kepada masa depan Liverpool. Kebanyakan pemain yang dikaitakan dengan Liverpool, rata-rata berumur 25 tahun ke bawah. Polisi yang memang baik untuk Liverpool memandangkan sasaran untuk merampas Liga Perdana Inggeris adalah sasaran jangka panjang yang telah ditetapkan oleh Rafa sendiri. Cuma harapan saya agar jika mana-mana pemain muda yang berjaya menjadi pemain yang berkaliber di bawah asuhan Rafa tidak akan dijual seperti pisang goreng panas kepada kelab-kelab yang tidak mempunyai cita-cita untuk membangunkan bakat-bakat muda yang merupakan masa depan kepada dunia bolasepak.


YNWA

5 comments:

Firol said...

haaa...Man city macam tak nak kembangkan pelapis...paling aku respek westham..pelapis dia zola cukup berani ketengahkan....

Liverool punya pelapis lagi superb..Spearing kalu dapat sharp teknik..gaya alonso dah...

RABUN said...

herm pendapat aku jangan amik player yang jaring 30 gol untuk liga peranchis ker, liga belgium atau pun liga belanda... pasal liga tu tak competitive... 30 gol dorang ibarat seperti 5 gol kalau dorang kat liga english tu yang jadi kat kuyt atau voronin dulu! kuty memerlukan sekurang kurangnya 2 atau tiga tahun kat liga english baru hebat seperti sekarang! Seperti kata najib sekarang bukan masa nak menaget sekarang masa untuk melakukanya...nak jadi juara liga? tolong cari player yg hebat bermain di liga sepanyol atau english k.

beemer said...

jual dua ekoq amerika tu ... kita amik ribery ... amacam ada branik? hahaha!

beemer said...

bro firol ...
yup betul tu .. tahu curik player org sahaja ... pastu kalu bleh nak byr murah ... sori la yea ...

bro indra ...
Defour ni kalu tak silap wa lebih kepada playmaker tengah padang ...
maknanya tukang suap bola cam alonso ... scoring rate tak tinggi sgt ... ingat tak masa mula2 alonso di LFC dulu?

CrAyOn said...

kalo bagus bagai dikata leh la beli mamat ni... jgn beli pastu jadi kayu tengah padang dah ler...