Sunday, August 2, 2009

Claire : Terima Kasih Semua


Di dalam sebuah artikel yang dipetik dari laman rasmi liverpoolfc.tv, penyampai berita LFC.TV Claire Rourke pada hari ini telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong Liverpool yang telah memberikan sumbangan kepada kempen “Race For Life” yang telah dianjurkan oleh beliau. Claire telah berjaya mengumpul 1500 pound hasil sumbangan daripada penyokong Liverpool setelah beliau melengkapkan perlumbaan 5km di dalam masa 24 minit. Sumbangan ini telah dibuat oleh para peminat Liverpool dari seluruh dunia. Claire amat berterima kasih dengan segala sokongan yang diterima beliau dari para penoyokong Liverpool dan ianya amat bermakna buat Claire kerana dengan sokongan tersebut beliau mampu mengumpul jumlah wang yang banyak untuk disumbangkan sebagai derma kepada badan kebajikan. Claire yang turut serta membuat liputan ketika Liverpool membuat lawatan di jelajah Asia di Thailand serta Singapura amat berbangga dengan sikap murah hati para peminat Liverpool yang bersedia untuk membantu tanpa mengira dimana mereka berada.


YNWA

2 comments:

CrAyOn said...

cun gak awek ni... kim salam ek beem... huhu

beemer said...

bleh tarak hal ... nanti wa calling2 dia ... hehehe!