Tuesday, August 25, 2009

BPL : Apa Yang Berlaku Di Anfield?

Amat mengecewakan, itulah yang dapat disimpulkan daripada perlawanan awal pagi tadi. Kecewa kerana kita seolah-olah telah mampu bangkit di dalam perlawanan menentang Stoke City sebelum ini. Namun bak kata seorang rakan peminat/blogger, Disangka Panas Hingga Ke Petang, Namun Hujan Di Tengahari rupanya. Saya adalah antara peminat yang tidak suka untuk menulis demi untuk memburukkan kedudukan pasukan kita ini. Namun jika dilihat apa yang berlaku di Anfield semalam, sesuatu harus dilakukan oleh Rafa agar pasukan kembali lebih mantap pada musim ini. Maaf jika saya katakan persembahan menentang Villa semalam adalah yang terburuk di dalam 3 perlawanan awal Liverpool pada musim ini. Saya bukanlah seorang pakar taktikal seperti Rafa tetapi sebagai seorang peminat, kita dapat lihat dengan jelas kegagalan barisan tengah berfungsi dengan baik pada awal pagi tadi. Lucas dan Mascherano bukanlah gandingan yang boleh digunapakai seperti ketika adanya Alonso pada musim lepas. Mascherano tidak dinafikan cuba melakukan tugas beliau sebaik yang mungkin sebagai pemain tengah yang menyokong bahagian pertahanan dan beliau juga terpaksa meninggalkan tugas itu untuk memastikan bola dapat diumpan kepada pemain serangan Liverpool iaitu Torres dan Gerrard. Mengenai Lucas? Anda semua tahu jawapannya. Selain daripada gol jaringan sendiri yang terus merosakkan rentak permainan Liverpool, persembahan beliau seperti yang saya tegaskan sebelum ini, hanyalah bertaraf biasa buat seorang pemain tengah yang mewakili Liverpool. Nasihat kepada Rafa, sudah tiba masanya anda mengenepikan pemain Brazil ini, tidak berbaloi langsung untuk menganggotai kesebelasan utama Liverpool. Jika tidak kerana gol sendiri tersebut dan ada sebahagian peminat yang memprotes di Anfield pasti Lucas akan bermain penuh 90 minit. Bagi saya usahkan 90 minit, 1 minit pun saya tidak akan masukkan pemain ini sebagai pemain utama. Padah akan menimpa jika Rafa masih berkira-kira untuk meletakkan pemain tengah Brazil ini ketika menentang Bolton di The Reebok Stadium pada hari Sabtu nanti. Harus diingat, The Reebok Stadium bukanlah antara gelanggang yang baik buat Liverpool, kita pernah tewas beberapa kali di stadium tersebut.

Rasanya seperti tidak berbaloi bersengkang mata pada pukul 3 pagi tadi tetapi dihidangkan dengan kekalahan ini. Bukanlah saya tidak boleh menerima hakikat tetapi jika kita kalah kepada pasukan yang bermain dengan lebih baik daripada kita, itu hakikat yang harus kita terima. Tetapi dengan Villa yang 95% bertahan dan hanya menjaringkan gol melalui set pieces (tendangan percuma dan tendangan sudut, juga dengan tendangan penalti), adakah kita masih belum belajar tentang cara untuk bertahan dari set pieces? Saya tidak mahu menyalahkan Villa, kerana pengurus mereka, Martin O Neill berhak untuk memilih taktik yang sesuai dengan untuk beraksi di Anfield. Dan ternyata pencaturan taktikal beliau menjadi pada kali ini. Jika bermain lebih terbuka dengan Liverpool pasti padah akan menimpa dan jika bermain dengan lebih bertahan serta mengharapkan serangan balas melalui set pieces, pasti sesuatu akan membuahkan hasil. Cukuplah mengenai Villa, mereka berhak menang perlawanan awal pagi tadi. Rafa ada menegur prestasi beberapa pemain senior beliau terutama sekali Kapitan Steven Gerrard. Rafa berkata pemain-pemain senior perlu bangkit untuk menunjukkan prestasi lebih baik di dalam perlawanan menentang Bolton nanti. Kenapa Gerrard dipersoalkan? Takkan kerana penalti yang diberi oleh beliau lebih kritikal daripada menjaringkan gol sendiri (Gerrard sudah berpuluh kali menjaringkan gol untuk Liverpool). Sudah agak lama saya tidak melihat Gerrard begitu kecewa seperti di dalam perlawanan semalam. Kecewa kerana kurangnya sokongan daripada bahagian tengah untuk membantu beliau untuk menjana serangan bersama-sama Torres. Penyerang utama Liverpool ini pula menjadi sasaran serangan pemain-pemain Villa yang jelas mahu mengagalkan usaha beliau untuk menjaringkan gol. Pengadil perlawanan pula boleh disamakan dengan pengadil yang mengadili perlawanan bolasepak peringkat sekolah tadika (pengadil perlawanan pertama juga bertindak sedemikian). Faktor ini turut menyumbangkan kepada keputusan perlawanan awal pagi tadi. Walaubagaimanapun, peluang untuk menjadi pencabar kepada kejuaraan liga semakin terhakis, Liverpool perlu lebih konsisten dengan kemenangan selepas ini jika masih berhajat untuk membawa trofi Liga Perdana Inggeris kembali ke Anfield. Sebarang keputusan seri haruslah dikurangkan jika mahu kesan daripada margin kekalahan tidak mengugat pungutan mata pada musim ini. Saya mohon maaf jika tulisan pada kali ini lebih banyak perkara negatif yang diutarakan. Bukan tidak yakin dengan kemampuan Liverpool, Cuma saya amat berharap agar Rafa menukar sedikit percaturan taktikal Liverpool jika kita masih berhajat untuk bangkit pada perlawanan selepas ini.


YNWA

24 comments:

blassom said...

aduh keciwa lagi...patut takde mood nak tngok,tngok kejap jer waktu nak sahur...so tak tau nak comment apa dah...apa nak jadi liverpool nie...memang la masih awal lagi tapi team lain trus jgk menang...

Firol said...

susah lah nak kata ....

seperti yang disangka Lucas memang haram jadah betul pagi tadi..aku tak paham dgn rafa...

mengeluarkan dia baru terhasil..Tengah bergerak agak baik

bayangkan kalu kluar awal2 dah tentu boleh menang tak kurang seri perlawanan semalam..

Liverpool tersangat memerlukan seorang midfielder lagi dan seorang penyerang..

tengok next match ni..andai kata Lucas masih lagi main..semakin teruk team kesayanagan kite..

Apapun aku tetap dengan Liverpool

Mascherano kena ada player superb digandingkan baru menjadi...

Firol said...

Owner Liverpool macam takde perasaan nak majukan team je....bagi duit..seminggu ni kalu takde pembelian superb....

adakah hanya tinggal impian je angka 19?

Takiya Genji said...

lucas wat gol sendiri? hurmm.. menarik.. dr dulu lagi aku xnmpk mane hebatnye lucas nie.. mgkin die hebat di brazil.. tap di Anfield.. die bknlah pemaen yg boleh diharapkn.. amatur shj.. die x dpt adaptkn cr pemaenan di england.. aku rs die ptt di jual.. tap aku xtahu knp benitez maseh mengekalkn die.. ttg gerrard.. aku setuju dgn bro.. gerrard telah byk menjaringkn gol dan mengangkat liverpool.. tnpe gerrard mgkin liverpool akan tempang.. adekah liverpool maseh menangisi kehilangan alonso? 2 dr 3 perlawanan.. nmpk buktinya.. tap aku harapkn ia bkn benar.. maseh menunggu Aquilani utk menjana serangan dan membuat pertahanan..same2 kite tggu dan lihat.. pd gerrard &torres aku percaye~ s

Anonymous said...

Arghh..aku tension berpuluh-puluhan fan lain dekat opis aku bagi kaw kaw punya..nak muntah darah aku rasa..lucas mcm luncas tol..YNWA

CrAyOn said...

arrrgghh...bengang aku.. sanggup xtido aku last² kena balun kat rumah sendiri.. lucas memang bengong, hampeh, mangkuk aarrgghh!!! liv memerlukan penyerang!!! voronin da tua.. rafa pon satu hal... p beli pemain pelik², da tua, p la beli gandingan torres weh rafa!!! eeee.. bro beemer slamat berpuasa.. hehe

Takiya Genji said...

huhu.. ramai yg mrh2.. sbr semue.. merah akan bangkit.. pecayelah~

Anonymous said...

lucas..lucas..lucas..

aku rasa amri yahyah lg berguna dr lucas..

MCM said...

yer bro ijat, Amri yahya lagi baek..

RABUN said...

worait enough is enough aku dah bosan nak menulis pasal Lucas #@#*!! tu...

sememangnya kesalahan harus diletak kat bahu Rafa Benitez sahaja sebenarnya, pasal dia buta menilai pemain!!!

selama ini kekalahan atau pon penyebab Liverpool seri dengan kelab kerdil adalah kerana Lucas!!!

Tiap kali dia turun pasti kalah..ya memang ada masa masanya Liverpool menang ketika dia berada di tgh padang, seperti pertempuan Stoke tempoh hari...

tapi ketika itu mungkin player lain yg tgh perfome untuk back up kerapuhan yang dilakukan Lucas *&@#%!!! tu

So sekali lagi Lucas diletak sebagai pemain kesebelasan utama... Aku akan hentam Rafa plak ha ha..

No more Lucas!!!

Pert Doherty said...

:(.. sedih buat kali kedua season ni.. aku tak tdo smpi pkul 12 tgh ari esok.. asyik mgenangkan Lucas yg seperti ayam..

nasib dah la aku tgk kt mamak, time tu hujan lebat pulak.. hampa..

aku rindu alonso..
haha. xpe.. kita tengok rafa pnye strategi lwn bolton nti..

tp aku xnk lucas main.. pliz rafa.. im begging u.

beemer said...

sis blassom ...
kuciwa sbb prestasi skrg cam yoyo ...
maybe liverpool needs 2-3 game lagi utk mantapkan permainan ... enjin lom panas lagi ..

beemer said...

bro firol ...
waaa angin satu badan nih ... hehe!
lucas tu mmg tak leh buat apa dah rasanya ... mmg dia punya cara main tak sesuai dgn liverpool ...
tak tau la sampai bila rafa nak harap pada mamat Brazil ni ...
Masch tugas lebih kpd defensive midfielder ... nak harap dia buat superb passing .. sesekali mungkin ada ... YNWA bro!!!

beemer said...

bro firol ...
owner liverpool tu kaya dgn menipu aja ...

beemer said...

bro kisuke ...
gerrard score 100 br 2-3 kali buat silap ...
setiap game lari keliling pdg kejar bola sampai abis nyawa ...
sepatutnya ganti gerrard buat sementara di bahagian tengah sebelum kehadiran aquilani ..
kalu letak gerrard main forward pun tak jln sbb dia pulak yg kena bwk bola dr tengah ke bhg serangan ...
buang karan aja kalu ada mid tp tak leh tlg gerrard n torres ...

beemer said...

rilek bro crayon ...
wa pun angin tak abis2 lagi ni .. hehe!
voronin rafa tak beli tp dpt free dr jerman ... sama cam degen ...
mmg padan dgn tak performnya sampai skrg ... kira byr gaji buta aja la ... hehe!

beemer said...

bro kisuke ...
wa rasa ramai yg marah sbb prestasi si lucas mmg lingkupkan team ...
n seperkara lagi rafa dok cover dia aja ... bertambah2 la anginnya ... hehehe!

beemer said...

ijat ...
amri yahyah pun score vs setan aritu ... hehe!

beemer said...

bro MCM ..
apa kata bwk lucas training di stadium bukit jalil? agak2 dia bleh kenal ker apa itu bolasepak? hehe!

beemer said...

bro indra ...
wa dah leh rasa seram sejuk ... mamat tu akan MENERAJUI mid liverpool bila lwn bolton sabtu ni ..
rafa tu wa rasa dia mmg nak provekan pembelian dia adalah bagus ... tp hampet sebenarnya ... wa dah lama tak tgk liverpool main cam ayam ni ... :(

beemer said...

Pert ...
kalu la permintaan kita semua dimakbulkan ...
the teams play better when lucas is out bro ... cth buleh tgk attacking liverpool idup bila lucas dikeluarkan oleh rafa semasa vs villa ... tunggang langgang jugak la defend villa kena pressure pastu ...
namun wa harap mimpi ngeri tgk ucas main cam ayam tidak lg berulang semasa vs bolton nanti ...

beemer said...

anoy ...
your're right bro ...
wa pun rasa tensen aja kat ofc ni ..

Anonymous said...

bro beemer...

aku rsa r kan shebby ptot jd mentor kpd lucas..sma jer..

dua2 x leh pkai..
jual air liur jer taw..

hahahahah...

beemer said...

ijat ...
ok jugak tu ..
dua2 tu saudagar air liur saja ... hahaha!