Monday, August 24, 2009

BPL : Preview The Reds vs Aston Villa

5-0, itu keputusan musim lepas semasa Liverpool menewaskan Villa di Anfield. Mampukah kita mengulangi keputusan tersebut apabila bertemu semula dengan Villa pada awal pagi hari Selasa nanti? (3 pagi siaran langsung di Astro). Persoalan yang memang boleh kita jawab dengan mudah jika tiada apa-apa perubahan di kesebelasan utama Liverpool. Namun Liverpool kini telah mengalami sedikit perubahan setelah kehilangan salah seorang pemain tengah berkaliber pada musim panas yang lalu. Saya bukan menidakkan peluang Liverpool untuk menang di perlawanan ini, namun kita harus ingat walaupun mencapai kemenangan besar pada musim lepas tetapi ianya bukan menjamin kemenangan kepada Liverpool pada perlawanan itu nanti. Dengan Arsenal dan Manyoo serta Chelsea telah menang masing-masing perlawanan mereka, Liverpool tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak mengutip 3 mata penuh. Bermain di Anfield di hadapan peminat sendiri seharusnya menjadi pemangkin Liverpool untuk mencapai kemenangan. Bagi saya sebarang jaringan tidak menjadi masalah asalkan kita menang pada perlawanan awal musim ini.

Liverpool dilaporkan tidak mempunyai sebarang masalah kecederaan dan saya jangkakan tiada perubahan akan dibuat keatas kesebelasan utama Liverpool kecuali Rafa mahu meletakkan pertahanan tengah terbaru dari Greece. Sotorios Kyrgiakos bagi mengantikan Daniel Ayala. Martin Skrtel juga dilaporkan telah menjalani latihan dan beliau akan dinilai oleh Rafa samada layak untuk beraksi atau tidak menjelang perlawanan itu nanti. Saya seperti anda semua mahukan Lucas diletakkan di bangku simpanan, namun pasti cita-cita kita semua tidak akan kesampaian dengan pujian melambung dari Rafa terhadap beliau (walaupun permainannya hanya berada di tahap biasa sahaja untuk seorang pemain tengah). Maka terpaksalah kita telan segala corak permainan beliau yang memang tidak ada sebarang perubahan semenjak tiga tahun yang lepas. Bukan kita tidak faham dengan situasi tekanan yang terpaksa dihadapi oleh Lucas, namun pada peringkat ini Lucas sepatutnya telah menjadi seorang pemain yang mempunyai corak permainan yang lebih kreatif kerana Liverpool amat perlukan seorang pemain tengah yang mampu menghasilkan killer pass kepada pemain-pemain hadapan Liverpool sepert Gerrard dan Torres. Bukan niat untuk memburukkan Lucas tapi saya sudah bosan menunggu untuk melihat Lucas mencapai tahap permainan sebegitu. Nampaknya kita masih perlu bersabar sehingga kelibat Aquilani akan kelihatan sebaik sahaja beliau sembuh dari kecederaan nanti. Pemain-pemain lain yang diturunkan semasa menentang Stoke City harus dikekalkan dan terdapat kemungkinan Riera akan diturunkan menggantikan Benayoun di sayap kiri.

Lawan Liverpool kali ini iaitu Aston Villa a.k.a The Villans nampaknya menghadapi sedikti masalah di awal musim ini. Mereka telah tewas kepada Wigan pada perlawanan pembukaan musim di Villa Park pada minggu lepas. Dan mereka juga tewas pada perlawanan Europa League pada pertengahan minggu lepas. Villa rasanya masih cuba menyesuaikan diri dengan kehilangan bekas kapten mereka kepada City pada musim panas lalu. Namun begitu, mereka tidak boleh dipandang rendah kerana pemain-pemain senior mereka seperti Petrov, Young, Milner, Heskey, Friedel dan Carew masih menanggotai kesebelasan utama Villa. Anak-anak buah Martin O’Neill ini pasti mahu bangkit daripada kekalahan sebelum ini. Pemain pertahanan tengah mereka, Davies dilaporkan mengalami kecederaan bahu dan Villa akan membuat penilaian menjelang perlawanan itu nanti. O’Neill juga dijangkakan akan menurunkan pemain tengah yang baru dibeli dari Leeds, Fabian Delph. Walaupun masih muda dan cetek pengalaman di Liga Perdana Inggeris, keupayaan Delph harus diawasi oleh bahagian tengah Liverpool.

Walaupun di atas kertas, Liverpool dijangkakan mudah memenangi perlawanan ini, sikap sambil lewa dan memandang rendah keupayaan lawan harus diketepikan sama sekali. Jika tidak, padah yang bakal menimpa seperti perlawanan menentang Spurs sebelum ini. Perlawanan menentang Stoke sebelum ini harus dijadikan sandaran untuk terus bangkit mengibarkan cabaran pada musim ini. Ingat, Aston Villa adalah pasukan yang cukup berbeza dengan Stoke kerana mereka merupakan pasukan yang lebih lengkap dengan banyak lagi pemain berbakat. Saya berharap kita mampu memenangi perlawanan ini dan menutup mulut lebih ramai pengkritik yang sering menidakkan peluang Liverpool untuk memenangi liga pada musim baru ini. Ayuh The Reds, buktikan kemampuan kita sebagai antara pencabar utama liga pada musim ini!


YNWA

22 comments:

RABUN said...

Siapa Lucas di sebalik Rafa he he he mcm sepasang kekasih gelap jer... aku tak nampak sebab kenapa lucas dipuji puji... sedangkan pemain yang mencorak game mcm benayoun, riera, atau kuyt tak dipuji puji pon siap kene subsitude lagi herm renung renungkan selamat berpuasaaaa..

Firol said...

ni lah masalahnya lucas ni...perfrmnce tak berapa hebat manalah..kire tak mencabar minda lawan....

rafa macam kena buat 442 lah..gerrard dok balik tengah....harap game tak mengecewakan

Villa terdesak untuk menang,liverpool kena main habisan jangan bagi peluang...terleka sikit habisss....

Ke rafa nak buat Lucas ni jadi menantu.....

MCM said...

DISASTER Made by Lukas also Rafa....Rafa LOVE Lukas.....

MCM said...

Selagi Rafa menggunakan Lukas Lierpool akan lingkup.....aku rasa Torres pun nak blah....

Firol said...

seperti diramalkan lucas menyumbang "gol" dan mematikan tengah liverpool

Lepas voronin si ekor kuda masuk baru ada game semula...


Macamana ni??

MCM said...

Ask Rafa????? Bila Aquilani main???

JJ said...

Persembahan yg amat mengecewakan... dan star of the much, siapa lagi kalau tak Lucas! Liverpool sdg hdpi krisis serius dlm kempen musim ini. Pertahanan longgar, serangan tumpul & tengah berkarat. Sekrg baru Rafa tahu kenapa penjualan Alonso bukan keputusan yg bijak.

Dgn Villa, Liverpool spt hilang arah & tak mampu bermain sbgi satu pasukan yg bakal menjuarai BPL. Rasanya penyokong2 Liverpool tak perlu menaruh harapan yg tinggi musim ini nanti akan dikecewakan... Mungkin sasaran Liverpool yg lebih realistik hanya FA Cup atau League Cup. Champions League? Jgn berangan terlalu tinggi..yg nyata Liverpool tak mampu....

RABUN said...

Haaa! Sekali lagi penekanan disini...Siapa Lucas... Lupakan hajat menangi liga selagi Lucas bermain selagi tu la Liverpool akan dikitai kitai aku tak pernah tgk player yang membawa perubahan yang besar dalam game macam lucas, kalau dia main mesti kalahnya!..

Aku dah mula bosan dengan percaturan Rafa yang sebenarnya bijak tapi jadi bodoh pasal ego yang besar bila orang sebut percaturan dia meletakan Lucas adalah sangat salah dan selagi tu lah dia cuba buktikan anak ikan dia ni sangat bagus...

Dua pertukaran yang dibuat semalam menukar Lucas itu pun selepas dia score sendiri! Wah terornya! tapi siapa yang masuk? Voronin?! Argh sangat bijak! Seorang player yang dah terlupa macam mana nak menjaringkan gol!

untuk menambah kebijak sanaan memasukan BABEL? Aduh sangat BEBAL la...

aku yang tak belajar aspek kejurulatihan pun tau menilai pemain, kan elok dia masukan riera mengantikan lucas untuk menambah kelajuaan serangan, kemudian memasukan ngog untuk mencari gol!?

Damm! Mesti Alonso tgh gelak gila gila tgk aksi anak ikan Rafa skang ni...

sakit telinga aku lagi hari ni

SIALNYA LUCAS!

beemer said...

bro indra ...
mmg betoi la kekasih gelap ..haha!

beemer said...

bro firol ..
ya betul ..
tak mencabar tahap minda langsung ...

beemer said...

bro MCM ...
mmg lingkup kalu mamat tu main ..
torres please don't go wehhh ...

beemer said...

bro firol ..
menyumbang gol utk menjahanamkan liverpool ...

beemer said...

bro MCM ..
aquilani kalu tak silap wa ... paling awal hujung sept (lepas raya tuh) br leh main ...
dijangkakan full fitness bln oct ...

beemer said...

JJ ...
alonso mmg tak leh buat apa sbb dia nak belah dan takde hati nak main dgn pool lagi ...
at least show some dignity in the race for BPL title ..

beemer said...

bro indra ...
kempen anti LUCAS ker bro? hehehe!

Anonymous said...

game mlm td mmg sakit ati gler kite sume tgk...
lebeh2 lg si luncai 2 jd punca....
kite main cm xde arah tujuan sbb si luncai 2 jd general...
tp main prob kelab kite skrgni psl owner 2 ekor US jahanam since dorg beli klab...
lg 1 kena amik mase lg utk build up blik team coz kite dh kehilangan xabi....
ak pn cm liverpudlians y lain x sabar nk tunggu kite menang liga ke 19
bg ak team kite tgh dlm proses build up blik sjk zaman kejatuhan kite..n rafa manager y terbaik kite penah ada utk tugas 2 skrgni sbb die dh byk imporove kn team..
cume rafa xdpt dana n full saport dr owner klab...
klab2 lain cam man chit n spurs makin improved gak sbb dorg da duit utk beli player2 bkualiti...
geram n sakit ati memang x leh nafikn tp 2la situasi kelab kite skrgni...

hope that we will win the title soon n be champion of england again n again n again...


PROUD 2 BE LIVERPUDLIANS....

yg sbr menanti hehe...

afiq_trulyREDZ



YNWA

CrAyOn said...

lucas bingai sila berambus sekarang..hahaha

MCM said...

Yer...bro Idra..saya rasa percaturan anda tu memang lebih bagus....aduhai...si luncai tu kasi buang saja...jua? sapa mau beli, rajagobal pun tak nak pakai pemain macam tu...aku heran si rafa tu, kalau dekat dah aku ketuk rmah dia bagitau dia hal sebenar....mungkin dia tak nampak kelemahan tu kot

Afham said...

salam bro..
jangan kecewa..

beemer said...

bro crayon ...
rilek bro rilek ...
panjang lagi hayat si lengkuas tu dgn liverpool rasanya ...
paling awal kalu kena lelong pun wa rasa januari 2010 ...

beemer said...

bro MCM ...
rafa tu rasanya dia nak provekan lucas tu pembelian dia yg bagus ...
tetapi apakan daya ... hampeh sehampeh-hampehnya ... we need new energy in midfield bro ..

beemer said...

afham ...
kecewa akan terasa jika anda sebagai true Reds ...
team tak perform siap buleh effect kehidupan seharian secara tak langsung ...