Monday, July 13, 2009

Vucinic : Terbaru Dari Itali?

Khabar dari Itali telah menyatakan bahawa Liverpool dan Manyoo sedang mendahului usaha untuk mendapatkan penyerang AS Roma, Mirko Vucinic. Perang bidaan di jangka tercetus di antara dua gergasi Inggeris ini untuk mendapatkan pemain antarabangsa Montenegro ini. Di masa yang sama juga pengurus Tottenham, Harry Redknapp dikatakan turut memerhatikan situasi tersebut dan bersedia untuk mengambil kesempatan jika Liverpool serta Manyoo menarik diri daripada perang bidaan tersebut. Vucinic yang telah menandatangani kontrak baru pada bulan, kelihatan gembira untuk kekal dengan Roma namun beliau dijangkakan akan menjadi mangsa kepada keadaan kewangan yang tidak menentu di kelab tersebut sekarang. Laporan dari Itali itu turut menyatakan bahawa Liverpool secara tidak rasmi telah menghubungi Roma untuk membincangkan tentang penyerang tersebut. Pengurus Liverpool, Rafael Benitez dikatakan berminat untuk mendapatakan Vucinic untuk digandingkan dengan penyerang utama Liverpool, Fernando Torres. Laporan ini muncul setelah bidaan dari Manyoo pada musim lepas telah ditolak oleh Roma. Namun situasi tersebut mungkin akan berulang kembali berikutan percubaan Vinico Fioranelli untuk mengambilalih Roma tidak berjaya dan terdapat ketidakstabilan di dalam politik di kalangan ahli lembaga pengarah mereka sendiri. Situasi ini diburukkan lagi dengan kenyataan dari Pengarah Sukan Roma, Daniele Prade yang menyatakan tiada masa depan pemain-pemain utamanya boleh dikatakan selamat.

Vucinic dikatakan bernilai melebihi 23 juta euro di pasaran perpindahan pemain dan penghijrahan beliau kemungkinan akan diikuti oleh pemain tengah Roma, Daniele De Rossi yang dikatakan akan menyertai Real Madrid. Vucinic adalah antara pemain serangan yang baik di Roma. Gandingan beliau dengan Francesco Totti telah banyak menghasilkan gol untuk Roma. Jika Rafa benar-benar berminat dengan beliau, saya berharap harganya biarlah di dalam belanjawan Liverpool tanpa perlu mengorbankan pemain utama yang sedia ada untuk membawa Vucinic ke Anfield. 23 juta euro adalah satu jumlah yang banyak dan janganlah tersilap membuat percaturan di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Pada pendapat saya, adalah lebih penting untuk Liverpool mengekalkan pemain-pemain utama yang sedia ada daripada dikebas oleh pasukan lain. Jika ini berjaya dilakukan, barulah kita semua boleh menarik nafas lega dan mula memikirkan tentang usaha untuk mendapatkan pemain baru.


YNWA

4 comments:

Anonymous said...

pembelian y brisiko klau benar2 rafa berminat utk mbawa mamat ni ke anfield dan dgn harge y bleh d persoal kn...
takot nnt Vucnic ni skadar ber 'picnic' je kt anfield....
season dpn bkn ny mase utk mbuat eksperimen lg tp mase utk menjulang piala liga.....
tp klau skadar rumors je...
kite layannnnn jela hehehe...



afiq_trulyREDZ



YNWA

Firol said...

takut sejarah Keane berulang...... kalau beli biar berbaloi

beemer said...

wa pun rasa camtu ...
kalu mau beli player ...
harga biar masuk akal ...

CrAyOn said...

betul²... aku sokong... beli la messi..hehe