Tuesday, July 28, 2009

Barnes : Babel Akan Bangkit


Pemain sayap Liverpool dari Belanda, Ryan Babel dijangka akan mengegarkan Liga Perdana Inggeris pada musim yang akan datang, menurut Lagenda Liverpool John Barnes. Pemain antarabangsa Belanda ini telah memulakan musim ini dengan cemerlang apabila menjaringkan gol ketika Liverpool seri 1-1 di dalam perlawanan menentang pasukan kebangsaan Thailand. Barnes amat yakin Babel akan memberikan sumbangan yang besar kepada Liverpool di dalam usaha untuk membawa gelaran Liga Perdana Inggeris ke 19 kembali ke Anfield pada musim baru nanti. Di dalam satu temubual eksklusif dengan laman rasmi liverpoolfc.tv, Barnes menganggap Babel merupakan seorang pemain yang serba boleh di dalam skuad Liverpool. Menurut Barnes, apa yang perlu dilakukan hanyalah mencari perancangan permainan yang paling sesuai dengan Babel di atas padang bagi menjelmakan permainan terbaik dari pemain antarabangsa Belanda ini. Babel merupakan pemain yang amat berbakat, dengan formasi serta gabungan taktikal yang tepat, Barnes yakin Babel akan muncul antara pemain terbaik Liga Perdana Inggeris pada musim yang datang. Dengan mengambilkira pencapaian terbaik Liverpool pada musim lepas di bawah kendalian Rafael Benitez, Barnes mahukan Liverpool lebih serius di dalam cabaran untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris di setiap musim. Dan Barnes berharap dengan perancangan terbaik dari Rafa, Liverpool mampu menggapai kejuaraan Liga Perdana Inggeris ke 19 pada musim depan.

Sungguh tinggi harapan dan juga pujian yang diberikan oleh Barnes kepada Babel. Diharapkan Babel mengambil serius pandangan yang diberikan oleh Barnes kepadanya. Jangan hanya berasa teruja dengan pujian yang diberikan oleh Lagenda Liverpool ini. Babel harus mempertingkatkan permainan beliau sehingga ke satu tahap yang membolehkan beliau bermain dengan baik di Liga Perdana Inggeris. Tinggalkan gaya permainan di Liga Belanda yang amat jauh beza corak permainannya dengan Liga Perdana Inggeris. Dan jangan hanya merungut diberikan peluang yang kurang untuk beraksi di atas padang. Gunakan setiap peluang yang diberi oleh Rafa hatta sebagai pemain gantian sekalipun untuk membantu pasukan mencapai kemenangan. Walaupun hanya diberikan 10 minit di atas padang, pastikan 10 minit itu yang memberikan perbezaan kepada corak permainan Liverpool. Dalam kata yang lebih mudah, apabila anda berada di tengah padang, pastikan kehadiran anda memberikan impak positif kepada pasukan secara keseluruhan. Jika Babel tidak mahu mempelbagaikan corak permainan beliau, peluang untuk kekal di Anfield adalah amat tipis. Mempelbagaikan corak permainan bermakna bukan sekadar bertindak sebagai penjaring gol sahaja tetapi menjadi antara pemain yang banyak memberikan umpanan yang membolehkan gol dijaringkan oleh rakan sepasukan yang lain.


YNWA

7 comments:

Firol said...

Rafa kena bagi banyak ruang untuk babel improve...kalau tak sayang bakat mamat ni.... dia ngan Ngog dah rupe adik beradik aku tengok hehehe

CrAyOn said...

betul 2... babel ok tapi rafa kurang beri perhatian kat dia jer..

CrAyOn said...

fantasy.premierleague

sapa yg berminat leh join league aku ni :
1malaysia league :code: 482759-109414

YNWA league:code: 482759-109431

uefa league:code: 535921-119470

INDRA QIRANA said...

babel ok pada aku...seribu kali lebih baik dari....jeng jeng jeng LUCAS!

aku masih curiga kenapa lucas lebih diberi peluang oleh Rafa sedangkan terbukti lucas banyak merosakan permainan liverpool selama ni...

pada aku babel gagal kerana diberi peluang yang sgt terhad ..itu saja...

beemer said...

bro firol ...
babel juga kena ubah sket gaya permainan ... br leh survive dlm team liverpool ...

beemer said...

crayon ...
fantasy premierleague ...
team wa lom panas enjin ... :)

beemer said...

bro indra ...
mmg skandal ...
udah la musim panas ni takde sikit pun berita psl dia nak kena jual timbang kati ... hahaha!