
Namun di perlawanan menentang pasukan kebangsaan Singapura ini, antara perkara yang menarik perhatian adalah kemunculan Kristian Nemeth sebagai antara penjaring gol buat Liverpool. Penyerang yang berusia 20 tahun ini telah dipilih oleh Rafa sebagai pemain terbaik perlawanan ini dan Rafa menganggap pemain antarabangsa bawah 21 Hungary ini mempunyai sentuhan semulajadi sebagai penyerang. Bercakap di laman rasmi liverpoolfc.tv, Rafa menyifatkan Nemeth mempunyai penyudah yang baik dan beliau telah menjaringkan banyak gol untuk skuad simpanan dan pada kali ini beliau membuktikannya. Rafa juga amat gembira dengan keputusan perlawanan ini dan secara keseluruhan, kekuatan fizikal The Reds semakin bertambah mantap dengan menjelangnya musim baru yang semakin hampir. Walaupun ada di antara anak buahnya yang kelihatan letih kerana komitmen kepada perlawanan antarabangsa, Rafa amat yakin mereka akan kembali ke tahap yang terbaik nanti. The Reds kini telah kembali semula ke Eropah dan mereka akan meneruskan persiapan pra musim ini menentang pasukan La Liga, Espanyol di dalam masa seminggu lagi.
Nampaknya Nemeth pasti akan berpeluang untuk menunjukkan kebolehan beliau di Liga Perdana Inggeris nanti apabila musim baru bermula nanti. Sudah lama perkara ini dinanti-nanti oleh para peminat Liverpool. Pemain muda Hungary ini telah menjaringkan banyak gol buat skuad simpanan Liverpool. Selain daripada itu pemain muda ini juga mampu membantu rakan penyerang untuk menjaringkan gol. Bagaimana beliau menjaringkan gol tidak penting, kerana yang lebih dalam apa jua keadaan, Nemeth mampu mengegar jaring pihak lawan. Penyerang yang baik, bukan hanya mampu menjaringkan gol dalam keadaan yang sukar tetapi jika terdapat peluang yang cukup mudah di depan mata, maka di dalam jaringlah bola tersebut akan berakhir. Nemeth masih muda dan mentah jika hendak dibandingkan dengan pemain-pemain senior Liverpool yang lain, namun jika beliau mula beraksi dengan baik pada musim depan, maka akan berhasillah pelaburan besar Rafa ke atas pemain-pemain muda dari Akademi Liverpool. Harapan saya agar Nemeth diberi lebih banyak peluang untuk beraksi di kesebelasan utama Liverpool dan beliau mampu mencabar Voronin serta Ngog untuk mengisi posisi penyerang sokongan kepada Fernando Torres a.k.a El Nino.
YNWA
2 comments:
Gandingkan dengan torres biar bagi dia pengalaman belajar dengan yg terbaik
tok guru dah ada ...
samada rafa berani atau tidak sahaja ... harap2 dia akan form musim baru nanti ...
Post a Comment