

Berita terbaru dari England melaporkan Liverpool telah menolak empat bidaan mega untuk Torres yang dilaporkan bernilai 65 juta pound. Akhbar di sana melaporkan Real, Manyoo, Chelsea dan City telah membuat bidaan untuk pemain antarabangsa Sepanyol tersebut tetapi ianya telah ditolak mentah-mentah oleh Rafa dengan kenyataan Torres bukan untuk dijual. Rafa mengakui terdapat bidaan dari kelab-kelab tersebut tetapi beliau dengan jelas tidak berminat untuk melepaskan ayam tambatan beliau ini. Real Madrid? Maaf, sampai ke pencen pun Torres tidak akan ke Real disebabkan pertalian rapat Torres dengan Atletico Madrid. Torres hormatkan kelab serta peminat di tempat kelahirannya itu. Dan tindakan untuk menyertai Real seolah-olah mengkhianati peminat beliau di sana pasti ridak akan berlaku. Kepada Real, sila taburkan duit anda di tempat lain. Manyoo, Chelsea dan City? Trio yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Liverpool mahu jual Torres kepada kamu? Soalan yang sepatutnya sudah ada jawapan sebelum soalan tersebut dikeluarkan. Takkanlah Liverpool mahu merebut kejuaraan dengan menjual ayam tambatan kepada musuh setempat di dalam liga yang sama kan? Duit bukan segalanya di Liverpool dan ingatlah kata-kata Jamie Carragher ini, Kelab Mana Yang Lebih Besar dari Liverpool? Di England, kelab yang paling berjaya adalah Liverpool dan ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal sama sekali. Sila bina pasukan anda dengan mencari atau membentuk sendiri pemain skuad anda dan jangan haraplah anda boleh merompak kelab lain sesuka hati dengan duit yang anda ada. Benar anda boleh membeli pemain-pemain terbaik dunia tetapi anda jangan ingat kejayaan akan datang bergolek setelah beratus juta pound anda keluarkan.
Bagi Rafa, yang paling penting bagi beliau adalah Torres mahu kekal di Anfield dan semua yang ada di Liverpool mahukan beliau kekal di kelab ini. Tambah Rafa memang terdapat tawaran terhadap beberapa pemain utama beliau pada musim panas ini dan Torres adalah antara pemain terbabit. Tetapi bagi Rafa jawapannya tetap tidak jika terdapat sebarang bidaan untuk Torres. Bolasepak sudah berubah dengan ketamakan duit telah mengatasi segala-galanya tetapi Rafa mahu mengekalkan pemain-pemain tulang belakang Liverpool kerana bagi beliau perkara inilah adalah penting kepada Liverpool di dalam usaha untuk mengejar kejuaraan. Rafa tidak berminat untuk bercakap mengenai Manyoo ataupun Ronaldo kerana samada kelab tersebut berjaya atau tidak musim depan bukan menjadi masalah kepada beliau. Jawapan mudah dari Rafa, mereka bukan pasukan yang dikendalikan oleh beliau dan Ronaldo bukan pemainnya. Mesej yang jelas dari Rafa ialah Liverpool merupakan antara pasukan terkuat di Liga Perdana Inggeris dan beliau masih mahu memperkuatkan pasukan ini. Tambah Rafa, Liverpool tidak akan menjadi lebih kuat dengan menjual pemain-pemain utamanya. Kesimpulan saya, bukan semua pemain dapat dibeli dengan duit dan jangan cuba menabur duit kepada pemain-pemain yang amat setia dengan pasukan yang diwakilinya kerana saya pasti pasti usaha-usaha jahat sebegini pasti akan merugikan masa, tenaga dan juga wang.
YNWA
7 comments:
tapi bro aku memang tak dapat terime ah pasal alonso.. ishkk sedih aku.. dulu owen skg alonso.. tapi kalo betul ah alonso nak kuar biar ah jual mahal2 pastu injured padan muke beliau. kehkegh
BRO SAPLO:alonso dh mrajuk sgt2 2 bro...dr season lps lg rafa nk jual die coz nk beli biri2 y tamak lg jahanam 2...bg ak klau xabi btol2 dh xde hati dgn kelab baik jual je...tp mesti dgn harge y stimpal....klau x kena dgn harge ny biarla die doq kt bench je smpi abeh kontrak die kt anfield hehehe....real main kotor coz wt2 xde duit....
BRO BEEMER:bro ak minat livepool dr kcik cm torres n gerrard apsal kelab x nk beli ak y setia ni ahahahaha...pe cite bro???bz ke????
afiq_trulyREDZ
YNWA
Alah..alonso buat spoil...minat cara permainan dia..jenis hantaran jauh,gol pun jauh...dan sekarang dia nak jauhkan diri dari Lvpl plak ..duhhhhhh
hanya pemain yg mempunyai mentaliti profesional saja yg faham makna setia kpd kelab. torres & gerrard termasuk dlm golongn ini tpi sygnya alonso tidak. darah basque yg kuat memberontak terus mengalir dlm jiwanya wlupun dah 5 musim bersama liv.rafa perlu bawa ramai lagi pemain berbangsa inggeris ke anfield!
alonso won't go for the cheap ...
kalu tak dpt price yg kita nak ...
it's better to put alonso on the bench ...
tp harap2nya alonso stay ...
quote dr salah seorg fans liverpool :
"I will try to calm the LFC supporters one more time. I do know a few of the senior staff at anfield and a couple of players. Alonso is HAPPY at anfield, the only thing keeping this story going is the media. Alonso has not requested or mentioned he wants to play for Madrid. Rafa is NOT upset with Alonso's phone calls and welcomes continued contact with all his players. LFC can not stop Madrid from showing interest or even bidding for his services. The situation is simple, Liverpool do not want to lose Xabi and have slapped a minimum price tag of 35 million pound, the only reason for even having a price tag is that if this was to be matched, Alonso is known to want to play in Spain again at some point in his career. If it is matched, Xabi will be informed and it will be HIS choice as to weather he wants to go to Spain now or continue wth LFC. Xabi & Rafa are both 100% clear that Xabi is wanted at Anfield."
media dgn real gampang 2 y wt huru hara skrg nih....
real mpergunakn sluruh media y da dgn reputasi dorg sbg gelaktikus 2 knon2 ny...
uefa plak senyap je bler pasal real ni..
klau klab lain wt hal mula la platinipus dgn uefa myalak sakan ckp e2ini....
sepp blater dgn fifa pn same cm gampang....
REAL smcm da kuase veto y xleh sape2 cabar lebeh2 lg bler perez da blik ni...
afiq_trulyREDZ
YNWA
ahhh..xpayah layan jer real sengal 2.. aku yakin dan pasti alonso tetap utk liv.. (ayat mcm nak pancing undi plak..hehe)
bro beemer tq add link gua..
Post a Comment