Sunday, July 26, 2009

Spearing : Mahu Kepercayaan Rafa

Pemain muda Liverpool yang beraksi di bahagian tengah, Jay Spearing telah berazam untuk menggunakan sepenuhnya peluang ketika beraksi di perlawanan pra musim Liverpool sebagai jambatan untuk beliau mendapat kepercayaan dari Pengurus Liverpool, Rafael Benitez. Pemain yang baru berusia 20 tahun ini telah membuat penampilan sebagai pemain gantian semasa menentang skuad kebangsaan Thailand pada hari Rabu yang lepas. Spearing baru sahaja bersetuju meneruskan komitmen beliau dengan The Reds setelah menurunkan tandatangan ke atas kontrak baru bersama-sama dengan Stephen Darby. Dengan Liverpool yang akan turun menentang skuad kebangsaan Singapura pada hari Ahad ini, Spearing berharap beliau akan diberi peluang oleh Rafa untuk membuktikan kemampuan beliau di atas padang. Spearing yang nyata amat gembira dengan kunjungan The Reds ke Asia pada kali ini kerana ramai peminat bolasepak yang menyokong Liverpool. Bermain di stadium yang dipenuhi oleh para peminat Liverpool di Thailand merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan Spearing. Mengenai perlawanan menentang Thailand, Spearing berpuas hati dengan prestasi The Reds kerana mereka dapat mengawal bola dan melakukan umpanan yang baik di atas padang, namun kredit kepada Thailand kerana mereka bermain dengan bersungguh-sungguh. Tambah Spearing perlawanan pra musim adalah lebih bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain dan dengan pencapaian setakat ini, mereka amat berpuas hati dengan kecergasan masing-masing. Spering sedar di perlawanan pra musim inilah peluang beliau untuk membuktikan kemampuan beliau kepada Rafa dan beliau berharap apa yang telah dilakukan setakat ini mencukupi untuk menyakinkan Rafa. Tetapi itu bukan alasan untuk Spearing berusaha dengan lebih gigih di atas padang. Spearing percaya kontrak baru yang diterima oleh beliau adalah kerana Rafa yakin dengan kemampuannya dan Spearing akan membalas keyakinan itu dengan prestasi yang lebih mantap untuk musim depan. Kini sasaran Spearing adalah untuk membuat lebih banyak penampilan liga bagi Liverpool setelah beliau diberi peluang untuk beraksi di Liga Juara-Juara Eropah pada musim lepas.

Saya sempat melihat gaya permainan Spearing ketika menentang Thailand pada hari Rabu lepas. Dan kesimpulan yang boleh saya buat, Spearing mempunyai gaya permainan yang menarik. Terutama sekali pada corak hantaran jauh yang mampu beliau buat dengan tepat kepada sasaran. Hantaran jauh beliau banyak ditujukan kepada penyerang dan juga pemain sayap. Corak hantaran seperti ini mengingatkan saya sewaktu zaman mula-mula kebangkitan Kapitan Gerrard ke dalam kesebelasan utama Liverpool. Walaupun ada hantaran yang tidak menjadi, kita perlu ingat yang Spearing hanya baru berumur 20 tahun dan masa masih panjang untuk beliau memperbaiki permainannya. Mempunyai susuk tubuh yang agak rendah, pergerakan beliau agak pantas tetapi beliau harus melakukan sesuatu untuk mengatasi kekurangan fizikal ini kerana di Liga Perdana Inggeris, corak permainan fizikal sudah menjadi rencah pertandingan. Mungkin dengan kelincahan serta kepantasan disertai dengan daya visi yang tinggi sebagai aset utama, Spearing akan mengegar di Liga Perdana Inggeris nanti!


YNWA

8 comments:

RABUN said...

ramai rupanya player akademi liverpool ni....tapi dalam tempoh 10 tahun lampau berapa ramai player muda liverpool yg terbuang dan dibazirkan bakat mereka begitu jer, mungkin tu la puncanya liverpool gagal memenangi liga sejak sekian lama...semoga kali ini pemain muda akan lebih di menafaatkan, lagi satu liverpool sepatutnya ada lebih ramai pemain England dlm skuad...

Che said...

smlm kt s'pore pun nemeth dh menyerlah dan rafa dah mengakui kehebatan nemeth tu.arap2 nemeth akan lebih byk diturunkan bergandingan dgn Torres.Kerana apa yang aku perhatikan gol2 Nemeth tu nampak cm gol mudah-budak tadika pon bleh skor, tp dr segi ball placing tu melihatkan kemampuan nemeth utk menjadi the next torres.
bola slow tp placing lawa, reina pon x leh tepis...hehe

CrAyOn said...

da mcm hasbullah awang dah korang ni... hehe

Firol said...

Spearing memang byk yang boleh maju lagi..tapi memang kena bagi mamat kecik ni ruang dan peluang

Nemeth masa lawan singapore....nampak macam boleh pergi jauh....

beemer said...

Indra .... ramai pemain muda yg berbakat di Akademi Liverpool ... harap Rafa lebih berani utk ketengahkan nanti ...

beemer said...

Che ...
Nemeth tu muda belia lagi ... hehe!
mmg ada harapan jadi antara top scorer liverpool dlm masa 3-4 tahun lagi ...

beemer said...

Crayon ... hasbullah awang kalu masuk espn mmg mantap bergandingan dgn steve mcmahon setiap sabtu dan ahad ... haha!

beemer said...

Bro Firol ...
Spearing ni mmg rajin dan ligat atas padang ...
Bagi dia peluang n dia akan buktikan atas padang ...
Nemeth ... harap tak injured season depan ... meletup nanti ...