Thursday, July 23, 2009

Darby : Sedia Untuk Mencabar

Pemain pertahanan muda Liverpool, Stephen Darby hari ini mengalu-alukan kedatangan Glen Johnson ke Anfield. Darby yang juga merupakan antara produk dari Akademi Bolasepak Liverpool telah bersedia untuk menghadapi cabaran daripada Johnson untuk merebut tempat di posisi pertahanan kanan di dalam kesebelasan utama Liverpool pada musim depan. Bagi Darby, kehadiran Johnson adalah sesuatu yang positif untuk Liverpool dan beliau berazam akan menambahkan lagi kesungguhan beliau untuk bersaing dengan pemain antarabangsa England itu. Darby merupakan pemain tempatan yang berasal dari Maghull, Liverpool. Sasaran Darby pada musim baru nantia adalah untuk menyakinkan Pengurus Liverpool, Rafael Benitez agar lebih yakin untuk menurunkan beliau di kesebelasan utama setelah beraksi dengan baik semasa membuat beberapa penampilan sebagai pemain gantian pada musim lepas. Adalah menjadi impian buat Darby untuk bermain di kesebelasan utama buat pasukan yang telah disokongi beliau semenjak dari kecil lagi. Menurut pemenang dua kali Piala Remaja FA ini, beliau amat bertuah diberi peluang untuk beraksi di kesebelasan utama pada musim lepas. Dan bermula dari situ, beliau mahu berlatih dengan lebih gigih demi untuk mendapat tempat di kesebelasan utama Liverpool. Darby juga memberitahu beliau amat gembira apabila ditawarkan kontrak baru bersama-sama Jay Spearing sebelum ini. Darby terus menurunkan tandatangan ke atas kontrak baru tanpa was-was kerana yang penting bagi beliau hanyalah untuk beraksi untuk Liverpool yang telah menjadi idolanya semenjak dari kecil. Darby bermula dari Akademi Liverpool dan kemudiannya mendapat tempat di skuad simpanan Liverpool pada 2006. Ketika beraksi dengan skuad simpanan Liverpool inilah Darby menjadi kapten pasukan yang telah memenangi Piala Remaja FA pada 2006 dengan gaya permainan bercorak serangan daripada bahagian pertahanan pasukannya. Daripada situ, Darby tidak lagi menoleh kebelakang dan pada 2008, beliau telah menyertai skuad utama dan membuat penampilan sulung sebagai pemain gantian ketika menentang Galatasaray di Liga Juara-Juara Eropah pada bulan Disember 2008. Darby juga menjadi kapten pasukan simpanan Liverpool ketika mereka memenangi Piala Dallas menewaskan pasukan dari Mexico, Tigres pada March 2008.

Darby merupakan permata yang dibentuk dari Akademi Liverpool. Pemain yang mempunyai gaya permainan bercorak serangan dari posisi pertahanan kanan ini amat berbakat dan beliau adalah pilihan yang tepat dari Akademi Liverpool. Kemunculan Darby yang baru berusia 20 tahun ini pasti akan memberi lebih pilihan kepada Rafa untuk mengisi posisi pertahanan kanan Liverpool. Dengan Johnson yang baru berusia 24 tahun dan Arbeloa yang berusia 26 tahun, Liverpool mempunyai barisan yang muda serta mantap untuk mengisi posisi pertahanan kanan pada musim depan. Harapan saya, agar Rafa boleh memberi lebih banyak peluang kepada Darby untuk beraksi sepertimana yang telah beliau berikan kepada Insua. Janganlah menjual Darby sepertimana yang berlaku terhadap Stephen Wright, Stephen Warnock, Danny Guthrie serta David Thompson yang telah mencipta nama dengan pasukan-pasukan lain. Amatlah merugikan setelah menghabiskan banyak masa, kepakaran serta wang untuk melatih pemain-pemain muda ini tetapi mereka berakhir dengan beraksi buat pasukan lain. Saya cuma mahu melihat Darby bakal menjadi Jamie Carragher terbaru yang akan muncul di padang Anfield nanti.


YNWA

3 comments:

Firol said...

tengok semalam lawan thai...??? budak baru banyak turun.. Jay Sprng,Nemeth bolehlah main...cuma nak kena kerje kuat lagi.....

beemer said...

layan gak ...
best tgk spearing punya long pass ...
kalu dia polish lagi skill tu ...
mmg mantap la mamat ni ...

CrAyOn said...

daku xsempat nak tgk la geng.. hehe