Wednesday, July 8, 2009

Alonso : Jangan Usik Jika Tidak Berduit (Kononnyalah)

Kelakar juga bila membaca pengakuan salah seorang pengarah Real Madrid, Jorge Valdano mengenai kedudukan pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso. Khabar terbaru mengatakan Valdano mengakui Real tidak mampu untuk memenuhi permintaan Liverpool di dalam perbincangan berkaitan Alonso. Valdano mengatakan penilaian Real terhadap Alonso jauh daripada nilai yang diletakkan Liverpool. Real yang dikaitkan dengan pemain tengah Sepanyol tersebut sebagai salah satu usaha mereka untuk membentuk skuad yang lebih mantap di bawah presiden baru mereka, Florentino Perez. Sehingga sekarang Real telah berbelanja hampir 200 juta pound untuk Kaka (65 juta pound), Ronaldo (80 juta pound), Benzema (30 juta pound) dan Albiol (15 juta pound). Valdano memberitahu, Real masih mahukan Alonso tetapi ianya mestilah pada harga yang betul. Tambah Valdano, Alonso masih menjadi keutamaan Real tetapi ianya mestilah berada di dalam lingkungan belanjawan Real. Sehingga kini, Liverpool masih tidak berganjak dari penilaian mereka ke atas Alonso dan Valdano nyata tidak gembira dengan keadaan tersebut. Beliau enggan mengulas lanjut mengenai butir-butir perbincangan terbabit. Valdano juga mengakui Real mula melihat kepada pengganti Alonso jika keadaan ini berterusan. Real masih mahukan seorang pemain yang dapat mengawal permainan dari bahagian tengah padang dan tidak ramai pemain yang sebegitu di dunia. Dan sudah nyata, Alonso merupakan salah seorang pemain dengan corak permainan sebegitu. Dengan musim perpindahan yang masih panjang dan beberapa bintang telah menyertai mereka, Real tidak berada di dalam keadaan tertekan untuk membeli pemain baru. Tambah Valdano, mereka hanya perlukan 2 atau 3 orang pemain sahaja lagi untuk skuad utama mereka. Dengan kejayaan mendapatkan Benzema, Real tidak lagi perlu mendapatkan David Villa dari Valencia, lagipun tambah Valdano, Benzema baru berumur 21 tahun dan beliau mempunyai masa yang panjang untuk membuktikan kemampuannya di La Liga.

Apa pula muslihat si tua Valdano kali ini? Dengan mengakui Real tidak mampu memenuhi harga yang dituntut oleh Liverpool kerana belanjawan tidak mencukupi? Jangan anggap semua pasukan di dunia boleh diperkotak-katikan oleh Real. Padanlah dengan sikap suka merompak pemain pasukan lain demi untuk memenuhi cita-cita sendiri. Jika Kaka dan Ronaldo mampu dibeli dengan harga yang tidak masuk akal, kenapa tidak dengan Alonso? Jika benar-benar mahukan Alonso, sila bayar harga yang telah ditentukan. Jangan sesekali ingat Liverpool akan tunduk di atas sebarang percubaan untuk mengurangkan harga Alonso di pasaran pemain. Ini termasuklah permainan menggunakan media dan juga cuba menggunakan tekanan dari pemain itu sendiri untuk memaksa perpindahan berlaku. Rafa amat arif dengan permainan licik Real dan saya pasti beliau tidak akan berganjak dari tuntutan ke atas Alonso. Dengan terdapat berita yang mengatakan (dengan angkuhnya) Real memberi masa 2 minggu kepada Liverpool untuk meletakkan harga Alonso bagi mereka membuat bidaan. Bodoh atau tidak faham bahasa Real Madrid agaknya, harga Alonso telah ditetapkan pada 50 juta Euro dan tidak kurang sedikit pun dari jumlah tersebut. Jika masih bermimpi di siang hari yang Liverpool akan mengurangkan harga Alonso, lebih baik jangan buka mulut anda yang busuk itu dan lupakan mimpi Mat Jenin anda untuk mendapatkan Alonso. Kepada Real, kami tidak hairanlah dengan duit anda kerana kami semua di Liverpool mahukan Alonso kekal berbakti di Anfield.


YNWA

6 comments:

Firol said...

Duit bukan segalanya....seni permainan Bola sepak menjadi keutamaan..dan seni itu ada di LIVERPOOL....

Memang tak REAL langsung lah Real Madrid..

mohamad azri said...

hidung x mancung pipi tersorong-sorong,ibarat betepuk sebelah tangan,ibarat anjing menyalak diatas bukit.perigi cari timba.....hahahaha sedih tul dia orang ni...nak mengemis wat la cara mengemis...ni siap bg warning lg.kesian tul nasib galatikus ni..mail.com

Che said...

layankan je permainan psikologi Real ni..agak2 lame sket, sure dorunk dh fed-up utk dptkan ALonso..apatah lg alonso dh ckp die xde niat utk kelua dr Liverpool..dan masih igt sblm season lps ketika mana Alonso dikhabarkan akan ke Arsenal?walaupun Alonso ada alasan utk 'merajuk' ketika itu kerana niat Benitez utk menjualnya, namun Alonso mantain pro dalam setiap perlawanan musim lps..or ia bkn pro, tp SETIA?kita harapkan aloso akan sentiasa PRO dan SETIA ngn Liverpool..

beemer said...

bro firol ...
mmg tu aja senjata diaorg nak merompak player team lain ...
kalu tak leh pujuk kelab utk jual ... guna la media n target player utk force transfer ... cikai tul

beemer said...

bro azri ...
welkam to liverpool-malaya ...
muke tak malu mmg la gitu bro ...
pastu tuduh liverpool nak black mail diaorg ... ada ka camtu?
lantak la bapa liverpool nak letak harga alonso ...
kalu la wa manager The Reds ... maunya wa letak 200 juta pound tak kurang satu sen pun ... hehehe! biar bangkrap terus kelab yg nak menyibuk ni ... bukan soal duit yg jadi keutamaan rafa ... yg penting Reds mempunyai skuad yg mantap musim depan ...

beemer said...

lama tak nampak che ...
mana ko ilang? hahaha!
Real masih cuba memperkotak-katikan Liverpool ...
kejap buleh ... kejap tak buleh ...
setakat 50 juta Euro tu tak jadi masalah utk diaorg ... tp sbb cuba nak berjimat kununya dah beli galatikus2 sblm ni ... cuba la nak try minta kurang harga dari Liverpool ... sori la pakcik ... tak dapek nak nolong ...