
Carra berharap persiapan pra musim pada kali ini akan sedikit sebanyak membantu Liverpool untuk memulakan musim depan dengan baik semasa menentang Tottenham di perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris musim akan datang nanti. Carra seperti yang kita sedia maklum merupakan pemain kesebelasan utama yang turun di semua perlawanan Liga Perdana Inggeris dan juga eropah untuk Liverpool. Sungguh yakin nampaknya nada yang dikeluarkan oleh pemain pertahanan senior The Reds ini. Carra seperti juga Gerrard, amat impikan Liga Perdana Inggeris dibawa pulang kembali ke Anfield sebelum mereka bersara dari bolasepak. Begitulah juga harapan para peminat The Reds di seluruh dunia, sudah lama trofi tersebut tidak singgah di rak koleksi piala yang dimiliki Liverpool. Namun pada pendapat saya, kita masih perlu berhati-hati di dalam menaruh sebarang harapan di musim baru nanti. Kekalkan pemain seperti Alonso dan Mascherano demi untuk menjamin kestabilan kesebelasan utama Liverpool. Rafa juga perlu mencari formula untuk memastikan Liverpool lebih konsisten pada musim depan walaupun ada peningkatan ketara pada musim lepas. Jadikan Anfield sebagai kubu yang utuh dan pasukan yang datang dengan tujuan untuk bertahan (bukan bermain bolasepak) akan menerima padahnya nanti. Dan yang paling penting, kita akan membuat perhitungan dengan musuh ketat manyoo untuk menentukan pasukan mana yang lebih layak untuk merangkul kejuaraan ke 19 dan seterusnya menjadi pasukan terbaik di England!
YNWA
3 comments:
penyokong di belakang player.....YNWA...
Harap-harap masin la mulut Carra ... hehehe!
kalo dapat juara tahun ni malaysia cuti 1 ari.. hehehe
Post a Comment