Wednesday, July 29, 2009

Torres : Pentas Telah Tersedia

Penyerang utama Liverpool Fernando Torres a.k.a El Nino berazam untuk mempergunakan sepenuhnya peluang yang terhidang di Liga Perdana Inggeris dengan ketiadaan Cristiano Ronaldo yang telah berhijrah ke Real Madrid. Torres masih kekal di Anfield dan penyerang antarabangsa Sepanyol ini menjaringkan lebih banyak gol di Liga Perdana Inggeris pada musim baru nanti. Tetapi menurut Torres untuk menjadi antara yang terbaik di Liga Perdana Inggeris, beliau harus membantu Liverpool untuk memenangi trofi kejuaraan. Untuk memenangi trofi kejuaraan, Liverpool harus melalui musim yang hebat dan Torres amat yakin dengan prestasi yang lebih mantap, mereka akan terus memberikan cabaran di Liga Perdana Inggeris pada musim depan. Torres juga percaya musim 09/10 nanti adalah milik Liverpool dan mereka akan berjaya menamatkan penantian selama 20 tahun untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Dengan ketiadaan Ronaldo, tiada pasukan yang boleh mendabik dada mereka adalah pasukan pilihan dan Torres percaya perkara ini akan membolehkan saingan liga akan menjadi lebih terbuka. Perkara sebeginilah yang menjadikan Liga Perdana Inggeris lebih mencabar dan menarik daripada liga-liga lain di eropah. Torres tahu yang Liverpool tetap mempunyai peluang pada musim depan dan beliau tahu ianya bukan mudah tetapi Liverpool akan tetap bersaing dengan pasukan-pasukan lain di Liga Perdana Inggeris pada musim baru nanti. Torres juga menegaskan kehadiran Chelsea dan Arsenal juga perlu diberi perhatian kerana mereka pasti akan kembali dengan lebih kuat untuk memberikan saingan pada musim hadapan. Keyakinan seperti inilah yang diperlukan oleh Liverpool di dalam usaha untuk merampas kembali kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Torres pasti akan memainkan peranan besar pada musim baru nanti dan kita semua berharap agar rakan-rakan sepasukan beliau dapat memberikan bantuan sepenuhnya kepada penyerang utama Liverpool ini. Peluang sudah terhidang dan kita perlu berusaha sepenuhnya untuk memastikan trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris kembali ke Anfield semula.


YNWA

5 comments:

Firol said...

El Nino dah ready..Alonso macam ke Madrid je...kalau jadi dia ke Madrid,gua kecik hati dah dengan alonso..

JJ said...

Di musim ketiga bersama The Reds, aku pasti El Nino akan lebih menyerlah jika dia tidak mengalami kecederaan. Permainannya kian matang dan sentuhannya mampu mengucar-kacirkan pertahanan lawan...Alonso, alangkah sayangnya jika dia ke Madrid. Hatinya masih di Anfield tapi akalnya mengajak balik ke Spain....Rafa dah puas pujuk dia. Biarlah Alonso sendiri fikir apa yang terbaik buat dirinya....

CrAyOn said...

alonso tetap dok anfield jgn la takut geng..

beemer said...

El Nino will rocks EPL!!!

blassom said...

semoga el-nino penjaring terbanyak season depan...caiyok caiyok!!!